Tahan Hati dengan Bos

Tempat aku kerja tu baru buka. Adalah dalam seminggu lebih. Jadi perlukan pekerja immediately. So, manager aku pun mula buat walk in interview. Boleh tahan ramai jugalah yang datang mohon kerja. But most of them muslim. Manager ai tak nak. Nanti hari raya semua staf ambil cuti. Takkan manager kot yang kena urus semua benda. Means, ramai yang tak kena pilih. Tapi ada jugalah beberapa orang yang dipertimbangkan.

Lepas dah pilih beberapa orang, ada staf yang apply full time kena panggil masuk kerja. Okey dia masuk kerja. Manager pun kasi baju uniform. At first, semuanya okey. Dekat sana ada CCTV tau. So, bos atau manager boleh pantau kitorang melalui benda alah tu termasuklah pekerja baru kita tadi. Memula dia macam okey tau. Ada customer datang, dia layan. Bercakap dengan customer. Explain itu ini. Itu okey.

At the moment dia kena belajar buka bil customer yang nak beli cermin mata, dia tak nak belajar. Manager nak ajar, dia boleh kasi manager tu sendiri yang buka bil. Dia pula jarakkan diri dan tengok je manager menulis. Manager nak tegur pun tak boleh. Ada customer. Kena jaga tu juga. Okey takpe. Dimaafkan. Mungkin masih awkward. Kan hari pertama kerja. Hmm?

Next incident. Masa ni manager keluar pergi tapau makanan. So, tinggal aku dengan 3 lagi staf termasuk staf baru. Aku suruh staf yang sorang tu ajar staf baru cara nak guna mesin check mata. Yelah, sementara customer tak ramai kan. Belajarlah. Lagipun, kitorang volunteer nak ajar. But then, masa kita kata "marilah belajar guna mesin ni." Boleh dia menolak tawaran emas tu? Eh aunty. You kerja situ, you kenalah belajar apa yang kita orang dah belajar. Manager dah bagitau syarat nak kerja situ. You pun ye ye aje setuju. Tapi sekarang apa jadi?

Aku pun tak boleh nak tegur. So, aku bagitau manager. Kot-kot manager boleh tegur. Lagipun, rasanya manager lebih sesuai kalau bab tegur menegur ni. Masa aku bagitau kejadian mesin tu, manager macam dah mula angin. Tak pandai takpe. Boleh ajar slow-slow. Tapi tak nak belajar. Aku ulang, tak nak belajar. Kau rasa kau kerja situ kena buat apa? Berdiri saja-saja? Tak kan?

Manager aku pun suruh panggil staf tu. Aku berdiri ada jarak sikit antara mereka. Tapi terdengar jugalah sikit perbualannya. Hehehhh. Dialog dia cenggini.

"You kenapa? You ada masalah ke?"

Pekerja baru tu geleng.

"Habis tu masa staf I nak ajar you guna mesin tu kenapa you kata tak nak?"

Pekerja tu tak menjawab. Dia senyap je.

"Kalau you nak kerja sini, you kena belajar apa yang dorang dah belajar."

Pekerja tu senyap je. Tak menjawab. Lepas kena tegur, dia balik tempat dia semula. Kejadian selepas tu aku tak tau sebab aku macam ada keluar rehat kejap. Tapi rupanya ada sesuatu yang berlaku masa tu. Aku dengar manager tanya, "mana dia? Staf baru tu?" Kitorang jawablah tak tau. Aku pun macam perasan tak nampak kelibat dia. "Hmmm, dah baliklah tu. Kalau nak balik, cakap jelah nak balik. Tak payah tipu cakap nak rest. Tapi sebenarnya terus balik." Manager cakap.

Aku yang dengar macam tu terus "hahhh?! Biar betul kau kak? Balik?" Aku tak terus tanya manager masa tu. Aku buat senyap dulu sebab aku perasan manager macam tengah hangin. Tak payah cari nahas lah kan nak tambah bengang dia. Tapi masa balik sama-sama tu, mood manager aku macam dah okey sikit. Dah boleh gelak-gelak balik. Aku pun rasa lega. Dia bukalah cerita pekerja baru tu.

"Dia ingat I tak nampak dari CCTV ke yang sebelum dia nak keluar pergi rest tu, dia bagi beg dia dekat adik dia. Eh, I nampak dari CCTV lah. Lepas tu keluar bagi alasan nak pergi rest. Sampai kedai dah tutup, tak nampak langsung batang hidung. Kenapa nak tipu? Cakap je lah tak nak kerja dekat situ dah. I pun tak nak ada staf yang tak boleh buat satu kerja pun."

Hamboiiii. Kemain tau manager aku menyentap. Aku pun dah tak boleh nak cakap apa dah. Perasaan aku dah bercampur. Kesian ada, lawak ada, sedih ada. Isk! Macam-macamlah. Entahlah. Susah nak cakap. Betul jugalah. Kerja dekat kedai cermin mata ni bukan senang. Eh, kedai lain aku tak sure macamana. Tapi kalau yang tempat aku kerja ni aku tau. Nak kata susah tak juga. Aku okey je. Masih hidup juga sampai sekarang. Nak cakap senang pun tak juga. Aku sendiri berkakai nak belajar banyak benda baru dalam masa sehari. Explain pasal cermin, check mata guna mesin, buka bil, buka stok baru, serve customer.

Tapi seriously. Nak kerja tempat aku ni, tak boleh lembab. Kena laju belajar. Banyakkan bertanya. Banyak bercakap explain itu ini dekat customer. Kalau tak, memang tak lamalah jangka hayat dekat situ. Manager aku tu boleh tahan temperature dia bila dah hangin satu badan. Kena stay cool lah di sisi beliau bila dia tengah marah. Aku sebagai pekerja kenalah bersabar. Kalau kena marah sikit tak payahlah nak menyentap bagai. Perkara biasa kot kena marah. Tak ada lah sampai tahap kena dera. Kau gile. Hahahaaa.

Haish. Ada banyak benda nak cerita. Tapi nantilah. Aku kumpul dulu. Mihmihmihhh.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
Syeeda
admin
June 5, 2015 at 12:38 AM ×

Biasalah kena marah sikit2 udah lali, xpe belajar dari pengalaman..hii =) btw singgah sini

Reply
avatar
aizamia3
admin
June 5, 2015 at 8:36 AM ×

Adat bekerjalah kan.. kenalah usaha untuk memahami tugas yang diberikan.. takkan asyik nak harap orang lain tolong buatkan..

Reply
avatar
Gee Lion
admin
June 7, 2015 at 11:15 AM ×

Malu bertanya sesat jalan. Sombong bertanya, bolayannnnn...
Menyusahkan saja, macam mana nak berjaya?

Reply
avatar