Monday, June 1, 2015

Berkawan dengan Anak Bos

Dekat tempat kerja aku, ada sorang amoi cantik. Aku panggil dia miss S bukan nama sebenar. Ada khabar mengatakan dia anak bos. Aku tak sure ... thumbnail 1 summary
Dekat tempat kerja aku, ada sorang amoi cantik. Aku panggil dia miss S bukan nama sebenar. Ada khabar mengatakan dia anak bos. Aku tak sure sangat. Tapi, dari yang aku dengar. Bapa dia bukanlah bos cuma ada bantu big boss dapatkan tempat untuk buka kiosk cermin mata tu. Masih anak bos eh? Heheh.

Aku suka kot berkawan dengan budak ni. Humble. Seriously. Dia tak guna pun power dia even bapa dia ada shares dengan company tu. Dia tak berlagak. Weols suka dia. Terutamanya aku.

Contoh macam hari tu. Pagi lepas kedai buka je, aku terus sambar kain lap nak lap cermin. Lepas dah lap semua, dia datang mai dekat aku.

Miss S : Sini kasi tu kain ai basuh untuk you.

Aku pula masa tu macam blur. Eh betul ke budak ni?

Aku pun kata "eh takpe ke?"

Dia kata takpeeee. Then dia ambil kain dari tangan aku dan terus bawa pergi toilet untuk dibersihkan. Dia tak suruh aku pun. Siap dia yang volunteer nak pergi basuh kain lap tu.

Pasal makanan pun macam tu. Budak ni tak cerewet tau. You bagi je dia, memang dia bantai punya. Macam hari tu, aku beli aiskrim dalam cup. Macam biasalah. Dah aku yang beli. Akulah yang balun dulu aiskrim tu. Ye dak? Lepas dah puas menyekik, aku sua dekat miss S. Dia tak cakap banyak. Dia sambung balun aiskrim yang aku bagi kat dia tu. Dia macam tak kisah nak share makanan dengan kitorang.

Sweet tau budak ni. Dahlah cantik, perangai pun elok. Ai shuke dia tauu. Amoi cantik manyak baik. Muah ciked dekat you Shaynnnnn.

posted from Bloggeroid

No comments

Post a Comment