DiGi Postpaid 50 yang jimat!

Nak cerita pasal telco yang i pakai sekarang. Digi Postpaid 50. Amboi kemahenn. Pakai pun tak sampai sebulan dah nak review bagai.

Eh, ni bukan review berbayar ye. I saja nak review. Tapi manalah tau lepas ni Digi nak bagi reward. hohoii. Berangan.

Actually kan. I dah pernah pakai macam-macam telco. Maxis, Celcom, Altel and sekarang DiGi. Setiap daripadanya ada kelebihan dan kekurangan memasing. Okey, tanak cerita yang lain. Nak cerita pasal DiGi Postpaid 50 jew.

Sebelum ni i pakai telco lain. Tapi sejak i rasa bil tetiba melambung naik atas bumbung rumah, hmm bye bye jelah. Thats why i potong line lama, connect line DiGi ni. Nak baca kes tu, boleh klik Hutang Selesai, Tidur Lena.

Apa yang best pakai DiGi Postpaid 50 ni?

MURAH
Untuk i yang tak keje, duit pun macam ada tak ada. Bolehlah pakai postpaid ni. Setiap bulan, i cuma perlu bayar RM53 je. Tu pun dah termasuk GST. No hidden charge macam yang satu tu. Mata ke atas.

INTERNET
Ini yang paling penting. Internet! DiGi Postpaid 50 kasi 10GB. Banyak kannn? For me, tu dah kira banyak jugaklah walaupun hakikatnya i need more than that. hahhaa. Halobanye ko Tia woi.

Unfortunately, 10 GB tu bukan pakai sekali harung. Dia dah asing-asing. 5 GB untuk hari biasa isnin sampai jumaat. 5 GB lagi untuk hari sabtu dan ahad. Kena pandai gunalah. Nak over pakai, tunggu hari minggu. Ko bantailah.

PANGGILAN & SMS
DiGi kasi 100 minit untuk panggilan dan 100 ketul untuk sms. Antara call dan sms, i lagi prefer call. Sms tak sangat pon. Kan dah ada whatsapp, wechat tu semua. i lagi banyak guna tu dari sms. Unless line internet lembab macam siput sedot barulah hegeh hegeh guna sms.


Dulu i dimomokkan dengan mitos DiGi cepat habis kuota. Pakai kejap, tengok-tengok kuota dah nak habis. Tapi bila pakai sendiri sekarang, eh takdelah cepat sangat. Okey je. Plus, dekat area rumah i tinggal ni pun line dia okey.

Even baru pakai setengah bulan, tapi i puas hatilah. Kuota pun masih ada balance 2.83 GB lagi. Tu pun sebab i banyak tengok youtube nak belajar cara makeup.

Kalau uols pun rasa macam nak guna, boleh je. Just make sure nama takde dalam blacklist dekat telco lain ye. Kalau ada hutang dengan telco lain, silalah lunaskan dulu.

Pergi kaunter atau tanya mana-mana staf Digi, ada tak Digi Postpaid 50? Kalau dia kata ada, cakaplah nak register. Its either uols pilih nombor baru atau guna je nombor lama. Nombor i best. Dapat request 4 digit terakhir. So, i pilih yang sama macam Andy. oh suwitt! bebola mata ke atass -.-

By the way, i pakai ni sebab Andy dah lama pakai. Dia kata murah dan berbaloi-baloi. Line pun okey especially bila dah sampai bandar.

Adik i yang dekat Sarawak sekarang pun pakai pakej ni juga. So, maksudnya this one memang okey lah kan. Nak juga suruh mak ayah pakai Digi Postpaid 50 ni. Tapi line Digi dekat rumah tu gila lembab. Kalau tak, dah ajak pergi register.

Ohye, selain pakej ni. Ada juga pakej yang UNLIMITED CALL. Bayaran RM48 sebulan kalau i tak salah. Pakej ni sesuai untuk yang suka guna panggilan. Ada juga internet. 10 GB jugak tapi 7 GB untuk youtube and facebook. Baki lagi 3 GB untuk internet biasa. Walaupun i suka calling calling, tapi pakej ni tak sesuai untuk i as blogger sebab lagi banyak pakai internet biasa dari youtube and facebook tu.

So, bagi yang nak berjimat bolehlah bertukar sekarang. BERSAMAMUUUU. kikikii
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
May 19, 2017 at 9:23 AM ×

yui pun pakai postpaid dg yg rm 80
stkt ni ok lg.

Reply
avatar
May 23, 2017 at 9:03 AM ×

sha guna digi jugak yay geng

Reply
avatar