Sekali sekala ber-Kinder Joy



Tadi pergi berbelanja dekat Servay. Adik bongsu ikut sekali. Tanyalah dia nak beli apa? Jajan ke. Katanya tak nak. Sekali lalu dekat rak Kinder Joy, buat muka seposen.

Pesen i, kalau ko nak makanan ambik je. Tapi mainan atau benda takde pekdah, malas nak layan. Tapi disebabkan muka seposen yang tak berapa nak laku tu buat i rasa macam tak sanggup nak kecewakan dia, lalu..

"ambiklah. Tapi kali ni je k. Lain kali takde dah! Faham tak?"


Mahal lak mende ni. RM4.20


i yang sibuk nak bukak. Ada 2 bahagian. Sebelah mainan, sebelah lagi makanan. Belah makanan tu ada 2 ketul keropok salut coklat. Sedap jugaklah. Tapi sikit. Tak cukup. Eh sapa yang makan ni? -.-


Ini mainannya. Kecik je. Pistol air tapi versi cinonet. Takleh main dalam rumah. Mak i kalau mainan pesen tak senonoh macam ni memang bising dia.

Sekali sekala bolehlah kalau nak ber-Kinder Joy ni. Kalau selalu, mau ada menangis dompet. Kita yang dewasa tau lah mana yang berpekdah yang mana tak. Budak-budak ni, yang dorang tau nak seronok jew.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Mar Mansor
admin
May 28, 2017 at 11:32 AM ×

Selalu elak benda ni dari anak nampak.rabak poket, tak tau lah nape bidak-budak suka sangat kinder joy.sadis..
Janji Kita

Reply
avatar
Pha Is
admin
May 31, 2017 at 1:20 PM ×

ookay, baru tau harga dia semahal tu.. hehehe

Reply
avatar