Lelaki macamana nak buat suami

Sekarang, macam-macam jenis lelaki kau boleh jumpa. Yang kachak, yang baik, yang sweet, yang caring. Tapi sayang. Orang punya. Jadi kau kena cari lelaki lain. Kalau tak cari, tengok yang datang. Datang dia sekadar nak tunjuk eksen acah-acah playboy, atau memang nak jadi suami yang menyayangi kau sepenuh jiwa dan raga?

1. Paras Rupa
Kau tak payah propa kata paras rupa bukan segalanya. Aku setuju sebab kalau abang 'Playboy itu Suami Aku' datang melutut dulu. Yes, aku tak menolak. Tapi memandangkan sekarang lelaki kacak ramai yang sedang bercinta dan tak matang. Belum kira lagi yang jadi gay. Maka, kau harus sedar paras rupa itu masih boleh dirunding. Kau hold dulu yang ni. NEXT!

2. Kesukaan Orang Tua-tua
Terutama sekali mak bapa kau. Tanya mereka sejujurnya. Lelaki itu menyejukkan mata dan hati mereka atau tidak? Naluri mak dan bapa kau selalunya betul lagikan sahih! Lelaki yang sesuai jadi suami, pandai bergaul dan berkawan dengan bapa-bapa orang, pak cik-pak cik, atok-atok. Ye aku tau. Bunyinya agak menakutkan. Tapi percayalah. Mereka ini selalunya menjadi perhatian pak cik-pak cik yang lagi sedang mencarikan jodoh buat anak gadis mereka. Makanya, kau kena rembat dulu sebelum dia dirembat pak cik jiran sebelah rumah kau.

3. Berharta
Aku bukan mengajar kau untuk jadi materialistik. Tapi aku nak kau sedar bahawasanya kos kehidupan sekarang semakin tinggi. Aku tak suruh kau pilih kerabat diraja mahupun anak menteri. Tidak. Tapi sekurang-kurangnya biarlah mereka ini gaji bulanannya tetap. Kalau kau jumpa jenis yang bulan ini kerja A, bulan depan kerja B, tahun depan kerja C. Maka, kau harus pertimbangkan lagi sebelum menjadikan dia sebagai suami. Kau jangan pentingkan diri. Mungkin kau boleh hidup dengan cinta tanpa makan apa-apa. Tapi kau kena ingat. Akan ada bayi comel yang akan kau lahirkan nanti dan mereka ini perlu makan!

4. Beragama
Kau rasa seperti mustahil kerana dunia semakin menakutkan? Ya, aku juga begitu. Kalau kau jumpa ustaz, alhamdulillah. Rezeki kau. Kalau kau jumpa yang biasa-biasa. Kau jangan nak hina dia. Selagi dia boleh menerima nasihat dan teguran. Kau boleh pertimbangkan lagi. Manusia ni boleh berubah.

Apa sekalipun perangai jodoh kau. Bertabahlah. Allah tengah uji.
Previous
Next Post »

23 comments

Click here for comments
Nabila Syifa
admin
September 29, 2016 at 8:43 PM ×

ni mesti list tua punya blog

Reply
avatar
ewanthology
admin
September 29, 2016 at 10:46 PM ×

kalau dah jumpa yang berkenan di mata dan di hati nanti... dah tak sempat nak pikir tips2 ni dahhh :-)

Reply
avatar
Cik Yaya
admin
September 30, 2016 at 3:38 PM ×

setuju dgn semua tips di atas...hehe

Reply
avatar
akupenghibur
admin
October 1, 2016 at 4:11 AM ×

wahhh tips yang menarik... bau nasi minyak

Reply
avatar
Gee Lion
admin
October 1, 2016 at 1:05 PM ×

Aku pilih yg kedua dan keempat..
Dah kahwin pon.
Hihihi..

Reply
avatar
Rafydahouse
admin
October 6, 2016 at 6:06 AM ×

Aku pilih no 4 tu. Agama sgt penting. hihi. Lepas tu no 2. kikikih

jom join GA sy http://rafyydah.blogspot.my/2016/10/giveaway-by-rafyydah.html

Reply
avatar
Mas
admin
October 7, 2016 at 8:53 PM ×

haha..menarik!..hopefully i dpt yg package lngkp lah. =P

Reply
avatar
Pha Is
admin
October 12, 2016 at 10:31 PM ×

tudiaa... Tia dah kahwin x pe la.. hehehe..

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
October 15, 2016 at 9:18 AM ×

Siqah pilih yang no 2 dan 4. Hehe. Yang lagi 2 nombor tu, kira nasib lah. Kiki. Nice sharing. Siqah dtang dan follow sini. salam perkenalan :)

Reply
avatar
Mimi Azirah
admin
October 16, 2016 at 10:26 AM ×

Tips berguna utk mereka yg blm bkahwin terutama kaum hawa

Reply
avatar
October 26, 2016 at 11:50 PM ×

Berguna tips ini. Ada tips cari wanita pulak tak? Hihi.

Reply
avatar
MisDiarios
admin
October 29, 2016 at 12:02 PM ×

hummmmm taktau ke layak tidak dapat calon mcm tu uhukk uhukk

Reply
avatar
Pha Is
admin
October 30, 2016 at 11:16 PM ×

rasanya macam vice versa jugak. lebih kurang je.. hehehe

Reply
avatar
tiga lalat
admin
March 5, 2017 at 2:59 PM ×

kawen tu sonok tau ciktia,. nak jaga perkawenan tu yg x brape nak sonoknyerr., huhu2

Reply
avatar
Seorang Syed
admin
March 6, 2017 at 12:53 AM ×

Bagusnya tips ni. saya ni dah la jenis tak reti sangat nak ajak bersembang kalau tak biasa. haha kena reject la nampaknya.

Reply
avatar
March 6, 2017 at 10:05 AM ×

lelaki yg suami orang.

ehem... sini2.. ;p

Reply
avatar
aizamia 3
admin
March 8, 2017 at 2:50 PM ×

Moga mereka yang masih mencari bertemu dengan yang serasi.

Reply
avatar
March 11, 2017 at 2:41 PM ×

Salam Singgah

Hahah nak cr suami yang penting ikhlas dan leh menerima diri anda seadanya sehingga menjalin ikatan yang sah bukan hanya sebelum ikatans sah

Reply
avatar
March 17, 2017 at 2:50 AM ×

hahahaha~ adoi.. bahaya statement nombor 1 tu dik.. memang la paras rupa pun jadik ukuran sedikit sebanyak.. kan ? dah tu.. seumur hidup nak ngadap kot.. nak la tengok pemandangan indah indah..

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
March 22, 2017 at 3:00 PM ×

dlm mencari & memilih jodoh, no 4 perlu diutamakan dan harus selari dgn no 2. perhati adab & akhlaknya, jika bagus dialah org yg dicari. no 3 pula, jika dpt yg kaya berharta itu 1 bonus. x mengapa kalau dia kurang berharta, asalkan dia rajin mencari rezeki yg halal. no 1, kalau dpt yg handsome tu juga 1 bonus. yg muka kurang2 tapi berakhlak, akhlak tu yg mencantikkan rupa parasnya. tiada paras rupa & jd bahan ejekan, ada duit pi baiki mana yg patut 😂

Reply
avatar
March 31, 2017 at 9:18 AM ×

semua nak yg terbaik kan..

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
April 7, 2017 at 8:03 AM ×

teringat plak kata2 kwn; 'asyik2 berkenan dengan laki orang, x pun milik org' 😂 last2 single

Reply
avatar