Jangan Biar Ia Ternoda

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ...


Sehingga kini kau masih membisu.
Apa yang berlaku?
Apa kau terasa denganku?


Jangan biar salah faham meragut percayamu terhadapku.
Itu cerita dulu.
Cerita di mana aku dan dia memang bersama selalu.
Tapi tak pernah langsung hadir rasa istimewa seperti itu.
Aku tidak seistimewa dirimu.
Aku hanya teman yang bersandar dengannya suatu ketika dulu.


Terpulang pada dirimu.
Mempercayai aku atau terus meragu.
Aku dan dia tak pernah sedikit pun punya rasa cinta mahupun rindu.


Kini , kau temanku.
Dulu , dia juga temanku.
Kamu berdua sahabatku.


Tapi demi kamu , aku lepaskan persahabatan dengannya.
Agar kau tak merasa terluka.
Berburuk sangka dengan hubungan lama.


Kini , aku pergi mencari bahagia.
Bahagia bersama seseorang yang tercipta.
Walau masih tak ku ketahui siapa.
InsyaAllah pasti ada.
Yang pasti , jangan biar persahabatan kita ternoda hanya kerana cerita lama
Doaku sentiasa mengiringi kalian berdua ..

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
ZWAN SABRI
admin
February 17, 2013 at 1:22 PM ×

Bunga bukan seekor and kumbang bukan sekuntum.. kat dunia ni ada 6,000,000,000 orang.. hilang satu, 5,999,999,999 lagi menanti.. HEHE

Congrats bro ZWAN SABRI you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar