Tuesday, September 13, 2016

Perut orang mengandung 3 bulan

Ini tahun pertama aku beraya sebagai isteri. Kalau aidilfitri hari tu aku ikut suami, aidiladha ni pula suami yang ikut aku. Untuk raya haji... thumbnail 1 summary
Ini tahun pertama aku beraya sebagai isteri. Kalau aidilfitri hari tu aku ikut suami, aidiladha ni pula suami yang ikut aku. Untuk raya haji ni, aku dan suami beraya di Kota Belud. Kampung mak aku.

Seronok juga sebab dapat berkumpul dengan keluarga. Rindu lah katakan.

Masa buat persiapan untuk hari raya korban ni, rajin pula aku ke dapur. Basuh pinggan, lap daun palas, bersihkan dapur. Mungkin sebab dah masuk trimester kedua kot. Rasa malas tu dah makin kurang.

Macam biasa. Tak kira pagi raya aidilfitri ke, aidiladha ke. Ziarah kubur tak pernah tak buat. Sebab tahun ni, mak aku kehilangan kakak sulung dia. Kira mak cik akulah. Arwah dikuburkan di tempat yang sama arwah nenek dikebumikan. Jadi, boleh ziarah kubur nenek sekali.

Sebelum ke kubur, adik perempuan aku yang dekat Sarawak mengada suruh mak aku snap gambar aku. Nak tengok perut aku katanya. Baru tiga bulan kot. Tak adalah besar sangat. Tapi aku dah dapat rasa perubahan saiz perut aku ni. Agak tersembul keluar jugalah.



Tu hasil candid mak aku yang tak berapa nak jadi. Sebab dah tak sempat. Kan nak ke kubur. Mak aku tak dapat ikut. Beriya dia snap gambar aku dari tingkap rumah nak ambik part perut. Tapi jangankan perut, muka aku pun tak nampak. Dah kelam kabut nak jalan.

Selamat hari raya aidiladha anak mama kat dalam perut.

posted from Bloggeroid

5 comments

  1. mana satu cik tia?
    ada dua orang tu?
    huhu
    biasalah tu, saya sampai ke sudah pon orang dok komen perut kecik perut kecik
    nak wat camne, dah saya pon kecik molek je orangnya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang baju maroon tu. Hahaaa.
      ha ahhh. Badan saya pun kecik je. Memang susah kot nak nampak baby bump.

      Delete
    2. hok maroon?
      dari sudut ni nampak selim melim lagi cik tia oi..
      hehe

      Delete
  2. slmt hri raya! waah ad baby lg!thniah!


    Salam singgah dari "http://www.mialiana.com/2016/09/senarai-url-blog-25.html" dan follow sini.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aidiladha :)
    Salam singgah dari http://www.mialiana.com/2016/09/senarai-url-blog-25.html

    Saya follow sini :)
    http://minimeyra.blogspot.my/

    ReplyDelete