Temujanji 3 : Doktor kata kembar?

Entri sebelum ini, 'Temujanji 1 : Darah dah naik sikit'

Kelmarin appointment aku yang ketiga. Memandangkan darah aku rendah, so nurse jadualkan appointment aku dua kali sebulan. Maknanya, setiap dua minggu aku kena datang klinik untuk ambil darah dan check air kencing.

Aku dah pun buat ujian Talasemia dan alhamdulillah doktor cakap aku tak ada penyakit tu. Sebenarnya, aku ni lebih kepada kurang zat besi. Tu pasal darah rendah semacam. Talasemia test, done.

Lepas check darah, okey baiklah. Dari temujanji sebelum ni, darah aku dah naik 8.2 dan tadi lepas check ada kenaikan sikit lagi 8.7. Tapi tu pun masih belum cantik. Aku tau kenapa. Aku banyak kali skip makan ubat yang dibagi. Sumpah aku tak tahan bau ubat tu. Even lepas aku dah telan, bau dia macam naik balik menusuk hidung aku. Ni pun aku tengah cerita, meremang bulu roma.



Imbas balik pasal Iberet Folic. Masa mula-mula aku makan, habis semua isi perut aku keluar. Ye, aku muntah. Aku makan ubat tu awal pagi. Masa perut tengah kosong. Lepas telan ubat, tak boleh makan apa-apa selama dua jam. Habis masa dua jam, baru aku sarapan.

Masa tu aku dah start mual sebab bau ubat dah mula naik. Tapi aku buat tak layan. Tengah syok basuh pinggan lepas makan, aku berlari masuk bilik air. Uwek, uwek! Habis muntah. Kosong balik perut aku. Aku dah nak nangis masa tu sebab habis semua keluar dari tekak. Sakit, pedih, tak selesa. Hmm.

Kalau ikutkan, aku ni memang jenis yang tak makan ubat. Demam sikit pun, aku tak ambil panadol. Lepas siap keluar habis isi perut tu, aku rehat kejap.

Since perut dah kosong, kejap je aku mula lapar balik. Masa ni, selera makan aku dah membuak. Nak makan itu, nak makan ini. Habis aku bantai. Suami suruh slow. Takut muntah lagi. Aku tak dengar. Main belasah je. Alhamdulillah dah tak muntah.

Esoknya, aku cuba makan ubat tu lagi. Pagi-pagi juga sebab yelah baru bangun kan. Perut masih kosong. Aku mula dengan makan buah oren dulu sebagai pembuka. Dah rasa-rasa manis masam buah oren dalam mulut, aku telan laju-lajut Iberet Folic tu. Terus minum air kosong cepat-cepat lepas tu makan baki buah oren yang masih ada sampai habis.

Alhamdulillah. Masa nak makan sarapan tu, macam ada okey sikitlah. Tapi lepas tu aku ada muntah sikit juga. Sikit je. Muntah ngade-ngade. Then okey.

Hari ketiga, aku makan juga Iberet Folic tu dengan buah oren. Syukur dah tak ada muntah. Cara aku telan ubat tu pun main tutup hidung. Konon tak adalah bau. Tapi bila sendawa sikit sebab kenyang minum air, bau ubat tu ikut sekali. Sumpah bau. Aku tak tipu.

Tamat imbas kembali.

Selesai je check air kencing, dapat keputusan darah. Nurse nak aku jumpa doktor. Alhamdulillah kali ni aku dapat doktor perempuan. Peramah dan baik pula tu. Senang hati aku nak berkomunikasi.

Doktor tanya, pernah tak scan dekat klinik tu? Aku jawablah tak pernah. Doktor macam terkejut. Tapi aku tak pasti kenapa. Dah cakap sikit-sikit, doktor suruh aku masuk tempat yang kena tutup pakai langsir. Macam bilik, tapi bukan sebab takde pintu. So, aku assume tempat tertutup jelah ye.



Dah masuk, aku baringlah. Doktor nak scan. Haa, part scan ni yang best. Sembang banyak dengan doktor. Mula-mula tu, aku tak syak pun yang aku akan di scan. Ingatkan check biasa dan nak cuci telinga aku pasal darah rendah. Rupanya, nak scan since kandungan aku dah masuk 3 bulan.

Masa sesi tonyoh-menonyoh perut tu, aku macam rasa tak best lah pulak sebab monitor tu dekat tepi aku je tapi doktor tak pusing bagi aku tengok sekali. So, tak ada pilihan. Aku merenung siling ataslah jawabnya.

Tengah doktor scan tu, tiba-tiba dia boleh cakap "anak mama kembarlah."

And i was like, "hahhhhhh????!!!" tapi tak bersuaralah. Dalam hati je.

Lepas tu doktor tu panggil kawan dia. Siti aku dengar.

"Kau tengok ni. Kembar kan. Bla, bla, blaaa."

Baiklah. 'Bla bla' tu maksud, aku tak faham dah ayat yang keluar dari mulut doktor-doktor tu. Separate entah apa benda. The end, doktor cakap ada dua kantung tapi yang satu tu kosong. Tapi cara doktor cakap seolah-olah tak pasti sebab dia masih scan perut aku macam cari sesuatu.

"Yang satu ni macam twins tak jadi. Samada tak jadi atau kena tindih dengan yang satu lagi," kata doktor.

Masa ni perasaan aku sangat lain. Kembar? Ya Allah. Syukur. Tapi dalam masa yang sama, aku sedih bila doktor cakap kembar tak jadi. Maksudnya, ada satu je yang survive. Yang satu lagi tak jadi. Dalam tengah gembira dapat berita aku mengandung kembar, hati aku dipukul hiba juga sebab yang kembar satu tak jadi.

Hati ibu mana tak gembira kan bila tau dia mengandung anak kembar. Tapi, aku redha dengan apa yang berlaku.

"Tapi anak saya yang satu lagi sihat kan doktor?" soal aku. Takpelah. Aku tak boleh paksa. Dah Allah nak ambil kan. Dapat pinjam sekejap pun, aku dah cukup bahagia. Bahagia sangat.

"Ya. Yang ni sihat. Tengok jantung dia."

Kali ni monitor dah dipusingkan sikit ke arah aku. Memang jelas. Aku nampak bentuk baby. Kepala dia. Badan dia. Bila aku tengok, ya Allah. Sangat sempurna di mata aku. Hebat betul kuasa Allah.

"Sebulan akan datang, kita jumpa lagi dan scan balik okey."

Aku iyekan aje. Tapi sebenarnya masih terkejut dengan berita tadi dan dalam masa yang sama. Aku masih berharap semoga ada keajaiban Allah akan bagi. So, next appointment aku pada 21/09/2016 untuk jumpa nurse dan 6/10/2016 jam 2 petang untuk jumpa doktor.

May Allah ease everything. Doakan ibu dan anak ye.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Cik Yaya
admin
September 8, 2016 at 10:00 AM ×

salam..

InsyaAllah kalau ad rezki, adala kembarnya tu..kan
yang penting bby sihat..mummynyer pun ni sihat..Aminn..
jaga kesihatan ye. =)

Reply
avatar
Gee Lion
admin
September 9, 2016 at 2:44 AM ×

saya faham perasaan dup dap dup dap ye macam mane..
inshaAllah, semua sihat tu. bestlah tia!
memang dlm list saya juga nak dapat anak kembar.
dah imagine nama pon. hehe. galakkk takkk?
dulu masa pregnant pon saya consume iberet folic.
sbb HB low.
ada cara nak makan iberet folic tu. macam tia cakap, makan dgn buah oren kan. saya telan dgn jus oren, sunquick kalu boleh.
macam nak tulis cara yg lain2 tu, malas pulak.
haha.. tapi saya pasti tia pon dah banyak pengalaman pasal ni kan.
jaga kandungan dan diri baik2 ye tia!
^_^

Reply
avatar