Lepas bersalin czer

Sambungan dari entri 'Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan/Czer'


Lepas operate, dalam masa 6 jam i tak boleh bergerak and makan apa-apa hatta minum sekalipun. I just terbaring menelentang tanpa pakai bantal atas katil dengan separuh badan takleh nak gerak. Kesan bius kot tu yang masih ada rasa kebas tu.

Syukurlah masa dah siap operate tu memang masa melawat. Dapat juga terus jumpa family. Orang pertama yang i dapat jumpa is Andy. Mak g ambik apak i dekat tempat kerja. Tak sampai berapa minit Andy dekat situ, nurse bawa baby. olololohhhh. Anak akuuuu. tsskk! nurse pun kasi baby dekat Andy untuk diazankan. Lepas siap azan, Andy dah start panik sebab sebenarnya dia tak reti nak pegang baby nak-nak lagi baby yang baru lahir macam tu. Tulang masih lembik kan. Tu yang Andy seriau tu. I plak memang takleh nak bangun sebab badan masih kebas. So kitorang panggillah nurse minta tolong letakkan baby dalam buai dekat tepi.

Tak lama macam tu, mak dengan apak i pun sampai. Salam-salam, sembang-sembang sikit, dorang dukung-dukung baby main awchak awchakk. Tetiba baby nangis. ah sudah! baby nak menyusu. I pun macam, "boleh ke aku nak susukan anak aku ni? ada ke air susu? dahlah tak makan apa-apa dari semalam." i panik kejap!

Mak tolong panggilkan sister. And alhamdulillah sister tu baik tau sebab sudi ajar macamana nak susukan baby. And alhamdulillah lagi anak i dapat minum susu pertama dia yang dipanggil kolostrum. Bersyukur gila k.

Semenjak dari tu, i gigih nak susukan anak. Tapi sejujurnya, bukan senang ye sebab i kan operate. Mana nak menjaga luka lagi, baby pulak masih dekat fasa nak menyusu je tak kira masa. Memang mencabar! Tapi syukur alhamdulillah, family banyak tolong especially mak i. Beliau lah yang banyak bagi support dekat i untuk direct BF anak. huhu. thanks makkkk!

Lepas 6 jam berlalu, nurse datang suruh i cuba minum air putih sikit-sikit tengok muntah ke tak. I punyalah berhati-hati. And alhamdulillah i minum takde muntah.

Bab minum settle. Nurse suruh cuba bangun pulak. Masa bangun, ya Allah peningnyaaaaaaa. Memang pening. So i stop dulu and baring semula. Rilek jap pastu cuba balik. Yeyyy! dah tak pening sangat. Pastu nurse suruh slow slow bawa berjalan. Mula-mula memang takut. Baru lepas jahit kot. Tapi kuatkan juga diri. I buat semua benda slow slow. Biar lambat asal selamat.

31.03.2017
Pagi tu doktor datang ke katil. Dia macam tau-tau je yang i dah tak menyabar nak balik rumah. ekekekk

"Nanti pakar akan datang untuk check puan. Kalau takde masalah, mungkin dah boleh balik hari ni."

I angguk je. Lepas beberapa jam mcm tu, ada beberapa orang datang tengok i. Doktor pakar kut. Ada sorang cakap dengan i lepas dia baca report dalam fail,

"Operate ye. hmm. Baby you 3 kg. Kalau 2.5kg mungkin you boleh normal. Takpe, next time masih boleh cuba normal k."

I sengih je. InsyaAllah doktor. Next time eh. :P i cakap dalam hati.

Around pukul 1 lebih macam tu, doktor masuk jumpa i.

"Puan dah boleh balik ye. Nanti dalam pukul 3 atau 4 petang, cuba pergi kaunter dan tanya."

Like seriously dah boleh balik?? hehhh. Syukurlah. Tapi sebelum balik tu doktor tanya, dah buang angin belum? at least 2 kali lah. I kata dah. Semalam sekali, pagi tadi sekali. Doktor kata bagus sebab tu tandanya usus i dalam keadaan yg baik.

Sape yang pernah operate, taulah pasal tiub kencing kan? i pun kena pakai. Bila masa kena pasang pun tak perasan. Tau-tau je masa nak try bangun lepas operate tu ada tiub kencing kena gantung kat tepi. T_T

I lambat inform dekat nurse pasal tiub kencing tu. Sepatutnya kena buka awal sebab i mesti belajar buang air kecik dulu sebelum balik. Part nak belajar kencing nilah yang i machiam ngeri sikit. Takut sakit ke apa. Tapi last-last okey je.

Tibalah saat yang dinantikan. Balikkkkk! Akhirnya dapat balik juga. Tak sangka boleh balik awal.

Apa yang i nak kata, hmm. Tak kisahlah beranak normal ke, operate ke, still melibatkan nyawa. And i sendiri dah rasa. huhu

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

5 Comments

Click here for Comments
Normi Nieza
admin
April 12, 2017 at 9:18 AM ×

tahniah tia..dah bersalin rupanya..:)

Reply
avatar
Pha Is
admin
April 14, 2017 at 4:08 PM ×

saya dulu pun lahir ceser.. hehehe..
tahniah Tia dan suami..

Reply
avatar
IK Tia
admin
April 14, 2017 at 11:13 PM ×

nampak nau nipunyeeee. hahaaa

Reply
avatar
Pha Is
admin
April 18, 2017 at 2:20 PM ×

eh, apa plak nipunya.. betol la.. saya dilahirkan ceser.. mak saya la yang dibedah tu.. hahaha

Reply
avatar