Kerana jeruk, dia mengamuk!

Kelmarin aku jalan ke Suria Sabah teman suami nak beli seluar kerja. Sempatlah jalan-jalan kejap dekat Groundfloor. Biasalah. Area Groundfloor kan memang area makanan. So, adalah satu kiosk ni yang jual jeruk tapi style main timbang. Kau kaut je buah apa kau nak. Mangga, anggur, jambu batu, haa kau kautlah. Nak bagi penuh mangkuk tu pun tak kisah.

Tekak aku ni pun mulalah 'menjerit terpekik terlolong' nak jeruk-jeruk tu. So, aku pun start kaut. Di depan aku ada satu bangsa. Satu family aku rasa.

Lepas dorang dah kaut jeruk tu semua, dorang bubuhlah macam perasa lada, garam, asamboi dan entah apa lagi tu masuk sekali dalam bekas jeruk. Bagilah dekat cashier tu untuk timbang. Dah siap timbang, tau lah harga berapa. Yang lelaki pun hulurlah duit dekat cashier. Sebelum dorang blah dari situ, lelaki tu nak tambah perasa macam yang aku sebut dekat atas.

Tapi cashier tu kata tak boleh masuk terus dalam bekas yang dah timbang tu. Kena timbang juga, dan bayar. Haa, mulalah lelaki tu mengamuk tinggi suara sampai aku pun terkejut. Dia kata, "tambah sikit pun tak bolehkah? saya bayarlah."

Cashier tu tetap kata tak boleh tambah masuk dalam bekas dengan nada slow. Kena timbang baru juga katanya. Lelaki tu pula dah mengamuk, terjerit. Habis cashier tu yang kena. Last-last, aku syak bini lelaki tu rasanya. Dia tarik tangan laki dia. Malu kot terjerit depan orang ramai macam tu. Hish. Nasib baik dia blah cepat sebab aku dah tak sabar nak bubuh perasa jeruk aku.

Sampai turn aku nak bagi cashier tu timbang, aku senyum je sebab aku nak dia macam fikir "ah biarlah customer tadi tu." Aku macam nak dia rasa lega sikit. Tak payah fikir pasal customer tadi. Sebab kalau ikut hati aku, geram juga dengan customer tadi. Tiba-tiba nak mengamuk padahal dia yang tak tau prosedur membeli dekat situ.

Lepas aku jalan dengan suami, insiden tu jadi isu perbualan kami suami isteri. Suami aku kata, lagi elok kalau kiosk tu tampal prosedur nak membeli dekat situ. At least, kalau ada kejadian macam tu lagi. Pihak kiosk ada bukti dorang tak bersalah.

Bagi aku, insiden tu memalukan gila. Benda macam tu nak diperbesarkan. Tak payah nak mengamuk sakan. Hal kecik je. Tapi yelah. Lain orang, lain perangainya. Ada yang boleh bersabar, ada yang tak reti sabar. Apapun, sabarlah ye cashier. Kerja macam tu, memang banyak dugaannya. Kena marah, kena maki hamun. Hmm.

Aku pula yang macam tak puas hati. Syukur jeruk-jeruk yang aku ambil tu sedap-sedap belaka. Tenang sikit jiwa ahkak ni.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Normi Nieza
admin
September 5, 2016 at 10:33 PM ×

Dah kedekut jgn la beli😂

Reply
avatar
Gee Lion
admin
September 7, 2016 at 12:21 AM ×

mak aih.. buwek malu je.. macam budak2 perangai. haha.

Reply
avatar