Spray anti karat MR. D.I.Y


Pintu bilik i, bila buka or tutup, akan ada bunyi yang annoying tau. Especially bila dah tengahmalam kita nak keluar pergi toilet ke apa, buka pintu then dengarlah bunyi keriuk tu. Sangat mengganggu. Satu rumah boleh dengar k.

Dah lama suruh Andy buat sesuatu pasal pintu tu sebab bisinglah. Nak buka tutup pintu pun susah. Even kita buat slow slow pun, bunyi tu still akan kedengaran.

Petang tu, Andy balik dari kerja dia beli spray anti karat dari kedai MR. D.I.Y.. oh yess. Kitorang memang suka shopping barang dekat MR. D.I.Y nih. Murah. Sebelum ni dah beli kelambu baby. Memang berbaloi.

Back to spray. Harga spray ni, tak sampai RM5 kalau i tak salah. Murah kan?


Andy try spray dekat engsel pintu bilik kitorang. eh nama dia engsel eh? -.- ah duliklah. Yang penting, bunyi keriuk yang annoying tu dah takde. Wuhuu

Memang magic! i kagum sampai jakun buka tutup pintu bilik selama beberapa saat. tsskk

Lepas tu, habis semua pintu dekat rumah Andy spray. Termasuklah juga pagar besi dekat pintu masuk utama. Sebelum ni, pagar tu keras gila bila nak tarik. Sampai iols kena pasang kuda-kuda.

Tapi lepas Andy spray je, fuh! smooth woi nak tarik-tarik. Pakai sebelah tangan pon boleh.

Lepas ni, nak keluar masuk bilik pun tak susah hati. Bunyi annoying dah bye bye.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
E'in
admin
May 25, 2017 at 12:23 PM ×

macam bagus je nie.. boleh try beli nanti..

Reply
avatar
Mar Mansor
admin
May 28, 2017 at 11:36 AM ×

Bagus spray ni, kena cari juga lah.
Janji Kita

Reply
avatar