"Aku terima nikahnya Puteri Nurjannah Binti Abdul Hamid ..."
"Sah .. Sah .."
Walaupun cuma ayat itu yang jelas kedengaran , ternyata ayat itu mampu menitiskan airmatanya. Nurjannah memejam kejap matanya. Sekelip mata status bujangnya bertukar menjadi isteri seseorang.
"Puteri , Asyraf dah di depan. Masa untuk batal air sembahyang."
Perlahan-lahan Nurjannah cuba mengangkat mukanya. Dapat dirasakan tapak tangan dan tapak kakinya sejuk. Seakan masih tidak percaya dia sudah menjadi milik Asyraf. Suaminya yang halal.
Bila dia mengangkat wajahnya , wah! Tiba-tiba berdebar-debar dada. Sesusuk tubuh tegap kini ada di hadapannya. Terasa lain benar wajah yang ditatapinya kini. Tidak seperti sewaktu dia melihat Asyraf ketika bertandang ke rumahnya sebelum ini. Nampak tenang. Senyuman manis menghiasi bibir.
"Cantiknya dia. Baru kali ni aku melihat gadis secantik ini. Tapi , matanya basah! Menangiskah dia? Sayang , mulai kini kau milikku. Aku milikmu. Aku sudah berjanji dengan ayahmu untuk menyambung menjaga amanahnya yang satu ini. Aku akan mencintaimu sepenuh jiwaku. Demi Allah , aku bahagia menerimamu menjadi permaisuri hati dan hidupku."
Ingin sahaja Asyraf menyapu kering mata Nurjannah yang baru sekejap tadi basah dek airmata. Dia sudah berjanji mahu menerima Nurjannah apa adanya. Cintanya pada Allah kini semakin kuat bila dia dihadiahkan seorang gadis yang pernah menjadi idamannya suatu masa dulu.
"Puteri .. Jari tangan kanan."
Nurjannah menghulurkan jarinya. Sebentuk cincin berlian bermata satu disarung ke jari manisnya. Cantik!
Saatnya sudah tiba. Inilah pertama kali Asyraf menyentuh gadis di depan matanya. Dia juga mulai terasa berdebar. Dengan perlahan dia mengucup dahi Nurjannah. Puteri hatinya kini.
Nurjannah memejamkan matanya disaat Asyraf mengucup dahinya. Terasa hangat kucupan itu. Agak janggal. Tapi manis terasa. Alangkah indahnya perasaannya waktu itu. Sebak hatinya.
"Puteri .. Salam suami .."
Disambut tangan yang dihulur padanya. Perkataan "suami" yang baru saja didengarnya sebentar tadi mengusik hatinya. Baginya , inilah detik paling manis yang akan diingatnya sampai mati. Terlalu manis.
21 Comments
Click here for Commentsentry kamu semakin lama semakin mendalam maksudnya.. ada apa2 kah?
Replytiba2 terasa sayu hati bila mengenang satu hari nanti izfa juga mendengar ayat itu diucap suami, insyaAllah..
so sweet..aku trima nikahnya :)
Replyhmmm.. bila la agaknya dapat merasa perasaan tuh.. hehehe
Replysyahdu!
Replysweeeetttt.... ni yg buat org rasa nak kawin awal nii... hehehe.. >,<
Reply"aku terima nikahnya" ayat paling syahdu..
Replytouching jap..ku ingin mencari seorang suami bukan seorang pkwe..sekian terima kasih..
Replyso sweet.. adakah ini clue menunjukkan tia akan menamatkan zaman bujang xlama lagi.. hehehe
Reply@izfanora ye ke izfa? hehe .. takde apa2 pun :)
Reply@adan hahaa .. sila cepat kahwin ye encik adan :)
Reply@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine AMIN .. hehee .. doa je hari2 untuk TIA ye .. haha :)
Replyerrrr...TIA bila plak nk kawin?..hehe
Replyku tgu saat itu =)
Replytiga kata pemula segalanya.... kena arif cara menjaganya...
Replyheheheh...teringat mase ge orang akad nikah...time tuh tengok dorang bergenang air mate...ingatkan sedih rupenya gembira sampai x sedar dah betakung air mate...(mase tuh kecik lagik)maybe cinta sejati lah tuh....hehehhe...bile tibe saatnya...pasti kite gak akan terasa perasaan tuh...hehehh...x kawen lagik...x taulah camner rasenye...hehehhe
Replybetul tu...itu yg diharapkan sgt :')
Replybestnya ada ikatan yang halal :') harap2 suatu hari nanti tercapai la :D
Replyhuaaaaaaaaaa..... bilalah saat ena pula???..sejak kebelakangan ni ena jd sensitive bab kawen ni..kwn2 pkat2 nk kawen dah tahun ni, rse jeles.. hurmmm... entahlah, bersabar jelah.. teheeee
Replywow... syahdu dan hening tika dan saat itu,.. insy akan merasanya..
Replynice entry...
Replyxsabar plak nk tggu saat itu..hehe =P
betultu..hehe..tapi lepas kahwin nk juga dengar word 'i love you' ..-p
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon