Sudah setahun lebih blog ini menapak di dunia blogging.
Selama setahun lebih jugaklah penulis sudah menerokai dunia blogging.
Walaupun sebenarnya masih ada banyak lagi yang belum diteroka , insyaAllah penerokaan masih akan diteruskan memandangkan blogger-blogger baru jugak sudah mulai tumbuh bak cendawan.
Jangan disangka dunia berblog ni mudah.
Memang mudah punyai blog dan bergelar blogger.
Tapi untuk mengekalkannya?
Menuntut banyak perkara.
Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.
Menulis ialah hobi saya.
Tersemat di hujung hati ini untuk bergelar seorang penulis.
Teringin rasanya berkarya dan memiliki sebuah novel ciptaan sendiri.
Tapi ilmu masih belum cukup.
InsyaAllah , walaupun masih bertatih-tatih lagi dalam bidang penulisan.
Takkan luntur semangat menulis ini.
Balik kepada dunia blog.
Dunia penuh warna warni.
Dunia penuh cerita suka duka.
Dunia penuh informasi.
Semuanya terletak pada pembaca untuk memilih.
Yang berfaedah , yang santai , yang berinformasi , atau yang melalaikan?
Kepada penulis , kita harus ingat.
Bila kita menulis , kita takkan tau penulisan kita tu kadangkala memberi kesan pada pembacanya.
Jadi , haruslah kita berhati-hati bila menyampaikan sesuatu.
Bunyinya agak menakutkan kan?
Hehe.
Tepuk dada , tanya diri sendiri.
14 Comments
Click here for CommentsBunyinya agak misteri,
ReplyDan agak mendebarkan hati..
ena pula nk dekat dua tahun berblog, memang sedikit sebanyak memperbaiki tahap pernulisan ena... makin lame makin syg..heeeeeee
Replyhohoho terasa jap. :D
Replybetul..kdg2 takut klu ada yg terasa..kne beringat2..thanx..=)
Replybetul tu TIA...setuju ngn TIA...
Replysemoga apa yg kita tulis dan kongsikan diblog memberi manfaat kan tia kan. hehe
Replymenjadi persoalan,
Reply1.blogger yg ada sekrg ni mengamalkan etika sebagai seorang blogger atau etika seorang wartawan? hehe..
2. adakah wujud etika sbg seorang blogger?
betul kata tia..kita kena sentiasa beringat :)
iyup , betul tu .. atas niat kita buat blog lar ..
ReplyAiza dah lama ada blog..tp baru skg nak berblog betul2.. memang betul..senang jer nak ada blog..tp memang sukar utk kekalkan blog..memerlukan tuntutan dan komitmen.. setuju dgn Tia.bila menulis,,harus fikir kesan yg diberi pd pembaca..
ReplyBetul2. Agak menakutkan jugak. hee. Kerana apa yang kita sampaikan dekat dalam blog ni. Sangat memberi kesan kepada yang membacanya.
Replybetul tu Tia, dunia blog ada banyak warna dan coraK berbeza..pilih lah nk yg mana..
Replysemoga tia dapat capai cita2 utk jadi penulis..
yup..betul tu...apa yang kita tulis, akan memberi macam2 kesan kepada pembaca kita..
Replyassalamualaikum Tia...yer la cite2 di dlm setiap blog itu ada makna dan maksud yg tersirat hanya kita yg menyampaikan boleh membuat pembaca merasa apa yg ada di dalam setiap n3 yg kita tulis di blog...:)
Replysetiap apa yg kita taip, akan dipertanggungjawabkan kelak di sana, so hati2..dan sentiasa beringat dan saling tegur menegur :)
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon