"Kenapa tak campur susu formula?"

Kelmarin pergi kenduri family. Biasalah.. Kalau dah kenduri, sure kumpul ramai-ramai kan. FIL suruh bawa Asyraf keluar. Nak bagi kenal saudara sebab sebelum ni i bawa perut je. Now baby dah keluar, FIL eksaited lah nak tunjuk cucu sulung kat family.

I faham. Cucu pertama.

Dari tangan FIL, baby dah pindah ke tangan-tangan lain. I tengok je sebab tau baby ni kan comel. Semua orang pun suka. Dukung-dukung, kiss kiss. Bau sorgaaaaaa. Wangilah kann.

Sambil dorang gendong anak i, ada soalan diberi.

"Masih susu badan ke?"

I senyum bahagia jawab, "ha ah. Susu badan."

"Ko tak campur susu botol lagi ke?"

Time ni i terkejut. Mulut yang dok senyum tadi dah senget sikit. Tapi control control.

"Tak. Masih sebulan lagi." Kali ni senyum gak tapi sekadar hiasan di bibir.

"Ko kena selang seli bagi susu badan dengan formula. Ajar dia pakai botol."

And i was like, WHATTT??! Ko cakap apa makcik? Ciss! Ingatkan dorang ni support new mommy cam i ni untuk bagi direct susu ibu sepenuhnya kat baby. Ku tersalah anggap.

Actually ni bukan kali pertama i dengar macam ni. Dah pernah dengar dah.

"Apesal tak campur susu anak? Ee nanti susah nak buat kerjalah. Anak asyik nak berkepit je."

Kenapa tak campur susu formula?
Macam i, dari mengandung lagi dah niat nak bagi susu ibu je kat baby. Kalau boleh, sampai 2 tahun pun takpe. Lagipun, i tak kerja. Baby pun baru sorang. Rasanya, kalau anak nak berkepit dengan i sebab nak menyusu je takpe kot. Its not a big problem pun.

Even mak i sendiri pun, anak ramai 7 orang, semua minum susu ibu. Takde campur formula. Alhamdulillah semua sihat walafiat. Antibodi pun kuat insyaAllah. Macam i sendiri, jarang gila demam. Kalau demam pun, badan masih boleh terima. Tak payah makan panadol.

Tak sangka lah rupanya masih ada golongan macam ni. Tapi takpe. Tu ujian. Kita ni, bila nak buat benda baik, memang ada ujian. So, hati kena sado.

Biarlah mulut orang. Anak tu anak kita. Susah payah kita lahirkan anak, bukan orang lain yg rasa. Kan?

So, apa yg i buat is MASUK TELINGA KIRI, KELUAR TELINGA KANAN. Selagi boleh diam, diam.
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments