Jangan Takut

Aku sudah mendengar ceritamu.
Aku tahu resah yang bercampur gelisah.
Dengarkan aku.
Aku mungkin bukan sesiapa.

Kita sama-sama pernah melakukan kesilapan.
Cuma kisah kita yang berbeza.
Kau dengan kisahmu begitu juga aku.
Tapi satu perkara yang kita boleh lakukan bersama.
Yang lalu biarkan berlalu.

Pandanglah jauh ke dalam dirimu.
Kau pernah melakukan kesilapan.
Dan kau menyedarinya.
Apa tindakan kau seterusnya?
Membiarkan dirimu terus hanyut bersama kegelapan?
Atau mencari sinar cahaya untuk mencari kebahagiaan?

Pilihan ada di tanganmu.
Bahagia sementara atau derita selamanya?
Keseronokkan dunia hanyalah tipu daya.
Dan ramai manusia yang terpedaya dengan keindahannya.
Tapi akhirnya , memakan diri jua.

Kebahagiaan itu bukan ada pada sang kekasihmu.
Bukan ada pada "berkeliaran" di tengahmalam.
Tidak juga pada muzik yang membingitkan telinga.
Tapi carilah dalam sujudmu menadah tangan memohon keampunan dari-Nya.

Sebesar mana pun kesilapan yang pernah kau lakukan,
jangan pernah putus harap dengan-Nya.
Seluas-luas pintu adalah pintu taubat.
Hanya pada Dia tempat kita meminta , bukan pada manusia.

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
ary_lee
admin
January 31, 2013 at 11:06 PM ×

sajak sendiri ke ni, Tia? Hhuhu.. Puitisnya sahabat ary yang sorang ni^^

Reply
avatar
Pn. Sheila
admin
February 4, 2013 at 5:11 AM ×

Insyaallah... sentiasa sujud kpdnya memohon keampunan...

Reply
avatar