Pengalaman ngeri mekap luntur

Aku dulu tak berapa nak in sangat dengan makeup. Setakat pakai bedak, lipstick, eyeliner tu dah cukup bagi aku. Bukan tak suka makeup tapi tak reti. Aku suka bila orang makeup kan aku. Siap je makeup, tengok cermin

"lahai, lawanye akuuuu."

K perasan. T_T


Pernah jadi dekat aku. Masa tu nak pergi event yang penting gila! Waktu siang. Ko tau lah kalau waktu siang ni macamana. Nak-nak pula bila cuaca panas terik. Peluh merecik bhaiiii. Ketiak habis lencun. Tu takpe ada perfume. Ni makeup ni. Bayar mahal-mahal. Tak sampai sejam aku berpeluh, ko tau dekat area atas mulut aku ni. Ala yang tempat misai lelaki tumbuh tu. Bukan janggut ye. Harap dapat bezakan. Habis luntur.

Ko dapat imagine tak? Muka dah penuh segala foundation bedak mak nenek. Tetiba peluh mengalir dekat muka, foundation atas mulut entah ke mana hilangnya. Aku tak perasan. Orang yang tegur aku.

"Tia, pesal muka ko ni? Dah pehal atas mulut ko macam pelik?

Aku pun macam dah pehal ngan mulut aku? Lipstik luntur ke? P la cari cermin. Ya Allah. Dah kenapa muka aku jadi cenggini ni? alamak wehhh. Rasa macam nenek-nenek pun ada. Crease dekat mulut tu nampak gila. Ko tau tak ni kamera mahal? perhhhhh. Jelas sejelasnya muka aku rupa gini.

Nak nangis pun aku dapat mende? Tukang mekap tu pula kawan aku. Tak memasal sebab makeup putus sedara beb. Buang karen je.

Ni lah pengalaman yang aku takkan lupakan. So bagi aku, foundation sangat penting especially yang tak mudah luntur. Manusia ni tak berpeluh tak sah. Kalau makeup tak tahan, aishhh. Mana boleh sis. Nak photoshoot comfirm peluh merecik meleleh.

And sekarang aku dah jumpa foundation yang boleh settle kan problem aku ni. Dulu aku ingat nak kena beli foundation yang mahal-mahal. Bagi aku, RM50 untuk foundation sahaja sangat mahal. Bukannya aku ada job make up orang pun boleh cover balik harga foundation yang mahal-mahal tu. So, aku lagi prefer yang murah-murah.

Eh tapi ada ke foundation yang kualiti hebat tapi harga murah. Ada ke?

Haaa. Of course lah ada uolssssss.

Kkc/K-kacha Matte Foundation

FOUNDATION YANG SEMEMANGNYA LAKU KERAS DAN MAMPU MILIK :D

KEISTIMEWAAN & KELEBIHAN Kkc FOUNDATION :-


๐ŸŒธMencerahkan kulit dan tampak lebih alami/semula jadi
๐ŸŒธSesuai dijadikan sebagai day cream/ bedak asas untuk dipakai seharian
๐ŸŒธ Tahan sehingga 7/8 jam (formula ringan dan tidak menutup/menyumbat pori, makeup tahan sepanjang pemakaian)
๐ŸŒธ Mudah di cuci dan mesra wudhuk
๐ŸŒธ Mengecutkan jerawat
๐ŸŒธ Mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan di wajah
๐ŸŒธ Makin berpeluh makin glowing ✨๐Ÿ˜
๐ŸŒธ Warna akan mengikut warna kulit anda apabila di sapu ke wajah
๐ŸŒธ Sangat sesuai bagi kulit muka yang kuat berpeluh/berminyak
๐ŸŒธ UV protection lebih tinggi (spf 50 PA+++ melindungi kulit dari sinaran UV yang menyebabkan kulit menjadi gelap)
๐ŸŒธ️Ringan/tdk melekit/tdk brcapuk bila digunakan


๐ŸŒน✨๐ŸŒน✨๐ŸŒน✨๐ŸŒน✨๐ŸŒน✨๐ŸŒน✨๐ŸŒน

Cara memakai kkc foundation:-

๐ŸŒธ Disapu terus ke muka. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan bersama span dan sebaiknya span itu dibasahkan dahulu ya ๐Ÿ˜Š Kemudian, dap dap kan shja ke muka. Gunakan loose powder jika mahu. Jika tidak pun boleh kerana kkc foundation ini juga sesuai digunakan tanpa penggunaan bedak. Sesuai utk smua jenis kulit dan trdiri dari 3 kod warna. Boleh pilih mengikut citarasa anda/warna kulit anda sndiri kerana teksturnya yang ringan, halus & lembut juga cepat meresap dan sekata. Tak percaya? Cuba dulu, baru tahu.

Whatsapp http://www.wasap.my/60138521382 utk sebarang pertanyaan atau boleh juga kunjungi facebook https://www.facebook.com/nurfatihah.rajeli
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
E'in
admin
July 14, 2017 at 1:34 PM ×

e'in pun tak pandai makeup.. takat tepek bedak, eye liner, lipstick tu boleh laa.. hihi

Reply
avatar
July 15, 2017 at 7:55 PM ×

Rabia pun baru belajar makeup ni.Tengok youtube je tutorial makeup mua(makeu[ artis) nak makeup tahan lama sebelum makeup tu letak ais batu di muka.

Reply
avatar