Posisi tidur masa mengandung



Dah mengandung ni, aku banyak cari informasi melalui google. Salah satunya, posisi tidur masa mengandung. Ini salah satu cabaran untuk ibu yang tengah hamil ye. Kalau kandungan masih kecil, bolehlah tidur melasak sikit. Tapi makin lama, bila waktu tidur je macam ada tak kena. Aku lah tu. Nak tidur selesa, tapi dalam masa yang sama aku risau juga keadaan baby dalam perut ni. Takut terhimpit ke, takut tak cukup oksigen ke. Haa, macam mana tu?

Dulu sebelum mengandung, aku suka tidur meniarap. Sebab aku pesen yang suka peluk bantal. Walaupun ada suami, masih juga nak peluk bantal okey. Tak peduli. Tapi sekarang mana boleh meniarap oi. Baby dalam perut kena himpitlah nanti.

Ada yang kata, posisi mengiring ke kiri lebih baik. Aku boleh je. Tapi kadang, tak selesa. Nak mengiring ke kanan. Ada pula yang kata bahaya. Tidur menelentang lagilah tak boleh. Aku dah start pening. Makanya, aku berlatih untuk tidur mengiring ke kiri je. Setakat ni bolehlah.

Masa balik kampung baru-baru ni, aku jumpa mak. Sempat juga aku tanya macamana nak tidur masa mengandung ni? Mak aku rilek je jawab. Tidur ikut keselesaanlah. Aku dengar mak cakap macam tu, aku terus tidur. Malas nak fikir.

Yang mana pernah alami masalah macam aku ni, kongsilah sikit. Posisi tidur yang mana aku boleh guna ni? Seriau aku nak google lebih-lebih. Nanti overload information pulak. Stress manjang kang aku.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Gee Lion
admin
September 22, 2016 at 8:16 PM ×

Assalamualaikum cik Tia,

Kalau boleh, latih diri untuk tidur secara mengiring. Mengikut petua pun, kecenderungan kita utk tidur mengiring sama ada kanan atau kiri itu boleh menjadi pentanda jantina bayi yg kita kandung. Wallahualam..

Dari segi sains, tidur meniarap dan terlentang tak digalakkan. Apa yg sempat aku google tadi; tidur sebegini tak digalakkan kerana ia akan menyebabkan rahim memberikan tekanan fizikal kpd saluran darah besar lalu menghalang peredaran darah ke jantung seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien dari sampai kepada bayi dalam rahim. Bahaya tuuu..

Bukan aku nak takutkan kau ye cik Tia. Masa aku pregnant dulu pun, aku banyak search pasal info macam ni, senak juga kepala ni baca. Hehe >,<

Jangan stress-stress, tak baik utk ibu dan bayi tau.

Congrats bro Gee Lion you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar