Cara makan buah delima



Kelmarin lepas balik dari temujanji ke-4 di klinik, aku singgah CKS nak beli buah. Pergilah cari kan. Aku cari buah anggur sebab nurse dah pesan banyakkan makan anggur. Boleh tambah darah. Cari punya cari, jumpalah anggur.

Dalam masa yang sama, mata aku terpandang satu buah yang macam aku pernah jumpa suatu ketika dulu. Nak tanya staf dorang, semua macam sibuk. Jadinya, aku google lah.

Buah delima, aku taip.

Buka image. Sah! Memang buah delima. Hati berbagi masa tu nak ambil ke tak sebab aku takut tak manis. Tapi sebab nak merasa, maka aku ambil juga sebiji. Pergilah timbang. Ambik kau. RM4 adalah beberapa sen untuk sebiji tu. Redha. Pergi jelah kaunter nak bayar. Yang penting, anggur dapat, buah delima pun dapat. Sengih-sengih aku masa masuk kereta tengok muka suami.

Dekat rumah, aku start makan anggur dulu. Puas hati betul sebab selalu aku dapat anggur yang masam walaupun warna merah. Kali ni aku makan memang manis. Sedap. Tak puas mengunyah sebiji. Kunyah lagi, kunyah lagi. Haa, sampailah habis. Lepas tu menangis sebab stok anggur dah tak ada. Tssk! Nanti beli lagi. Aku pujuk diri sendiri.

Malam-malam sikit baru aku kupas buah delima. Sebab suami pun dah balik dari kerja boleh kasi dia rasa sekali. Masa nak mengupas buah delima tu, aku kaku kejap. Berfikir macamana nak kupas buah ni. Last-last aku belah tengah. Masa belah tengah tu, barulah aku sedar yang aku salah potong.

Ada cara nak potong buah delima. Tu pun aku tau lepas dah selesai kupas. Dari google juga. Masa keluarkan isi buah delima masuk dalam bekas, adalah aku cicip sebiji dua. Mak oi! Masamnye. Alaaaaa. Apesal tak manis ah? Aku dah start tension. Pasal buah pun nak tension tau.

Siap keluarkan isi, aku bawa pergi ruang tamu. Kasi FIL, MIL dan suami rasa sekali. Semua komplen masam. Redha lah aku makan buah delima yang masam. Takpelah. Tak ada rezeki nak merasa yang manis.

Sebenarnya aku cuba nak ingat balik rasa buah delima ni sebab dulu masa balik kampung dekat Terengganu dah pernah makan buah ni. Memang sedap. Manis. Sampai aku minta bapa belikan lagi satu plastik dekat tamu tu. Kali ni aku makan lagi, tak manis langsung. Memang masam. Dari hasil google, mengatakan kalau rasa asam mungkin tak masak buah delima tu. Mungkinlah kot sebab aku mana pandai nak pilih.

Masa makan delima, aku perasan biji dia lagi besar dari isi. Aku dah konfius nak makan sekali dengan biji ke macamana. Rasa biji dia pun tak sedap sangat tapi masa aku google. Khasiat buah delima ni ada pada biji dia. Maka, gigihlah aku kunyah sekali dengan biji-biji buah delima tu. Kata nak khasiatnya kan.

Suami cadang suruh buat jus. Aku macam pelik. Boleh ke? Apa rasa dia kalau buat jus? Masih ada lagi baki buah delima tu dalam peti sejuk. Aku tak habis makan. Nanti-nanti lah aku makan balik. Sekarang, aku rindu nak makan buah anggur yang manis tu. Nanti nak bodek suamilah. Pergi beli.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Nieyl
admin
September 22, 2016 at 4:06 PM ×

singgah petang...
sedapnya buah delima...
tapi dah lama x makan dah...

Reply
avatar
Gee Lion
admin
September 22, 2016 at 8:25 PM ×

Gigihnya kau telan dengan biji2 sekali. Aku tak sanggup. Jangan paksa diri cik Tia oi.. Ambillah jus dia atau yg paling popular dalam kalangan ibu mengandung, JUS PATI DELIMA GULSAN.

Berkenaan anggur, ada yang kata jangan makan anggur dalam kuantiti yg banyak. Khasiat dia pada ibu mengandung masih lagi menjadi perdebatan yg hangat.

Kalau nak tambah darah, makan pisang or sayur bayam pun okay. Masa hamil dulu, hari-hari adik saya masakkan sayur bayam masak air. Sedap >,<

Reply
avatar