Demi mu suami

Bukan main lagi tajuk ye. Sastera bagai.



Tadi dalam pukul 8 macam tu, aku rasa lapar. Bukan tak ada nasi. Ada. Tapi terasa nak makan char kuey teow. Agak lama juga aku memendam hasrat tu. Hari ni dah tak boleh pendam. Nak juga.

Syukur alhamdulillah. Suami nak juga layan tekak isteri dia ni. Keluarlah kejap. Kali ni, suami ajak pergi kedai sebelah Politeknik Kota Kinabalu tu. Katanya nak mencuba. Aku tak membantah asalkan dapat makan.

Sampai je rumah, aku dah tak tahan. Terus bantai. Ngap satu sudu, alahai. Terus rasa kecewa. Rasa dia tak macam yang aku bayangkan. Bukan tak sedap. Sedap sebab adik ipar aku makan rilek je. Suami pun makan senyap tak komen apa-apa.

Tapi aku ni je. Tak kena selera. Char kuey teow dia tak boleh nak lawan satu lagi warung yang aku dah pergi masa mula-mula tu. Dekat situ memang sedap. Udang besar-besar. Manis pula tu. Memang sedap! Itu selera aku.

Takpelah. Suami kata, esok je pergi balik warung yang aku nak tu. Senyum melebarlah aku jawabnya.

Dah kenyang makan semua. Suami minta pula buatkan ais lemon. Eh maksud aku, air lemon tapi letak ais. Alahai. Aku pun dah kenyang masa tu. Macam rasa malas nak buat. Kalau ikut hati, memang tak nak aku buat.

Tapi jauh di sudut hati, tetiba aku jadi sayu. Suami dah penuhi permintaan aku, sanggup drive keluar semata-mata nak layankan tekak aku. Takkan aku pula yang tak boleh nak penuhi permintaan suami yang kecil tu.

Cepat-cepat aku buat sambil nangis-nangis potong buah lemon. Okey, itu tipu.

Sebab tu lah, apa benda sekalipun. Harus ada give and take. Memberi dan menerima. Kalau kita dah menerima, kenalah juga memberi. Jangan asyik nak menerima je. Tu pentingkan diri namanya. Belajar untuk memberi supaya kita senang untuk menerima.
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Gee Lion
admin
September 22, 2016 at 8:30 PM ×

Biasalah perempuan mengandung mengidam.. Hehe.. Ada satu menu feveret yang kita mesti rasa nak makan tiap2 malam. Aku pulak, bila malam kalau tak perkena kuey tiaw ladna memang tak sah. Sampai kalau rasa kuey tiaw tu tak sama, sanggup merajuk dengan laki sendiri. Sanggup pergi makan kat kedai yang sama je tiap2 malam.

Sekarang dah beranak, huuuuhhhhhh.. Tengok kuay tiaw ladna pun aku tak hinginn..

Sebenarnya, memang aku memang tak pernah minat benda tu. Masa pregnant je selera bertukar. Kahhhh.. kesian laki aku.

Kesian suami ko jugak. Bertabahlah!

Congrats bro Gee Lion you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar