Mak cik Depan Pagar


Since duduk berdua ja dengan Asyraf, selalu juga tutup pintu depan ni. Yelah, duduk dekat kawasan perumahan ni macam-macam kes jenayah aku dah baca. Seram juga. So, berhati-hati jelah.


Gate semua memang kunci. Especially gate besar dekat depan. Tapi MIL selalu datang, so takdelah riso sangat. Bila berdua je aku lebih berjaga-jaga.

Pernah sekali dulu. Masa tu MIL ada. Tetiba ada macam makcik-makcik berdiri dekat depan pagar besar. Dia jerit something tapi aku tak berapa nak dengar. Dua tiga kali juga aku asyik "aaa? aaa??" then baru dengar. Makcik tu nak minta duit. Aku pun macam errr errr.

Terus panggil MIL. Aku mana nak tau. Kot jiran ke, kawan MIL ke. MIL pun keluar tengok. Then aku dengar MIL just cakap ohh. Tapi jerit dari dalam rumah "takde, takde" sambil buat signal takde. No, no. Makcik tadi pun blah.

MIL aku bagitaulah. Makcik tu something not wrong. Orang dekat kawasan perumahan ni memang dah sedia maklum. Aku je yang baru tau sebab baru pindah kan.

Sejak tu, MIL dengan Andy pesan kalau ada orang macam pelik-pelik. Jangan layan. Part ni aku confuse sikit. Sebab takleh nak detect lah. Takleh nak beza jiran dengan orang yang entahpape entah.

Baru-baru ni ada sorang makcik datang bawa kertas duk panggil dekat depan gate tu. Kalau korang, apa yang korang fikir?

Aku masa tu macam blur blur. Makcik tu plak asyik kibar-kibar kertas. Dia jeritlah nak minta sumbangan. Aku pun macam sumbangan pebenda woi? Rupanya sumbangan sempena open house untuk penghuni di kawasan perumahan tu. Adoohaiii. Kesian betul aku. Nasib baik aku layan. Kalau tak, naya weh naya. Kena cop sombong lak ngan jiran-jiran.

Ni first time aku tinggal dekat kawasan macam ni. Dulu family tinggal dekat flat. huhu
Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
Cik Nor
admin
July 27, 2017 at 2:33 PM ×

org mcm2 skarang..ssh nak percaya..huhu

Reply
avatar
E'in
admin
July 27, 2017 at 2:42 PM ×

kalau area selalu ade kes, kena sentiasa berhati-hati laa.. huhu

Reply
avatar
nini
admin
August 6, 2017 at 9:00 PM ×

Takut la kalau macam tu...sekarang ni macam macam berlaku =(

Reply
avatar