Wednesday, June 3, 2015

"Pak cik nak lamar kamu untuk anak pak cik boleh?"

Ini betul-betul berlaku di tempat kerja aku tu. Ada pak cik ni. Dia, isteri dia dengan dua orang anak dia datang nak buat cermin mata. Lepas... thumbnail 1 summary
Ini betul-betul berlaku di tempat kerja aku tu. Ada pak cik ni. Dia, isteri dia dengan dua orang anak dia datang nak buat cermin mata. Lepas bayar, pak cik tu dengan selamba tanya "berapa hantaran anak ni?" Aku pun macam hah?? Aku salah dengar ke? "Pak cik nak lamar kamu untuk anak pak cik. Boleh?" Eh pak cik ni. Saja nak test aku ke tu? Aku tak jawab. Aku just gelak-gelak. Pak cik ni mungkin nak bergurau senda dengan aku.

Lepas dah bayar, dorang pun gerak. Kena tunggu sejam baru cermin mata boleh siap. Dorang kata nak jalan-jalan dulu. Aku pun okeylah.

Sampai masa nak ambil cermin mata, pak cik tu datang sorang. Aku pun kebetulan ada dekat kaunter. Boleh pak cik tu pergi tanya lagi. "Jadi tak?" Aku pun macam blur. "Berapa hantaran?" Like seriouslyyyy pak cik? Dan macam biasa. Aku tak jawab soalan pak cik tu. Entah serius ke entah memain dengan aku. By the way, aku terhibur jugalah. Seharian ni aku kena layan customer. Ramai gila kot customer hari ni.

Ada macam-macam lagi karenah yang aku jumpa. Haishhh. Dah macam jadi tempat cari jodoh lah pula tempat kerja aku tu. Kalau ibu tau, comfirm aku kena basuh. Hahahaaaa.

Okey jum rehatttt. Aku nak rehat. Besok ada staf baru. Welcome darlinnnn.

Goodnight everyone.

posted from Bloggeroid

1 comment

  1. Jalan selamat.. berdiam diri lebih baik.. ;)
    Bukan nak menyombong tapi kita tak kenal siapa dia..

    ReplyDelete