Kerana Aku Bertudung Labuhkah?

"Alhamdulillah .."


Akhirnya sampai juga aku di terminal bas. Aku mula mengatur langkah untuk mencari tempat menunggu kerana masih ada dua jam lebih sebelum bas yang akan aku naiki bertolak.


Aku mengesat peluh yang mula mengalir. Penat. Tapi aku cuba sembunyikan dengan mengukir senyuman. Bahu kanan mula terasa lenguh mengangkat beg yang berisi pakaian. Aku meneruskan langkah untuk mencari tempat duduk.


Sesampainya di kawasan tempat duduk terminal , tiba-tiba aku menjadi gugup. Entah kenapa hari ini terlalu ramai yang berada di terminal. Aku berhenti sebentar dari terus berjalan dan memerhati keadaan sekeliling.


Tiada tempat kosong.


"Adik nak pergi mana?"


Aku terkejut mendengarkan satu suara yang tiba-tiba kedengaran dari arah belakangku. Aku hanya memalingkan muka untuk melihat empunya suara.


"Saya balik Sandakan. Tiket dah ada terima kasih." Aku tersenyum.


Tanpa berkata apa-apa lelaki tersebut pergi meninggalkan aku. Mungkin mencari pelanggan lain yang mahu membeli tiket bas. Duga hatiku.


Aku mengangkat semula beg dan terus berjalan dengan harapan akan ada tempat kosong buatku. Dapat aku rasakan mata-mata yang melihat aku sedang berjalan. Rasa malu mula menerpa. Mereka melihat aku seolah-olah ada keganjilan yang ada pada diriku.


Aku mempercepatkan langkah tanpa melihat mana-mana lagi.


"Assalamualaikum ustazah .."


Huh?! Sempat lagi. Walaupun suara itu hanya sepintas lalu , tapi amat jelas kedengaran di telinga. Aku tahu mereka mahu mengusik. Aku hanya berjalan dan mataku tertumpu pada satu tempat duduk. Lega terasa bila dapat berehat sekejap dan lari dari pandangan-pandangan manusia yang melihat aku seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena pada diriku mahupun pakaian yang aku pakai. Kerana aku bertudung labuhkah?



"Beruntunglah orang-orang yang ganjil itu .."


Mereka dianggap ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup , kelompok yang ganjil ini mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.


Mempertahankan Islam di akhir zaman ini umpama menggenggam bara api. Kalau tidak bersungguh-sungguh nescaya agama akan terlepas dari genggamannya kerana suasana sekelilingnya yang tidak membantu pada kebaikan.

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Encik H
admin
February 11, 2013 at 6:34 PM ×

maybe sebab persekitaran jugak kot..sbb kat sabah kan ramai jugak yg non-muslim..so bila ada yg bertudung labuh, maybe diorang kagum..agaknya la..hehehe

Reply
avatar
Nazatulwanis
admin
February 11, 2013 at 7:29 PM ×

yang tertutup itu indah.

senyum ^_^

Reply
avatar