Bayi batuk lebih 2 minggu

Hi.

Dah lama tak tulis pasal Asyraf, anak sulung aku. Saja nak tulis. Kot dia besar nanti bolehlah baca kisah-kisah dia masa kecik kan. Aku ingat nak sekali harung cerita semua. Tapi tengoklah kalau larat. Cadar tilam tengah rendam dekat bilik air tu. Tak menyempat basuh kang bising lak Andy. 😂

Ini tahun pertama aku beraya dengan Asyraf. And giliran aku untuk beraya dengan family sendiri. Tapi apakan daya. Malam takbir tu aku dengan Asyraf kena tahan dekat wad kanak-kanak di hospital Kota Belud.

Last day puasa tu, aku plan nak ke pekan beli butang baju raya Andy dengan Asyraf. Dua-dua butang tak beli padahal esok nak raya. So, ajak lah Andy pergi beli.

Dalam kebizian nak beraya esok, aku perasan yang Asyraf tak buang air besar 5 hari. Risau jugak aku. Minta cadangan adik perempuan aku yang bakal jadi MA, katanya bawalah ke hospital kalau dah rasa risau sangat. Aku kan pestaim mommy. Even pasal buang air pun aku boleh jadi risau.

Dah alang-alang nak ke pekan, apakata bawa Asyraf terus pergi hospital. Cadangan aku. Kot doktor bagi ubat cocok bontot ke apa nak bagi Asyraf buang air besar. Aku bukan apa. Risau kot.

Sampai hospital, aku kena tanya macam-macam sampailah masuk bab Asyraf batuk dah lebih dua minggu. Haa, Asyraf batuk aku tak citer lagi. Masa dia batuk, umur baru 2 bulan lebih k. Actually, sebelum ke hospital Kota Belud tu. Aku dah ke hospital Likas dua kali. Sebab batuk si Asyraf ni lah.

Doktor takleh nak kasi ubat sebab masih baby kan. Mana boleh ubat. So, doktor just bagi nebulizer untuk cair kahak. 2 kali pergi sana, 2 kali Asyraf dapat neb. Doktor dah pesan. Kalau kali ketiga batuk Asyraf still tak elok, maybe kena tahan dekat wad and xray tengok dekat dalam. Aku pun okeylah.

Dah sampai hospital Kota Belud, kes batuk Asyraf kena bukak balik. Masa tu memang dah nak dekat 3 minggu kot batuk masih ada. Last-last kes dia tak berak 5 hari tu tenggelam, kes batuk dia pulak yang timbul.

Doktor kata since ini kali ketiga aku minta rawatan untuk batuk Asyraf, so memang kena tahanlah. Masa tu aku tak tau nak rasa apa. Esok raya kot. Untuk malam raya tu, aku dah imagine macam-macam sebab kitorang adik beradik semua dah berkumpul. Aku rindu gila nak gathering. Tapi dah jadi macam ni, aku utamakan Asyraf. Darah daging aku sendiri yang aku kandung 9 bulan lebih. Okey takpe. Mak redha nak.

Malam raya, kami anak beranak duduk hospital. Doktor tempatkan Asyraf di bilik kuarantin. Ko paham tak kuarantin? Pengasingan. Maksudnya dah tak campur dengan pesakit-pesakit lain. Just aku berdua dengan Asyraf je. Masa tu aku rasa dah macam check in hotel pun ada. Bilik tu besar. Ada bilik air. Ada singki. Ada aircond. Katil je lah kecik. Tapi okey je sebab aku boleh naik atas katil tu and tido sekali dengan baby.


Asyraf kena tahan wad ada lebih kurang 4 hari jugaklah. Selama 4 hari tu, nurse akan masuk bilik untuk check oksigen baby, dengan heartbeat kalau aku tak silap. Selain tu, ada juga prosedur ambil sample kahak Asyraf. Masa ni aku kesian gila tengok anak aku weh. Tiub kecik kena masuk dalam mulut. Muntah-muntah Asyraf. Aku nak tengok pun tak sanggup. Kesian anak aku. :'(((

Mula-mula doktor nak tahan sampai seminggu untuk habiskan antibiotik. Tapi memandangkan Asyraf okey, oksigen okey, heartbeat okey, so doktor kasi balik. Tu pun aku yang request.

Meh aku ringkaskan sikit.

1. Asyraf batuk dah nak masuk 3 minggu. 2 kali dah jumpa doktor and kali ketiga kena tahan wad.

2. Doktor tahan sebab dia nak pantau keadaan Asyraf macamana. Nurse akan masuk untuk check setiap hari.

3. Ubat antibiotik diberikan pada Asyraf makan setiap hari.

4. Doktor syak batuk Kokol. Batuk Kokol pada bayi bahaya okey. Sila google untuk cari maklumat pasal batuk ni.

5. Bila doktor tengok keadaan Asyraf okey, dia bagi balik tapi kena teruskan bagi ubat antibiotik.

Pesanan aku pada mak-mak yang baru melahirkan, baby masih kecik. Please lah. Jangan bagi baby terdedah sangat dengan orang sekeliling especially yang sakit. Jangan suruh cium baby. Tolonglah jangan.

Nanti aku post lagi sebab actually cerita ni panjang. Tapi aku cuba ringkaskan ambik point penting je.
Previous
Next Post »

6 Comments

Click here for Comments
Noor Maizan
admin
July 9, 2017 at 4:21 AM ×

Kesiannya Asyraf... Get well soon hero!

Reply
avatar
Mrs Pip
admin
July 9, 2017 at 2:32 PM ×

take care asyraf. hope get well soon ya.

Reply
avatar
Jun Zie
admin
July 12, 2017 at 11:26 AM ×

Ok suda asyraf ka babe ??

Reply
avatar
Tia Fatihah
admin
July 12, 2017 at 7:23 PM ×

thank you kak Pip :))

Reply
avatar
Tia Fatihah
admin
July 12, 2017 at 7:24 PM ×

Anduuu. Masih lagi batuk kesian. Doktor kata ini namanya batuk 100 hari. :((

Reply
avatar
Tia Fatihah
admin
July 12, 2017 at 7:25 PM ×

thank you auntie mai :))

Reply
avatar