Pengalaman bawa baby naik kapal terbang


Baru-baru ni i balik Sandakan tempat mak. Nak bercuti sekali berpuasa sama-sama. Lagipun family dekat Sandakan dah rindu sangat dekat anak seketul i ni. Yelah, dari baby kot dorang jaga Asyraf.

Masa dari Kota Kinabalu nak ke Sandakan, i naik flight. Untuk baby, dia kan kategori infant. Just kena pergi kaunter beli insurans untuk dia. Kitorang naik MAS. Harga insurans untuk infant atau kanak-kanak bawah 2 tahun ialah RM23.

Masa tu umur Asyraf baru sebulan 3 minggu. I mula-mula macam takut. Boleh ke baby naik flight ni? Takde efek ke? hmm risooo

Tapi ada sorang akak tempat Andy kerja bagi tips. Masa dalam kapal, susukan je baby. Bila i fikir-fikir, mungkin nak elak dengung telinga kot.

Yelah kan, kalau kita yang dewasa ni taulah cara nak hilangkan dengung tu. Telan je ailio. Tapi untuk baby mana dorang tau. So, susu kan je. Masa menyusu tu kan dorang menelan, mungkin dengan cara tu dengung dekat telinga boleh dikurangkan.

Masa dekat gate sebelum masuk kapal, Asyraf dah start ngek ngok. I ingat nak susukan dia dulu sebelum masuk. Tapi tak sempat sebab kena announce sape bawa baby atau anak kecik dah boleh masuk dah.

I dapat seat dekat tepi tingkap. Okeylah. Senang nak susukan Asyraf konon. Sekali, lelaki chinese duduk sebelah. amekaw! huhuuuuuuuuu.

Time ni baby dah okey okey sikit. Dia nangis ala-ala manja je. So, okeylah nanti dah sampai Sandakan baru bagi baby susu.

Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di siang hari.

Asyraf dah mula nangis. Nak tak nak, i kena susu kan dia jugak! kesian. Dah lapar lah tu. i is tak sanggup nak biar dia lapar.

Kebetulan ada pramugari lalu. I mintak selimut. Selimut tu masih dalam bungkusan plastik. Terkial-kial i nak buka. Last last, lelaki chinese sebelah i sukarela nak tolong bukakan.

I pun okey thank you. Dia buka, dia selimutkan Asyraf. adoii. Dia ingat baby sejuk kot. Takpe. I ucap thank you jugak sebab dia dah tolong kan.

Actually i nak susukan baby. I buka selimut tu untuk cover. Apa yang i buat, berpaling sikit menghadap tingkap, tutup pakai selimut and syukur. Everything was okay. Asyraf menyusu sampai tertido.

Tetiba ada announcement kata kapal dah nak landing kejap lagi. woah! masa landing tu mencabar betul. Kan landing kapal macam hentak kuat sikit atas lapangan terbang. I peluk baby sebab kuat gila goyang sampai terbangun Asyraf. Tapi dia tak nangislah. Terkebil-kebil je mata yang sepet tu dok tengok i.

Syukur alhamdulillah. sampai juga kitorang. Dari Kota Kinabalu ke Sandakan kalau naik flight, tak lama pun. Lama lagi kalau ikut jalan darat. 6 jam perjalanan. Tak larat aku. bye!

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

5 Comments

Click here for Comments
Jun Zie
admin
May 29, 2017 at 9:11 PM ×

Aah besa kalo utk kselesaan dan utk mgelakkan ddk lama dlm pjalan jauh better naik flight. Nasib juga asyraf nda brapa cengeng. Alhamdullillah 😄😄

Reply
avatar
Tia Fatihah
admin
May 31, 2017 at 3:10 PM ×

Adui jun. nasib tu dia nda cengeng betul. kalau nda, karau juga kita dalam kapal tu tau 😂

Reply
avatar
E'in
admin
June 7, 2017 at 11:14 AM ×

best taw baby, kecik-kecik dah naik flight.. hihi

Reply
avatar
June 8, 2017 at 10:06 AM ×

Betul. Selalu kalau naik kapal terbang memang perasan kebanyakkan baby akan menangis. Mana penumpang yang tak faham or sporting tu memang akan bising2 la kan

Reply
avatar
tiga lalat
admin
June 13, 2017 at 4:53 AM ×

thanks for sharing cikkak tuu., akak naik belon suami x ikot erk? hehe2

Reply
avatar