Pasangan Hidup : Mana Adil

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ...


Baca blog sini , "ciri-ciri lelaki pilihan".
Baca blog sana , "ciri-ciri wanita pilihan".


Bila baca ciri-ciri yang dinyatakan , mak oii! Kemain lagi. Tip top punya ciri-ciri. Punya tinggi taste.

  1. Kacak
  2. Beragama
  3. Berharta
  4. Berpelajaran
  5. Setia
  6. Penyayang
  7. Bertanggungjawab
  8. Sekian , sekian , sekian ...

Pendek kata , nak pakej yang LENGKAP! Serba serbi sempurna. Soalnya , sudahkah kita cermin diri kita ni 360 darjah? Layakkah kita mengharapkan pasangan yang meletop ciri-cirinya seperti di atas?


Tak salah mengharapkan yang terbaik untuk diri kita. Tapi macamana dengan diri kita? Sudah cukup baikkah untuk menjadi yang terbaik buat bakal pasangan?


Jadilah yang terbaik sebelum mengharapkan yang terbaik.


Pendek kata , kita betulkan diri kita dulu. Perbaiki amalan. Ubah yang mana patut. Mohonlah pada Allah S.W.T agar dikurniakan pasangan yang beriman untuk menemani kita.


Pasangan yang kacak atau cantik , takkan kekal selamanya.
Pasangan yang kaya harta benda , tak boleh bawa mati hartanya.
Pasangan yang beriman , insyaAllah sampai ke syurga :)



Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Sheila Salim
admin
February 15, 2013 at 11:21 AM ×

Assalamualaikum . setuju! yang baik untuk yang baik. yang jahat untuk yang jahat. tapi yang jahat boleh berubah jadi baik dan sebaliknya. mohon dijauhkan perbuatan yang jahat2 :)

Reply
avatar
February 15, 2013 at 12:40 PM ×

cukupla yg boleh membimbing, membahagiakan, boleh bawa ke syurga...cewahhhh :P

Reply
avatar