Beranak operate pun boleh susukan bayi

Masa mengandung lagi i dah pasang azam nak direct bf Asyraf. Eksklusif. So, kenalah topup ilmu sikit-sikit.

Untuk mengukuhkan lagi niat yang sesuci lebaran tu, paling penting kena faham.

Kenapa susu ibu?
Kenapa bukan susu formula?
Ade beza ke antara susu ibu dengan susu formula?
Apa kelebihan susu ibu?
Kalau menyusu susu ibu, ada beza ke pakai botol dengan yang secara terus dari breast ibu?
etc etc

Ilmu i pasal mende ni takdelah hebak mane. Sikit-sikit tu adalah. Tapi since kebaikan susu ibu ni memang orang dah ramai sedia maklum, thats why lah i pun bersungguh nak bf Asyraf.

Mak i sendiri pun full bf kitorang seme adik beradik. 7 orang tauuu. So, kira alhamdulillah lah sebab mak i menyokong susu ibu. Selagi ko mampu, ko susukan je anak ko tu. Yang dapat kebaikannya bukan orang lain. Ko dengan anak tu jugak.

And memang rezeki. Even i czer (BACA : Pengalaman Bersalin Operate), nurse dekat hospital tempat i beranak tu sangat-sangat menggalakkan penyusuan ibu. eh betul ke aku taip neh? T_T

Lebih kurang setengah jam lepas operate, nurse tolong i direct susukan Asyraf. Padahal masa tu half badan ni kebas tau. Langsung tak boleh nak gerak hatta ibu jari sekalipun!

Nurse lah yang tolong picitkan breast sampai keluar cecair kolostrum tu and angkat baby letak sebelah. Alhamdulillah. Nurse puji Asyraf sebab pandai nau nyot nyot dari breast. hish! anak sape lahh tu. hihi

Semenjak tu, i nekad nak bf Asyraf. Direct! Yelah, i bukan keje pun.

Awal minggu, serius memang susah nak bf baby. Mana nak jaga luka jahitan czer, bengkak susu, nipple lagi luka. Baby lak bila menyusu, selalu terkena area jahitan tu. Sakit.

Tapi mak i yang support gila-gila. Takde nye keluar idea dari mak suruh i bagi Asyraf pakai botol. Mak sentiasa di sisi. Cuba bayangkan. Makan minum mandi pakai i, mak ayah dengan adik-adik yg sediakan. Baby i pun macam tu. Mandi, baju, basuh lampin dia, dorg yang tolong buatkan.

Keje i, susukan baby je. Thats it!

Mak tak bagi langsung i rasa stress. Pernah sekali i menangis sebab tempat luka jahitan tu tetiba sakit gila. Mak punyalah marah. Dia kata "ko nangis macam ni, ko nak meroyan ke?" terus i stop nangis. huhuu

Tu pasal lah kot susu ada je manjang. Mood i masa berpantang dengan mak takde pegi laut. Bahagia sokmo sokmoo. Apa tak bahagia kalau dah dilayan macam tuan puteri. ekekekk.

Rezeki kan?

Tapi betullah. I jaga mood i masa bf Asyraf. Tak nak stress kan diri. Bak kata mak i. Masa berpantang ni, jangan fikir apa-apa. Rumah macam nak terbalik ke, singki macam nak roboh ke. Tak payah fikir. Berpantang, buat cara berpantang. ha gittew.

Siapa kata beranak czer tak boleh nak susukan anak dia?

Kali pertama dapat susukan Asyraf, i tak fikir pun cukup ke tak air susu untuk dia. Yang i tau, susukan je. Sebab, awal-awal sebelum beranak. I ada baca yang baby baru lahir takkan menyusu dengan kuantiti yang banyak.


Lepas i tau banyak tu je baby baru lahir perlukan, terus i rilek. Takde banyak fikir. Even baby kerap menyusu pun, i bagi je. ha camtu.

i ni bukan pro sangat pasal bab penyusuan ni. Tapi i just nak share pengalaman i yang bersalin czer ni and still bf anak. I ada simpan artikel petua nak banyakkan air susu masa mengandung dulu. Yelah, takut air susu sikit. Tapi lepas beranak takdenya nak selak balik artikel tu sebab air susu alhamdulillah ada and insyaAllah cukup untuk Asyraf sampai 6 bulan.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
NanyFadhly
admin
May 10, 2017 at 6:39 PM ×

InshaALLAH..you can do it girl. Positive kan minda dan banyakkan membaca, tanye pada yang berpengalaman. Akak pun dulu macam tuh gak. Kalau nak tau pape..jangan segan silu tanye yer. Pengalaman operate anak 3 :)

Reply
avatar
E'in
admin
May 11, 2017 at 11:28 AM ×

akak operation ea.. semoga cepat baik dan selamat berpantang..

e'in normal.. tapi tu laa.. tak dapat bf baby lame sebab dah kering.. sedih sangat.. :(

Reply
avatar