Hikmah Memaafkan Orang

Ya Allah. Siapalah kita ni yang cuma manusia biasa. Hati kadang tak tetap. Iman turun naik. Saya lah orang itu. Orang yang pernah membencikan orang lain hanya kerana kepentingan diri saya sendiri. Hanya untuk perasaan saya sendiri. Saya peram rasa benci dekat orang cuma sebab SAKIT HATI.


Sungguh saya katakan. Membenci takkan membuatkan hati kita tenang. Kita sebenarnya membuat perkara yang sia-sia.


Masa terus berlalu. Sehinggalah Allah membukakan pintu hati saya. Segala kebaikan , segala bahan ilmu agama , masuk secara perlahan menghembus hati saya yang suatu ketika dulu keras untuk menerima semua tu.


Sikit demi sedikit saya mengubah diri saya. Sehinggalah suatu hari saya terfikir. Sudah tiba masa saya perlu bersihkan hati saya. Buang segala beban dan "kotoran" yang menjadi punca hati saya menjadi berat selama ni.


Saya belajar memaafkan orang.


Saya ni seorang yang pendiam. Kalau saya marah atau sakit hati dengan seseorang , saya takkan bagitau orang tu. Saya akan simpan dalam-dalam. Sampailah suatu ketika saya mula rasa benci dengan orang tu. Saya yakin syaitan waktu itu tentu seronok bertepuk tangan bila hati saya mulai menanam rasa benci pada orang lain. Bukan siapa-siapa pun. Saudara islam saya jugak.


Pernah jugak kami bertentang muka , bercakap secara berdepan. Tapi bila sudah berdepan. Lidah saya jadi kelu untuk berterus terang. Tiada upaya saya untuk menyatakan yang saya marahkan dia. Untuk meleraikan hal tu , saya cuma kata dengan dia.


"Saya sudah maafkan kamu."


Penipu! Saya menipu. Di mulut saya kata maaf. Tapi dalam hati? Saya masih marah dan benci.


Sungguh .. Sekarang ni bila saya kenangkan balik masa tu , terasa sedih hati saya. Saya terlalu ikutkan perasaan. Nafsu marah saya menangkan. Padahal saya tak dapat apa pun.


Tapi entah kenapa. Tiba-tiba , satu hari tu hati saya menjadi begitu lembut untuk memaafkan orang yang pernah menyakiti hati saya. Kali ni , bukan sekadar maaf di mulut. Tapi juga maaf di dalam hati.


Mungkin sebab itu sekarang hati saya menjadi tenang. Mudah menerima segala teguran. Mudah menerima sebarang jenis ilmu. Tak macam dulu. Tau nak berhibur aje.. Nak baca sesuatu yang berfaedah , langsung tak diterima dek akal dan hati saya.


Mungkin ini hikmah memaafkan orang.


Mesti ada yang akan kata "cakap senanglah. Nak buat tu ingat senang ke?"


Tiada jalan yang senang untuk mengecapi bahagia. Sebab itu pentingnya sabar. Bersabarlah. Tenangkan hati. Buang segala yang kotor dalam hati tu. Selagi ada rasa benci , selagi tu hati takkan tenang.


Maafkan dengan seikhlas hatimu. Kalau tak boleh jugak , minta pertolongan dari Allah. Dekatkan diri dengan Allah. Percayalah , kalau kita dekat diri dengan Allah. Allah akan lembutkan hati kita insyaAllah.


Tersenyumlah bila ada yang menyakitimu ...


Previous
Next Post »

4 Comments

Click here for Comments
May 26, 2012 at 12:49 AM ×

Hurmm, betul2... bak org kata, easy to forgive but hard to forget... ena pernah mengalami perasaan ni.. hati payah untuk nak memaafkan org... but now, ena cuba dan cuba sedaya upaya untuk ikhlaskan hati memaafkan org... ^.^ pedih tp itulah manis

Reply
avatar
Anonymous
admin
May 26, 2012 at 1:39 AM ×

saya selalu memaafkan orang sblum tidur,insyallah esok kita akan lupakan apa orang tu buat kat kita

Reply
avatar
Anonymous
admin
May 26, 2012 at 1:09 PM ×

maaf iitu indah

Reply
avatar
Jahirah
admin
May 27, 2012 at 11:09 PM ×

memaafkan pada yg berhak dimaafkan...lebih elok dr berdendam..

Reply
avatar