Template Free vs Berbayar

Memang dah lama memendam hajat nak tukar template blog ni. Baru sekarang dapat tukar. Padahal tengah berpantang lagi ni dah sibuk-sibuk mengadap laptop. Mak pun sampai bising suruh berenti sebab tak elok duduk lama-lama kalau masih berpantang. Baby pun taknak kalah jugak. Kejap kejap 'call' duk uwek uwek nak menyusu.

Selama berblog ni, dah macam-macam pesen template i guna. And most of them i yang edit. Ala, bukannya edit full dari zero to hero pun. Tambah-tambah je bgi kasi nice sikit. Tapi still, i yang buat k. Google tutorial je. Kemahen tau nak bagitau donia.

Teringin jugak nak upah orang lain editkan blog biar ada sentuhan luar sikit kasi blog ni nafas baru. Tapi sedar diri poket yang tak berapa nak ada sangat, maka pendam dulu lah ye cita-cita tu.

Nak template free, melambak ada. Google je. Tapi yang tak bestnya, part nak meng-edit tu. Payah nau nau. Maunye makan berhari jugak. Sebab i ni jenis bangsa yang cerewet bab template blog. Nak ringan, nak simple, nak kemas, nak cantik, nak nampak profesional, nak tu nak ni sampai esok tak abis tulih. T_T

see, betapa cerewetnya iolsss :P

Kerana kecerewetan itulah, dahku menggigihkan diri untuk edit blog sendiri walaupun kadang rasa macam nak tumbuk je kasi pecah skrin laptop dengan line tenetnya yang super lembs dan code nya yang tak ditemui. hmm hmm

Sebab tu yang free ni susah. Bagi i yang cerewet ni lah. Yang free, selalunya most of them gitu gitu je. Kadang tak adapt dgn blog kita. Kalau nak edit bagi cantik pun, kemahen lah susahnya nak mencari code. Kalau terer main code takpe gak. Ni main try and error je.

Nak yang berbayar tu best. Cakap je nak pesen macamana. Tapi tu lah. Kalau yang income sendu macam kita ni, memang kirim salam je lah.

Takpe, usaha tangga kejayaan. Lepas beberapa jam duk usha template yang macam cantik macam comel jew, pastu edit sana sini, wallahh mamamiaaa. Siap jugak template baru untuk blog sendu iols nih.

Template Free vs Berbayar
Kali ni, boleh kata puas hati jugaklah dengan hasilnya. 90% menepati ciri-ciri yang i nak. Nak edit pun takdelah susah sangat macam yang lain-lain. Tapi tu lah. Kena korbankan header yang dah lama i pakai. Header tu tajaan dari blogger LANA. Actually dia ambik upah design header. Tapi untuk i, dia buat free je. Dah tu, cantik pulak tu.

Lama gila i pakai. Since Mei 2013 kut. Sekarang dah masuk April 2017. Almost 4 years k i pakai header tu. Sayang gila-gilaaa. Tapi sekarang kena turunkan dulu header tu demi nak menyesuaikan template baru ni.

Ala, dah ada baru doesnt mean yang lama tak bagus. Cuma tu lah. Untuk perubahan, harus ada pengorbanan.

Weyy. Aku drama weyyy! -.-
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Normi Nieza
admin
April 25, 2017 at 9:23 AM ×

xpayh edit2 la tia..cik nor tu burok bebenor org tgk ..mls nak edit..janji cerita best confirm ramai singgah..hihi

Reply
avatar
E'in
admin
April 29, 2017 at 2:16 PM ×

huishhh.. selamat berpantang ye.. baby boy ke gurl nie?

dulu e'in rajin laa edit sendiri.. sekarang malas dah.. huhu

Reply
avatar