7 Pantang larang bayi baru lahir


Mak asal dari kampung yang memang strict dengan pantang larang, adat, and so on. And i pun membesar dengan tengok benda-benda macam tu. Kadang rasa macam tak logik. Kadang macam ha'ah kan betul jugak. Tapi most of them buat i rasa eksaited. Why macam tu? Why macam ni? Whyyy? hihi

I sendiri berpantang dengan mak. Bukan dekat kampung. Dekat rumah yang kitorang tinggal. Tapi mak bawa jugak tau pantang larang dia tu masa jaga i dengan baby.

Kan i beranak CZER. Pergerakan sangat terbatas. Nak bangun payah, nak berjalan pun kena papah sambil terbongkok-bongkok. So, tak dapat nak jaga baby sangat. Mak lah yang bersusah payah jaga baby. I ni setakat susukan baby je lah.

Masa jaga baby ni lah pantang larang mak i keluar.

1. Bedung Bayi untuk Elak Baby Terkejut
I memang dah biasa dengan isu bedung membedung ni. Adik-adik i sendiri masa masih baby dulu pun mak i bedung. Mak kata, tujuan bedung baby ni sebenarnya nak elak baby dari terkejut.

ah yang ni macam logik sebab i nampak depan mata sendiri jadi kat anak i.

Kalau tak kena bedung, bila baby terkejut, tangan dia akan merewang ke atas. Tapi bila kena bedung, kalau ada benda mengejutkan, baby akan stay watlek watpis dalam bedungan macam takde benda jadi.

Tapi sayangnya, baby i takmo kena bedung. Bila mak i bedung je sebelum nak tido, dia mesti akan meronta tetengahmalam pastu merengek buat bunyi seolah-olah dia nak kata,

"Weyy! lepas weyyy. Aku tak selesa ah kena camni. Lepas tangan akuuuu."

Kemahen mak yang over tau. Tapi gitu lah. Bila i lepas je tangan dia, baru okey. Baru dapat tido kroh krohh.

Masa nurse datang melawat ke rumah hari tu, kan nak check kuning baby. Dia tegurlah katanya jangan bedung anak masa siang hari. Nanti bertambah lena dia nak tdo, tak bangun lak nak menyusu. Camne kuning nak turun. okey, okey i terus buka.

So, untuk baby i memang jarang kena bedung. Bedung bila perlu je. Kalau tak, mak bising bebel i riso cucunya asek-asek lah terkujat. mihmihmihhh

2. Tak Boleh Potong Kuku Bayi Sebelum Habis Pantang
I ada baca artikel pasal doktor tak galakkan pemakaian mitten atau sarung tangan pada bayi bila umo dah masuk sebulan. Takut mengganggu perkembangan bayi. Betul atau tak, hmm i pun takleh nak komen sebab i bukan pakar. Anak pun baru 1 weh.

Tapi kan, sedikit sebanyak i macam ada terpengaruh jugalah dengan artikel tu. Konon tak nak bagi baby pakai sarung tangan. Lagipun, i nak merasa babak skin to skin masa breastfeeding dia. So, i cubalah tengok apa reaksi baby kalau i tak pakaikan mittens tu.

Ohmai, habis dia cakar muka sendiri. Kuku dia plak kemahen lagi panjang. Ada jugak i merasa masa breastfeeding dia, buka sarung tangan. Mak oi. Tergores dekat kulit i, kemain lagi sakitnya. Kalau gores, i menang takpe gak.

Okey stop percubaan! Sebab i kesian lah baby asek nak meraba muka pastu kena kuku dia. Korek mulutlah, korek matalah. Tak sampai hati. K takpe. Sekarang baru 23 hari kot. Tunggu dia masuk sebulan, i cuba lagi. Kot anak i gagah dah masa tu en.

Persoalan kita. "Apesal ko tak potong je kuku anak ko tu kalau dah tau panjang."

Ikut hati ni, nak je p ketip kuku anak yang panjang tu. Tapi mak i tak kasi. Dia marah. Katanya nanti kuku anak keras? okey bab ni mak tak explen panjang-panjang. I tanya pon, i yang kena.

Uols pernah dengar pasal ni ke? Pesal eh??

3. Jangan Cium Dahi Bayi
Kalau suami isteri, bila suami cium dahi si isteri rasa macam weee sweet kotttt. Kannn. Tapi untuk baby baru lahir, ko nak cium dahi anak ko tu is a big no pada mak aku.

Kenapa ah?

Mak kata nanti dahi baby jadi luas pastu macam akan ke depan sikit. hohohooo. I pun tak tau sejauh mana kebenarannya. Kalau mak nampak je i atau sesape lah cium dahi baby, memang kena lah. Dari jauh mak sound baik punyee. kahkah

Takpelah. Mak nak cucu dia hensem lettew. I pon nak anak i hensem gakk

4. Suruh Bayi Lawan 'Kawan' Masa dalam Perut dulu
Perasan tak, kalau baby baby kan. Bila tengah lena tdo, dia boleh tetiba macam buat muka nak menangis, kadang tu senyum tetiba, tak pun buat bunyi macam sesak nafas tu tapi mata tutup tengah tdo.

Mak mesti cakap dengan anak i macam ni, "Asyraf, lawan dia. Jangan ikut. Tempat dia dah lain."

ataupun macam ni,

"Ko jangan ganggu dia. Tempat ko dengan dia dah tak sama."

I yang dengar masa tu, rasa macam perghhhh ada ke macam tu? hihi. Patutlah uri atau tembuni tu kena tanam kan. Dulu kan deme sama-sama duduk dalam perut. eh, memandai je aku ni.

5. Simpan Tali Pusat yang dah Jatuh
Anak i, masa hari kelima tali pusat dah jatuh. Mak kata, lagi cepat jatuh lagi elok. Anak tak degil. Adik bongsu i dulu, hari ketiga tali pusat dah jatuh. Sekarang, bila i mintak tolong buat itu ini dia memang buat. Taktaulah. Kot kebetulan je kan. Cuma tu lah. Anak bongsu kan. Perangai tak semengah sikit. Nak ikut dia je. T_T

Bekas tali pusat tu, mak suruh simpan elok-elok. Orang dulu-dulu kata, supaya anak tak jauh dari mak ayah dia. Nenek Andy pun cakap macam tu.

6. Pakai Barut pada Bayi untuk Elak Kembung Perut
Mak i start pakaikan barut pada baby lepas tali pusat dia jatuh. Hari-hari mak i pakaikan. Ada 2 jenis barut yang i ada. 1 jenis, MIL dan FIL beli dekat kedai. 1 jenis lagi, mak hantar dekat makcik minta tolong jahitkan.

Yang hat beli kat kedai, mak dah pening. Barut kan fungsinya untuk elak bayi kembung perut. Tapi barut tu kecik ngat ngat. Bila mak pakaikan, mak dok tanyalah. Barut ni untuk elak kembung ke, nak bagi perut baby jadi selim? Kadang tu, bila nak tukar lampin baby. Tengok barut tu, dah naik sampai atas dada dah. Wallah kauu

Barut yang dibeli tu pesennya main lekat-lekat je. Tak macam barut yang makcik tolong jahitkan. Dia pakai tali. More secure lah. Stay je kat perut. Takdelah nak merayap naik sampai atas dada.

Kena tau fungsi ye. Jangan menang membeli je.

7. Jangan Cium Baby Kalau dia Buang Air Besar
Benda ni i tau masa Andy dengan family dia datang melawat. Baby dah u'uk tapi lampin tak tukar. Nenek Andy dah warning kitorang jangan cium baby. Nanti nafas baby bau u'ukkk. huhu

Part ni pun takde explanation panjang-panjang. Takat tu je i tau. Nak tanya lelebih, asek mendapat "boleh jangan banyak tanye tak." k fine.

K lah. Takat ni dulu. Kot lah nanti ada tambahan, i update k.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »