Aku Sahabat, Kau Kekasih

Ehsan Google


"Ain , jomlah join kami sekali." Pelawa Aleeya.


"Takpelah Leeya. Ain boleh naik bas." Hatiku berbelah bagi. Bukan cemburu.


"Alaa , tak payahlah naik bas. Leeya pun nak naik kolej juga. Ada barang yang tinggal. Nanti Naim datang ambil. Ain ikut ya?"


Pandangan Aleeya yang seolah-olah memujuk membuatkan aku akur untuk mengikut mereka. Lagipun , aku tidak mahu Aleeya berfikir yang bukan-bukan. Naim ada sekali. Bolehkah aku bersikap bersahaja?


***

Beberapa bulan sebelumnya ...


"Hari ni kita makan dekat luar?" ajak Naim. Aku gembira dan bersetuju. Ini bukan pertama kali aku dan Naim keluar bersama. Sudah berkali-kali dan ini entah kali ke berapa kami meluangkan masa bersama.


"Ain , kau tau tak. Aku ada cerita hot. Cerita ni dah makin tersebar kau tahu." Naim memulakan bicara.


"Cerita apa? Bagitaulah." Itulah aku. Pantang mendengar gosip , pasti aku tidak mahu ketinggalan.


"Amboi kau. Kalau cerita hot , laju je kau kan." Sindir Naim.


Aku tersengih.


"Aku tak tau lah makhluk mana yang sebarkan cerita kata kita ni couple."


Aku ketawa mendengarkan kata-kata Naim.


"Couple?"


Tiada apa yang hendak aku hairankan. Memang lumrah manusia. Lebih suka menilai melalui pandangan. Aku dan Naim memang seperti pasangan kekasih. Selalu bersama. Ada saja masa lapang , kami pasti akan keluar untuk hilangkan stress. Pergi ke kelas , kami pasti akan bersama-sama. Pendek kata , di mana aku ada di situ Naim ada.


Selama setahun lebih kami berkawan. Aku selesa. Dia tidak pernah mengambil kesempatan di atas persahabatan kami. Andai dia ada masalah , pasti akan diluahkan padaku. Begitu juga sebaliknya.


Naim memang seorang sahabat yang baik. Setiap salah dan silapku , pasti dia akan menegur. Aku selalu menerima teguran dan nasihatnya kerana aku akui , itulah peranan seorang sahabat. Menegur bila sahabatnya melakukan kesilapan.


Tapi semuanya mulai berubah semenjak aku memperkenalkan Aleeya pada Naim.


"Leeya jangan risau , Ain yakin Naim lelaki yang baik. Selama Ain berkawan dengan dia , Ain tau dia bukan macam lelaki lain yang Ain pernah kenal."


"Kalau betul Naim tu baik , kenapa Ain tak terima je Naim? Ain dengan Naim tak pernah bercinta ke?"


Aku terdiam mendengarkan soalan Aleeya. Bukan Aleeya sahaja yang bertanya , tapi rakan-rakanku dan Naim juga pernah bertanyakan hal yang sama. Memang ada benarnya kata-kata Aleeya. Naim lelaki yang baik. Atas alasan apa aku tidak menerima Naim?


"Leeya. Ain tak tau macamana nak jelaskan dekat Leeya. Tapi sejujurnya , selama kami berkawan tak pernah ada sekelumit perasaan yang istimewa pun pada Naim. Ain cuma anggap Naim kawan baik yang paling rapat dengan Ain. Naim selalu jaga Ain. Kami memang rapat sampai orang sekeliling ingat kami bercinta padahal tak."


Itulah hakikatnya. Bagi aku , Naim tak lebih dari seorang sahabat. Tidak pernah terlintas di fikiranku untuk bercinta dengannya.


Semenjak Aleeya dan Naim mulai rapat , aku dapat rasakan hubungan aku dan Naim semakin goyah. Sudah tidak seperti dulu. Aku pernah terasa hati dengan mereka. Masih lagi ku ingat pada pertemuan mereka yang pertama , beria-ia mereka mengajak aku untuk menemani mereka.


Tapi kini , semuanya sudah seperti rahsia. Aku sangka mereka sudah tidak pernah bertemu. Rupa-rupanya berkali-kali. Mereka bukan bertemu berdua tapi Aleeya mengajak rakannya yang lain pula untuk menemani mereka. Dan aku langsung tidak mengetahuinya sehinggalah pada suatu hari Aleeya tersasul cakap dia baru pulang dari bertemu Naim.


Luluh juga hati ini bila mengenangkan Naim yang seolah-olah membuang aku jauh dari hidupnya. Sudah tiada panggilan atau SMS lagi yang ku terima dari Naim. Sudah tiada ajakan lagi untuk menemani mereka bila berjumpa. Sepi.


Terpukul dengan sikap mereka membuatkan aku menerima semuanya dengan senyuman. Biarlah. Bukan aku yang mahu menjauh. Mungkin ada baiknya jika aku menerima keadaan seperti ini.


Aku sedar , aku memang tidak patut hadir di antara mereka. Memang benar dulu aku dan Naim bersahabat. Tapi kami tidak boleh menjadi serapat dahulu. Aku wanita dan aku faham benar apa perasaan Aleeya andai aku dan Naim masih seperti dulu. Tiada wanita yang sanggup menahan perasaannya bila orang yang dia sayang melebihkan orang lain berbanding dirinya.


Kenangan aku dan Naim biarlah tersimpan kemas dalam memori. Dan Naim , seorang sahabat yang terbaik pernah aku ada. Aku yakin , dia boleh menjadi seseorang yang menyayangi pasangannya dengan sepenuh hati.


***


"Ain , jom .. Naim dah sampai tu."


Panggilan Aleeya mematikan lamunanku. Aku menarik nafas perlahan. Aleeya menarik tanganku dan aku hanya mengikutinya.


Berada di dalam kereta bersama Naim dan Aleeya membuatkan aku merasa janggal. Kami bertiga diam tanpa berkata apa-apa. Dan aku , lebih suka membuang pandangan ke luar tingkap.


Tidak sampai beberapa minit , kami akhirnya sampai ke destinasi.


"Terima kasih." Ucapku sebelum keluar dari kereta tersebut.


"Sama-sama." Jelas kedengaran di telingaku suara Naim. Pintu kereta ku tutup.


***


Takkan pernah ada rasa benci dalam hatiku.
Terima kasih sahabat ..


Habis!


Ehsan Google


Bicara Penulis : Benarkah akan timbul rasa istimewa walaupun hanya dalam persahabatan di antara dua insan yang berlawanan jantina? Tepuk dada , tanya selera ... Komen anda?

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
ZWAN SABRI
admin
February 16, 2013 at 1:10 PM ×

Kalau Zwan jadi Ain pun, Zwan akan rasa macam tu jugak.. tapi takpa, maybe naim tu bukan jodoh Ain and maybe jodoh ain better drpd naim.. :)

Congrats bro ZWAN SABRI you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar