Pengalaman bersalin anak sulung secara pembedahan atau czer (caeser)


Finally, berakhirlah sudah penantian iols. Baby dah selamat keluar dari kantung beliau on 30.03.2017 at 11:03AM secara czer atau nak lagi senang paham, pembedahan dengan seberat 3.03kg bapa beratnya anak aku! :P

20.03.2017
Ini adalah tarikh jangkaan baby akan keluar. EDD beliau. Tapi nan hado dik non oii. Takde langsung tanda-tanda nak bersalin. I dah gundah gulana nak tau tanda yang mana i akan dapat. Its either bloody show? pecah ketuban keluar cecair? atau sakit perut contraction?

I dah nebes dah masa ni. Sakit perut tu ada. Tapi sakit yang kejap-kejap. Ada sekali tu beriya lah sakit perut sampai i ingat tu ke contraction? atau Braxton Hicks maybe? Try lah ke toilet kejap. Sekali pergi toilet, rupenye nak membuang air besar daaaa! hampeh kecewa makkk!

29.03.2017
Dari hari ke hari menunggu tanda bersalin tapi takde.

Makanya, doktor extend kasi chance lagi sampai 9 hari untuk baby keluar secara natural. But once again, yillek na porengey! Anak akak masih steady lagi berjimba dengan rancaknya dalam perut. Dia punya kicking pun masih over seolah-olah ada sebulan lagi dia punya date nak keluar. Lelebih tau anak aku ni tak sedor diri yang dia dah overdue.

Since dah overdue tu kan, kena serah diri ke hospital lah jawabnya. Bersalin by induce. Atau bahasa gampangnya, bersalin paksa ke atau paksa bersalin. haa, sama je tu. No kompromi! Kesian dekat baby. Walaupun ko rasa anak ko kat dalam perut tu masih aktif duk joget-joget bahagia lagi, still kena pergi hospital serah diri after 9 days tu k. Sebab takut uri or placenta ada problem takleh nak supply oksigen kat baby dalam tu. Sian baby. So, pergi je hospital k. Jangan nak gedik ikut naluri sangat memandai tambah masa nak p serah diri. Dahlah bahaya kat baby, kang tak memasal kena basoh telinga dengan doktor atau nurse pulak.

Mengikut explanation doktor, i akan di-induce sebanyak 3 kali sahaje. Dalam 3 kali nak induce tu, dorang akan buat selama 2 hari. Sehari, maksima 2 kali induce dengan jarak 6 jam untuk teruskan next induce. So, nak cukupkan 3 kali induce tu ambik masa 2 harilah. Ko paham tak dik non? meh akak ringkaskan kalau ko masih blur kabur-kabur ayam.

3x induce.
Sehari, maksima 2x induce sahaja!
Hari pertama = 2x induce (jarak 6 jam untuk next induce)
Hari kedua = 1x induce

Paham ke idok? Harap pahamlah ye. Takpe, slow slow je untuk hadamkan formula i tu.

So, bila nak pergi serah diri? Macam i, nurse tak tetapkan masa untuk i pergi bila. Janji pergi. Tapi sepatutnya pergi pagilah supaya dorang dapat check dulu keadaan you dan baby.

I pergi belah petang sebab nak tunggu Andy punya flight dari Kota Kinabalu. So, i dengan mak pergi ambik Andy kat airport Sandakan. Lepas Andy selamat tiba, menyempatlah i ajak mak pergi McD nak pekena minum coffee sejuk sebab tau dah lepas ni sebulan lebih i pantang dengan air sejuk. Tak cukup coffee, i bantai fries pulak sikit. Okey dah cukup, pergi hospital!

5:30 petang - Register Masuk Wad
Kitorang sampai hospital around 5.30pm camtulah kalau tak silap. Masa ni i dah nebes sebab macam tak caye je in few hours lagi i bakal bersalin. ekeekekk

Lepas register apa semua dekat bilik PAC, doktor tanya kenapa i datang? jawablah klinik kesihatan yang suh i refer hospital sebab dah overdue bla bla blaa. Okey! settle bagi reasons bla bla blaaa apa semua, nurse kasi baju hospital kaler pink untuk ditukar! Beso gedabak wey bajunya. Tapi takleh nak ngade-ngade tanya ada size S ke, M ke, L ke. Tu minta penampo namanye. Saiz baju seme standard. Ko badan kecik ke, beso ke, baju yang sama juga ko akan dapat.

Masa tukar baju tu, silalah buka spender dan bra siap-siap. Macam i, first time mommy ni. Agak penyegan. Spenda, bra apa semua tak bukak. Last-last masa nak buat checkup especially part seluk menyeluk nak tengok bukaan kat bawah tu baru menggelupur nak buka suar dalam. Kan dah jadi payah.

Barang kemas, handphone apa semua yang berharga, sila simpan elok-elok. Kalau hilang, takde jejak kasih tau. Jadi, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian sudah tidak bermakna lagi. Macam i, cincin dengan dompet dah bagi siap-siap dekat family. Handphone je bawak ke hulu hilir. Mak-mak zaman millennium katakannn. kahkah!


Sebelum pergi katil, ada prosedur yang i kena lalui. Pasang jarum dekat belakang tapak tangan untuk masuk air atau incase nak transfer darah lepas bersalin. Yang ni masa mula-mula doktor tolong pasangkan. Sakit jugak lah. Kalau you takut, masa doktor tengah cocok tu, janganlah tengok. Pandang tempat lain.

6:40 petang - Check Jantung Baby, Bukaan Jalan & Scan Baby
Dah selesai cocok belakang tapak tangan, pergi pulak check heartbeat baby. Kena baring menelentang takleh gerak-gerak. Pestu nurse letak entah pebenda taktau CTG ke apa nama dia letak atas perut. Then dengarlah bunyi dup dap dup dap heartbeat baby. Lama jugaklah nak baring posisi gitu.

And then, tibalah masa prosedur yang i dok selalu baca dekat google. Sesi seluk menyeluk atau nak lagi senang paham, sesi check bukaan jalan. Masa ni i dah start neves sambil tertanya, apalah rasa kena seluk ni eh? Betul ke sakit? Pernah tanya mak sebelum ni. Tapi katanya tak sakit. Biase je. Entahlah. Nak kena rasa sendiri jugak baru boleh komen. hihi

So, doktor pun start lah seluk dekat bawah. Doktor perempuan. Seluk pakai jari ye. Masa dia nak seluk tu, sempat gak ingatkan i untuk tarik and hembus nafas and jangan kemut. I pon get ready lah masa tengok doktor dah selak kain.

'SEP!!!' eh takdelah bunyi seppp tu. Saje nak ada unsur dramatik siket. kahkah

Masa jari doktor dah masuk, tak merasa sangat. Tapi bila dia start godek-godek nak check berapa CM dah bukak, masa tu ada rasa senak! ohoii. Tahan je lah nok. Bukannya ada pilihan lain pun. Dalam otak just fikir "kejap je ni, kejap je ni. Nanti okeylahhh!"

Then doktor keluarkan jari dia and cakap, "takde bukaan lagi ni mama. Takpe. Kita buka sikit k."

I cuma angguk sambil get ready doktor nak seluk semula. And selukan kedua tu rasa dia memang lebih kuat sikit dari yang pertama, sampai rasa goyang-goyang k. heh tadelah goyang macam katil nak roboh. tapi adelah goyangnya. i cuba TAHAN lagi and lembikkan badan tak kemut supaya doktor senang nak buat kije.

Selesai menyeluk, nak scan baby pulak. Scan ni macam biasalah. Tak lama, kejap je. Doktor kata baby okey. Takde masalah. Cuma tulah. Memang takde bukaan lagi. hmm. Takpelah, i kata dalam hati.

Dah selesai semua prosedur, i kena tunggu lagi di bilik PAC tu. Nak dekat pukul 9 malam cmtu, baru nurse bawa pergi katil.

9:00 malam - Tahan Sakit Jarum
Dah masuk wad, i baring je. Boring kot sebab selalu kalau kat rumah jam macam ni masih lepak g tengok tv. So, main whatsapp jelah dengan mak and Andy. Ngadu sakitlah, laparlah. Kemahennnn tau.

Mak ada bawakan bekal sebelum kitorang pergi hospital. Nasi putih berlaukkan ayam masak rendang, sambal nasi lemak dengan bilis goreng. Tapi disebabkan menahan sakit jarum dekat belakang tapak tangan tu, lebur selera nak makan. Padahal dah lapar. Sanggup tau kebulur. Syukur sempat melantak dekat rumah tadi. Takdelah nak kempunan bagai. huwaaa.

Sambil main whatsapp, snap gambar belakang tapak tangan kanan and tunjuk kat mak jarum yang doktor cucuk tu, dia kata pesal tak minta cocok kat tangan belah kiri? Belah kanan tu kan nak buat banyak keje. Angkat tu, angkat ni. hadoih makkk. Anakmu ini naif makkk. Ini pestaim dia nak bersalin. Experience is totally ZERO! Tau nak menadah je dekat doktor. Tapi takpe, next pregnancy akan ku semat kuat-kuat pesanmu yang satu ini mak. huhu

Duk syok-syok mesej tu, i dah mula rasa sakit perut sikit. Sikitlah tak banyak. Sakit dia yang i masih boleh senyum-senyum lagi. So, rilek ah kan. Tapi masa ni bagitau mak, mak suruh jalan-jalan. Bila dah sakit perut, jangan nak sedap panaskan bontot duduk atas katil je. I pun patuhlah kat mak. Keluar dari bilik and jalan slow slow sambil hai hai dekat nurse, sister and doktor yang berselisih.

30.03.2017
12:00 tengahmalam - Keluar Tanda Pertama

Makin lama, sakit tu macam makin kuat tau. Even dah pukul 12 tengahmalam pun i gigih jalan-jalan sekitar bilik. Nak cepatkan bukaan harapannya. Dah penat jalan, sempat pulak tu buat aktiviti mulut dengan pesakit lain. kahkah. Dah cite-cite dengan dorang, i pun mintak diri nak pergi katil. Plan masa tu nak tido. Kutlah bersalin dalam masa terdekat kan. So, kena save tenaga. Rest and sleep well.

Masa tengah jalan nak pergi katil, rasa macam ada basah dekat kain sepital yang i tengah pakai tu. P la toilet nak check. Laa, ada lendir kaler coklat. I pun tak sure. Lendir campur darah ke hape. Tapi itu sesuatu yang menggembirakan kot! Tanda nak bersalin dah ada.

Pergilah bilik PAC report dekat doktor yang on call masa tu. Eksaited kemahen bagitau dah ada tanda. Doktor kata okey takpe esok pagi kita check bukaan jalan. Yelah sebab tadi dah check kan. Tak buleh nak check balik-balik takut kena infection.

Lepas je tanda tu dah keluar, i perasan sakit perut dia macam makin lama makin menjadi-jadi. Plan nak tido tadi pun dah cancel sebab sakit dia makin terasa. I ikut pesan mak pergi jalan-jalan kalau perut dah makin kerap sakit. And masa ni jugalah i mula sedar yang itu adalah sakit CONTRACTION. Sebelum ni kan asyik tertanya-tanya sakit contraction tu macamana. Betul ke sakit sangat? Ni dah rasa baru nak ohhh okeyyyy. Sakit contraction ni memang sakit dowh!

I cuma sempat tarik nafas beberapa minit je pastu sakit datang balik. Sampai berpeluh-peluh jadinya sebab nak menahankan rasa sakit tu. i sempatlah mengadu dekat mak tanya macamana nak hilangkan rasa sakit contraction yang menggila ni. Tapi jawapan yang i dapat,

"sakit nak beranak tu takkan hilang selagi kita tak beranak."

Faham tak maksud dia? omg omg!

Tengah duk menahan sakit tu, pergilah juga jalan-jalan. Harapan cuma satu! Biarlah bukaan jalan tu dah ber-CM-CM. huhu.

Bukan nak takutkan ke apa. Tapi rezeki i kot. Contraction sakit sangat. Kan lain orang, lain level sakitnya. I ni, sampai satu tahap tu, rasa sakit sangat, i naik atas katil yang takdak pesakit, i sujud atas katil tu, and then goyang-goyang. Ya Allah. Sakit dia memang hazab! Ada sorang nurse nampak i, tanya kenapa? i katalah perut sakit gilaaaaaa. Then nurse check tekanan darah. Sebelum nurse blah, i sempat mintak pain killer dekat dia. Nurse tu just kata okey tunggu sekejap. I tengoklah dia pergi mana. Rupanya dia pergi katil patient lain and ambik tekanan darah dorang. I masa tu yang tengok nurse macam buat dek, rasa macam nak mengamok k. Merayu-rayu panggil nurse minta pain killer.

Then ada sorang sister datang mai. Dia tanyalah sakit sangat ke? I kata ha'ah. Anak keberapa dia tanya lagi. I jawablah anak pertama. Ohhh biasalah tu kalau anak pertama. Dah check bukaan jalan ke? sister tanya. Dah i kata. Tapi baru 1cm!

Sister kata takpe. Mari pergi bilik PAC kita check jalan lagi sebab tengok macam sakit sangat ni.

Dalam bilik PAC, sister tu yang check jalan. Baru 2cm ni katanya. I yang dengar sister kata 2cm tu, ya Allah kecewa gilaaa. Bukaan baru 2cm tapi sakit dia ya Rabbi. kenapaaaaaa? T_T

Masa ni, i dah taktau pukul berapa sebab handphone atas katil. Nak tengok jam kat dinding pun macam dah tak lalu. Yang i tau, sakit sakit sakit. Merayu i minta pain killer tapi dorang takleh nak bagi terus. Kena check heartbeat baby dulu. So, again kena letak satu benda atas perut untuk pantau heartbeat baby kat dalam. Lama jugak nak bagi settle benda ni. Last-last i dapat jugalah pain killer tu. Tapi taktau nama apa. Doktor cucuk dekat bontot sekali. Lepas cocok tu, i rasa lega kejap. Tapi kejap je pastu sakit contraction menggila balik. I tanya doktor. Pain killer ni dah jalan ke belom sebab i masih rasa sakit. Doktor kata kejap lagi. i pun okeyyy.

Tapi tak lama! I mengerang sakit balik. Doktor, nurse! sakitttttt. Tapi takde yang datang. Lama i kena biar. Mungkin dorang dah biasa dengan keadaan macam ni kan. Bila dah lama mulut i bising je, baru doktor datang. I merayu cakap sakit. Doktor pun asyiklah kata anak pertama memang macam tu. Kena tahan sikit. Doktor ajar, kalau sakit, tarik nafas dari hidung and lepas ikut mulut. i buatlah juga.

Subuh tu, ada 2 orang patient lain dalam bilik PAC tu. Antara weols 3 orang, i lah yang paling bising. Bising tarik nafas hembus nafas, duk cakap sakit sakit sakit. Dalam masa sakit tulah, baru i tau macam tu kot apa yang mak i rasa dulu nak lahirkan anak-anak dia. Mak memang kuat sebab dapat lahirkan 7 nyawa dengan cukup sifat atas muka bumi ni.

Dah lama menahan sakit, doktor datang ke katil and seluk bawah kain. And tetiba tu jugak i dapat rasa air suam slow-slow mengalir. Bila ingat-ingat, i agak itu air ketuban. Doktor dah pecahkan air ketuban! Tak sakit. Tapi slowly lepas tu sakit contraction dah makin kuat. I dapat dengar bukaan dah jadi 3cm! Nurse suruh tukar kain sebab kain dah lencun habis. Siap tukar kain, nurse suruh duduk atas kerusi roda and i kena tolak masuk LABOUR ROOM!

Sebelum ni i ada bagitau kan yang i bakal di induce since dah overdue. Tapi dah tak jadi sebab ada bukaan.

Selama dekat labour room ni lah sekali lagi heartbeat baby kena pantau. Lama i menahan sakit contraction. Doktor kasi i sedut gas. Katanya boleh kurangkan rasa sakit. Tapi entah kenapa i guna gas tu macam takde function je. Ke rosak ah?

Dari pukul 12tengahmalam sampai pukul 9pagi, bukaan jalan cuma 4cm! Heartbeat baby pulak dah drop and doktor check rahim i dah bengkak. Sakit dia i dah tak boleh tahan sebab contraction terlalu kuat.

Around pukul 10 pagi macam tu nurse siapkan i untuk operate. Yes, at the end i operate juga.

Sebelum operate, risiko-risikonya diterangkan pada i. Pastu kena sign borang. Sambil duk sign tu, gigil jari nak pegang pen sebab ya Allah sakit weyyy. Baby dah tak menyabar nak keluar. Doktor dengan nurse tanya kalau ada gigi palsu, barang kemas, handphone semua kena tanggal dan tinggal. I just kena bagi pakai baju yang sarung bahagian depan je. Tu pun tak butang. Pastu kena tanya bila last makan, then i kena bagi minum satu jenis air ni taktau apa.

Dah minum tu i kena tolak keluar dari bilik bersalin untuk pindah ke bilik operate. Sebelum ke bilik operate, i kena stay jap. Tetiba tu dengar suara mak i duk tanya, "mana Nur Fatihah ye?" Dengar je suara mak, i terus jerit "MAKKKK!!!!" Berlari mak i sambil jawab, "ye nak! mak kat siniiii." huhu. Drama kejap!

Mak tenangkan i sambil cium-cium. Mak pun nangis gak tapi dia macam control taknak i susah hati. Yelah, i anak sulung dia kot pastu cucu pertama lak tu. Mestilah risau lebih kan. I mintak ampun minta maaf dengan mak. Rasa macam syahdu gila masa tu. Lepas drama dengan mak, sambung drama dengan Andy plak. I sungguh-sungguh minta ampun dari dia. Katalah sorry sebab i takleh nak bersalin normal. Kena operate jugak. huwaaa. I pegang kuat-kuat tangan Andy takmo lepas. Masa tu i rasa macam nyawa di hujung tanduk.

Then nurse datang. Berpisahlah i dengan Andy.

I kena tolak laju. Semua macam kelam kabut. Sampai dekat bilik OT, dalam tengah sakit gila tu i boleh nampak ramai orang dekat situ. Semua pun pakai baju yang sama, pakai penutup mulut. I dah tak boleh beza mana lelaki mana perempuan.

Then i kena bius dekat belakang 2x, pastu dekat bahu. Jarum-jarum tu semua dah tak rasa sakit dah sebab sakit contraction dah mengatasi segalanya. Sekejap je i dah rasa kebas. And entah bila masanya i tertidur tak sedar apa-apa.

Tiba-tiba ada suara, "puan puan! bangun. Tengok baby ni."

Macam kena pukau, i terjaga. Tengok-tengok ada baby disua dekat muka i. Masa ni, ya Allah. Tengok je muka baby, i dah tak ingat apa dah. Sakit sebelum ni macam poofff! hilangggg.

I siap kata, "boleh dekat lagi tak? saya nak tengok muka dia."

Orang tu baik sangat sebab dia penuhi request i untuk dekatkan lagi baby tu. Kali ni i cium-cium muka baby i and orang yang hulurkan baby tu pun biarkan je. Dia siap tolong tolak-tolak muka baby lagi supaya i senang nak cium. Perasaan masa tu lain sangat. Rasa macam. Aduhaiiii. Aku dah jadi mak ke? Baby yang comel tu anak aku ke?

Then orang tu kata dia nak bawa baby pergi jumpa Andy dengan mak kat luar. I angguk je. Lepas baby dah dibawa pergi, i sambung tidur sebab taknak tau apa yang tengah jadi and taknak fikir apa-apa pun. I terus tidur. Lantaklah!

***

Pheww! Panjang gila entri ni. Kejap tulis, kejap berenti, kejap sambung. Tau-tau dah nak seminggu juga baru siap. Tu pun setengah jalan.

Nanti nak sambung apa jadi lepas i operate tu. Ye panjang gila sebab kalau boleh i nak simpan ni untuk tatapan di masa depan!

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

8 Comments

Click here for Comments
Adam
admin
April 11, 2017 at 5:29 AM ×

Takutnya bersalin.

Reply
avatar
iam.umifuzy
admin
April 18, 2017 at 9:37 PM ×

fuhhh...akk pernah rasa yg sama dulu..hampir2 kena czer tapi Alhamdulillah nasib baik normal delivery...
selamat berpantang Tia

Reply
avatar
April 21, 2017 at 10:52 PM ×

Pengalaman org bersalin tak sama kan. Teringat pulak Cikla masa bersalin anak pertama pun kena induce jugak sbb overdue, tp alhamdullillah rezeki cikla bersalin normal. Tp yg tak boleh Cikla lupa masa kt dlm labour room tu punyalah ramai org, mmg tahan malu ajelah. Ada nurse tu siap berdiri kat atas kerusi sambil tu tolak-tolak perut.

Tp pengalaman berharga kan. Nnti lepas ni bersalin anak kedua ketiga Dan seterusnya dah senang dah. Mula2 je mcm payah sikit sbb xde 'laluan' lagi...

Btw, take care..

Reply
avatar
August 16, 2017 at 9:23 AM ×

Baca verita ni..terbayang diri sendiri bersalin czer first time tapi anak ke 3....emergency czer okay...dtg serah diri sbb dah overdue..tapi dtg lambat dlm pukul 600ptg bru sampai wad...sempat hantar mak g klia sbb mak nak g umrah masa tu...check² baby heartbeat dah tak respond...pecah ketuban dah hijau..omg...berlari nurse n doktor sorong masuk OT..rasa nak melayang kita ni yg baring atas troli..hohoho..last² baby keluar kena admit nicu ada lung infection...merasalah 2 weeks admit dengan baby...mak balik dari umrah barulah kami anak beranak ni keluar wad..hahaha tragis...


Jom baca pengalaman Puan Aya berusaha naikkan HB pada minggu ke34 kehamilan,selepas ngeri di ugut akan di suntik iron

Reply
avatar
Unknown
admin
March 9, 2018 at 12:32 AM ×

Pengalaman puan tia sama dgn sy. Overdue dh. Bezanya sy kena induce 3 kali sbb xde bukaan lgsg.smpailah induce ke 3 barulah keluar tanda n bukaan br 2 cm. Tp sakitnya nauzubillah. Doktor korek smpai 3 cm trus masuk labour room. Pecahkan ketuban. Dr kul 2 ptg smpai 10 mlm sy tunggu bukaan still 4 cm. Mmg azab sbb sy dh tak tahan sakit. Nurse pun ckp contraction sy kuat sgt smpai dia ingat sy amik air selusuh. Last2 emergency czer mlm tu jgk..huh..pengalaman yg xdpt dlupakan..

Reply
avatar
Anonymous
admin
March 19, 2018 at 10:43 PM ×

Sebijik mcm sy. Sakit kontraktion yg sgt kerap n sgt kuat. Awal2 start sakit dh 5 minit skali. Lepas 12jam bukaan baru 4cm. Sampai 17 jam, bukaan 5 6cm. Pastu doktor ckp rahim bengkak. So oprate 😭

Reply
avatar
dorsett pink
admin
March 24, 2018 at 11:31 PM ×

Takutnya..pengalaman besalin setiap org tak sama. Huhu

Reply
avatar
Roses
admin
January 1, 2019 at 5:19 PM ×

Sama la kisah kita masa anak 1st. Induce 3 x bezanya induce i xjalan. No.. Mungkin jalan cuma i tak terasa sakit. Bila doktor buka jalan n pecahkan air ketuban. Makkk oii. Hahahahah. Tolak LR, doktor yg buka jalan cakap 4 cm reality takde bukaan. Menjerit sister kat LR marah doktor.hahaha..penyudahnya heartbeat baby drop. redha kena cser. And yes, baru settle cser ke 3 pada 13 december lalu.

Reply
avatar