Saturday, September 24, 2016

Seronok tak kahwin?

Dulu kan dulu lah. Sebelum kahwin. Aku ni banyak sangat terpengaruh dengan drama tv. Nak suami macam itu, nak suami macam ini. Serba serbi ... thumbnail 1 summary
Dulu kan dulu lah. Sebelum kahwin. Aku ni banyak sangat terpengaruh dengan drama tv. Nak suami macam itu, nak suami macam ini. Serba serbi sempurna. Kuat sangat aku berangan dulu. Asyiklah terfikir 'bila agaknya aku kahwin ye?' Biasalah. Remaja. Tengok orang lain kahwin macam best. Post gambar berdua suami isteri alahai sweet sangat macam minta potong kaki.



Sekarang aku dah kahwin pun. Dah jadi isteri orang. Kadang macam tak percaya pun ada. 'Inikah jodoh aku?'

"Jadi, seronok tak kahwin?"

Tak perlu lah aku jawab. Sebab alam perkahwinan ni bukan untuk aku berseronok pun. Ada tanggungjawab besar yang aku kena pikul. Lebih-lebih lagi sekarang aku dah berbadan dua. Terasa makin hebat pula ujian. Padahal baru bakal nak jadi mak-mak ni.

Pada yang masih bujang, jangan kelam kabut nak kahwin. Sebab jodoh tu selalunya datang pada waktu yang kita tak pernah sangka. Macam aku. Tak sangka menamatkan zaman bujang pada usia 25 tahun. Bagi aku, kira standard lah umur ni untuk kahwin. Tak awal sangat, tak lambat sangat. Rilek je. Jadi mak-mak pun cepat. Rezeki awal. Alhamdulillah.

Alam perkahwinan ni, berbeza bagi semua orang. Ada yang seronok, ada yang tak. Seronok tu bila tengah bahagia. Tak seronok tu bila bermasam muka. Biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri. Aku dengan suami pun apa kurangnya. Akulah yang selalu buat hal. Tapi suami sangat penyabar. Gaduh macamana pun, masam muka macamana pun. Dia pernah ingatkan aku sebelum kahwin. Jangan pernah sebut perkataan CERAI.

Perjalanan hidup kita memang tak sama. Ada yang mudah, ada yang susah. Yang mudah, tak selamanya bahagia. Yang susah, tak selamanya derita. Perancangan Allah selalunya terbaik untuk kita. Kena yakin yang Allah lebih tahu apa yang elok untuk kita. Dia bagi senang, untuk menguji. Dia bagi susah, sebab sayang. Sangat mudah. Sebab kita ni, akhir-akhir pun. Tetap akan MATI.

Tapi percayalah. Alam perkahwinan ni bukannya mudah. Lebih-lebih lagi bila kau berkahwin bukan atas dasar cinta pada manusia. Maka, berpautlah pada dasar cinta kerana Allah. Semoga kita bahagia sehingga ke jannah ye.

Macam sedih je entri aku kali ni kan. Gila kau tak sedih. Suami outstation 4 hari, aku dah meleleh airmata. 😢
posted from Bloggeroid

4 comments

  1. dri td asyik jumpa entri rumhtgga je..apsal ni..suatu petanda kah..haha..msa tnggu spm dlu cmtu la..skrg dh slow dh nk fikir..huhuhu..slmt melayari alam rumahtangga till jannah!InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Sape kata best tu mungkin sebab banyak sangat berangan kot. Sedangkan pada aku, dugaan hidup sebenar baru je bermula. Antara cekal dgn tidak je utk teruskan. Kalau rasa tak yakin, hidup single lebih baik. Huhu..

    ReplyDelete
  3. Sabar ye.. 4 hari bukan 4 minggu.. Huhu..

    ReplyDelete
  4. Dah lama dah takbaca blog kak tia, tup tup dah kawen. congrats kak :) takpelah lmbat wish pun kan, skang ni pun dah nak dapat anak. Hm, agak2 kak ingat lagi ke tak kat era ni? :p

    ReplyDelete