The Flu lagi best dari Train To Busan?



Dah tengok The Flu? Aku baru je tengok movie tu. Sebenarnya nak tengok Train To Busan tapi The Flu pula yang aku hadap dulu. Takpelah. Janji best. Memang best pun. Sebab sebelum tengok, aku baca dulu review orang pasal movie ni. Ramai duk kata cerita ni best. Siap ada yang kata The Flu ni lagi best dari Train to Busan. Aku tak boleh nak kata apa lagi sebab belum tengok TTB tu.

Bagi aku, kisah The Flu ni lebih kepada mesej kasih sayang seorang ibu terhadap anak dia. Sangat menyentuh hati aku yang bakal jadi mak-mak ni. Betapalah mak dia menjaga anak dia dari menjadi mangsa kuarantin lepas dia tau anak dia tu dah kena Flu yang menggila. Aku nangis-nangis tengok movie tu sorang-sorang. Suami dah dulu terlelap.

Heroin dia memang cantik gila. Hero dia pula boleh tahanlah. Tapi, walaupun hero tak hensem mana, watak dia dalam tu yang sangat caring boleh buat aku jadi tak pandang pada rupa dah. Sweet gila okey.

Cerita bermula bila ada pendatang yang diseludup beramai-ramai untuk datang ke Korea. Mereka ni kena duduk dalam sebuah kontena yang besar. Salah seorang dari mereka pula adalah pembawa flu yang merbahaya. Sesampainya kontena tu ke Korea, ada dua orang lelaki Korea cuba membuka kontena tu untuk melepaskan pendatang yang baru tiba. Malangnya, sebaik saja kontena dibuka. Kesemua pendatang telah mati dan hanya seorang sahaja yang terselamat. Namanya Monsai. Kalau nak tahu, aku lebih ingat nama dia tau berbanding hero dan heroin dalam cerita tu.

Salah seorang dari lelaki yang buka kontenan tadi dah mula terkena flu tu tanpa dia sedar. Mereka cuba bawa Monsai balik untuk mendapatkan upah kerana telah membuka kontena berkenaan. Namun Monsai berjaya melarikan diri.

Flu tu sangat cepat merebak. Sekelip mata, rakyat Korea terkena flu tu.

Okey aku dah tak larat nak cerita habis. Tapi serius aku kata. Tengoklah. Memang best. Aku tak berganjak langsung dari laptop. Setiap babak aku tengok sebab jalan cerita memang direct to the point. Tak ada menyimpang siur. Senang nak faham cerita.

Lepas ni aku nak tengok Train to Busan pula. Ramai kata best. Best ke tak, aku kena tengok sendirilah.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Gee Lion
admin
September 23, 2016 at 12:32 AM ×

Pendatang yg diseludup letak dalam kontena? Macam mana diorang ni bernafas agaknya. Berhimpit2. Hang ingat tak ada kes kat Austrian pasal imigran seludup mati lemas dalam truck & dibiar je mereput kat highway. Orang perasan pun sebab dah berbau & lori yg terbiar lama tak jalan2. Yg sedihnya, imigran tu perlarian Syria yg lari dari negara asal sebab pergolakan politik.. :(

Congrats bro Gee Lion you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar