Kelas makeup murah gila



Kelmarin ada kelas makeup. Sepatutnya akak MUA tu buat dekat hotel sabtu tu tapi husband dia eksiden. So, cancel. Tapi akak tu tawarkan personal class. Dia sendiri yang akan datang ke rumah. I tanyalah, ada extra charge ke. Katanya takde. Iols apa lagi, seronoklah sebab cikgu yang datang ke rumah nak bagi ilmu. ^_^

Lagipun, yuran akak tu kenakan memang murah. I rasa berbaloi. Yelah, kelas basic kan. Kita ni nak pergi kelas bukannya sekali je dah terus pandai. Kena pergi berkali-kali. Asah skill sampai tajam. Baru boleh cocok orang. eh apa aku merepek ni. 😂

Kalau dah kelas basic saja sampai beratus harganya, memang kena fikir balik-balik jugalah. Its basic kot. Belajarlah sendiri dulu then baru masuk kelas. Nanti dah masuk kelas, tinggal nak sharp kan lagi basic yang sedia ada tu.

Sekarang, semua nak belajar makeup. And masing-masing pun ada sebab sendiri kenapa nak belajar. Macam i, i suka cantik-cantik ni. Tapi memandangkan macik i buat pelamin dekat kampung, i plan nak ikut dia lah. So, kalau ada yang nak buat pelamin. Macik boleh suggest i dekat customer dia. Haa macam tu.

Kira, minat + belajar sungguh-sungguh = kejayaan.

Tapi tu plan je lah. I baru nak start belajar. Kelmarin tu pun, baru kelas pertama. Akak tu just ajar basic. Acane nak lukis kening tanpa cukur, acane nak pakai foundation so muka boleh nampak flawless, shading, etc etc.

Even baru kelas basic, tapi i dah dapat macam-macam tips. And lagi, akak tu share dekat mana MUA selalu borong barang makeup. InsyaAllah, bulan puasa ni i nak ke tempat tu. Selain practise makeup sendiri, boleh jual dekat orang barang-barang makeup tu.

Sambil menyelam, sambil minum air katakan.

Manalah tau i dah boleh ambil job makeup orang nanti kan. Sebab sekarang ni pun ramai je orang nak makeup untuk majlis tunanglah, kahwinlah, photoshoot lah, dinner lah. Kan..

I minat benda makeup ni semua. Benda cantik kan. Sapa tak suka.


posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
July 9, 2017 at 4:55 PM ×

ajak2 aku ba next time Tiaaaa

Reply
avatar