Sunday, September 25, 2016

Samyang ramen yang tak HALAL

Aku bukan bijak pandai nak kata Samyang ramen korean ni halal ke tidak . Masa mula-mula mengandung, pernah juga aku terasa nak makan samya... thumbnail 1 summary


Aku bukan bijak pandai nak kata Samyang ramen korean ni halal ke tidak. Masa mula-mula mengandung, pernah juga aku terasa nak makan samyang ramen dari korea ni. Terpengaruh dari youtube. Bukan terpengaruh nak buat video juga. Tapi kepedasan samyang ramen tu yang buat aku macam kecur liur sebab aku perasan diri aku ni nak makan benda-benda pedas masa awal-awal mengandung.

Nak dijadikan cerita pula, masa mengandung tu aku masih kerja di butik. Adalah sorang staf ni. Dia pernah makan samyang ramen tu dan kata sedap. Aku pun dah macam telan liur. Tapi malas nak layankan sangat sebab aku tau Samyang ramen tu susah nak cari dekat kawasan Kota Kinabalu. Nak order online macam malas pula. Lama nak tunggu sampai.

Sebelah butik ada kedai runcit. Memandangkan waktu tu aku nak makan samyang ramen disebabkan kepedasannya. Maka aku cari alternatif lain bagi menggantikan samyang ramen itu kepada maggie kari kick yang dalam cup tu. Kami berdua pergilah kedai sebelah untuk membeli. Kawan sorang tu tengah jalan-jalan dekat kedai tu tengok-tengok barang jualan.

Sampailah dia nampak ada samyang ramen kena jual. Dia jeritlah panggil aku. Aku pun pergilah dekat dia. Kat situ ada abang yang boleh kira rapat jugalah dengan kami sebab selalu datang butik untuk isi air kangen. Abang tu nampak kawan yang sorang nak ambil samyang ramen. Dia katalah dekat kawan, "tak halal tu." Aku yang dengar abang tu kata macam tu dah cuak sebab aku memang pernah dengar ada samyang ramen yang tak halal. Aku perhati bungkusannya. Memang tak ada cop halal.

Tapi kawan tu degil. Dia tak nak dengar cakap abang tu. Boleh dia kata dekat aku, "kau ambil je. Kau kan mengandung. Makan je." Aduh. Rasa nak tepuk dahi dia pun ada. Aku, kalau dah tahu tak halal. Memang taklah aku nak. Walaupun status halalnya diragui, pun aku tak makan sebab benda dah jadi syubhah. Kawan tu buat tak peduli. Dia bawa je samyang ramen tu pergi kaunter.

Dekat kaunter, ada sorang akak ni. Pun rapat dengan kami. Lagipun anak dia staf dekat butik tu. Haa, memang kira rapatlah. Akak tu nampak kawan pegang ramen bawa ke kaunter. Dia pun cakap benda yang sama.

"Eh, tak halal tu."

Kau tengok. Akak tu pun dah cakap tak halal. Jarang tau orang yang berjual ni nak jujur dengan kita. Orang cakap supaya kita tau. Dah beruntung sangat orang nak tolong. Tak adalah dia diamkan je dan jual barang tak halal dengan orang Islam semata-mata nak kaut keuntungan. Yang kawan tu, lepas kena tegur akak dekat kaunter. Dia pun mengalah. Letak balik samyang ramen dekat rak.

Aku bersyukur gila sebab akak dan abang tu bagitau awal-awal yang samyang ramen dekat kedai dorang tu tak halal. Mati terus tekak aku nak makan samyang ramen. Takpelah. Tak dapat samyang tu aku tak mati pun. Ni yang aku bersyukur sangat. Sebab masa aku mengidam nak makan laksa tapi tak dapat. Meleleh airmata. Tapi ni tak dapat samyang ramen, aku rilek je. Takde pula rasa nak menangis ke apa.

Semoga aku dan baby dilindungi Allah s.w.t..

posted from Bloggeroid

1 comment

  1. xkisahlah halal ke x. sy mmg xmakan pon benda tu.ahah

    ReplyDelete