Kisah Amin si Tukang Masak


Tadi lepas balik dari hospital, MIL ajak makan. Sepatutnya lunch. Tapi lunch pebende kalau dah jam 3. Takpe, takpe. Yang penting makan sebab masing-masing perut dah lapar pun semua. So, kitorang pun makan dekat restoran yang aku sendiri taktau apa namanya. Sorry! Tapi makanan dia sedap okey. Nasi paprik yang aku order, serius licin. RM7 sepinggan.


Eh, eh aku bukan nak review restoran atau makanan. Bukan. Tapi nak cerita sikit pasal sepupu yang aku jumpa dekat restoran tu.

Nama dia Amin. Umur baru 20 tahun. Dia tukang masak dekat restoran tu. Lebih setahun jugaklah kerja. Amin ni baik. Tadi masa jumpa aku pun dia tak sombong. Sempat lagi lepak dekat meja kitorang. Panjang jugalah citer. Tapi bukan tu yang aku nak sampaikan.

Masa Amin sekolah, dia agak lemah dalam bidang akademik. Sampailah sekolah menengah. Bab akademik memang dia agak slow sikit. Tapi satu benda yang aku salute kaw-kaw dekat Amin. Even dia macam tak berapa nak WAH dalam akademik, tapi dia rajin and pandai cari duit sendiri tau.

Ko bayangkan masa dia sekolah rendah dulu. Cari kelapa (dekat kampung kitorang ada banyak pokok kelapa tepi sungai) lepas tu jual dekat orang. Banyak kerja yang Amin dah buat. Orang pun asyik cakap yang Amin ni rajin.

Lepas jumpa Amin tadi, adalah dia cakap-cakap plan nak buka bisnes sendiri. Bisnes makanan lah since dia pun berpengalaman dalam bidang masak memasak. Aku yang dengar pun, dalam hati "woahhhh!". Umur baru 20 okey. Its good lah to hear that.

Amin ada cakap juga. Sebelum dia jadi chef, dia pun bermula dari bawah. Bermula dengan piring katanya. Aku taktaulah apa maksud dia. Nak tanya pun takut ada hati yang terluka. Jenuh pulak aku nak memujuk. kahkah!

Mungkin sebelum dia jadi chef, dia basuh piring je. Atau jadi waiter ke? entah weh aku tak tau. Lepas bermula dengan piring tu lah dia slow-slow naik. And alhamdulillah nak cuba buka bisnes sendiri pulak.

Haa tu jelah. So, moral of the story. eh korang fikirlah sendiri. Tak bijak pandai tak bermaksud ko gagal dalam hidup. Try lah cari kekuatan yang ada dalam diri tu. Ko lebih cenderung pada apa? Kemahiran? Akademik? Fight for it. Sekarang zaman RM50 bawa pergi supermarket takkan cukup wehhh. RM50 tu, sekali jalan je dah habis.

T_T
Previous
Next Post »

5 Comments

Click here for Comments
Mrs Pip
admin
July 13, 2017 at 5:35 AM ×

betul tu Tia ...
tak pandai akademik, bukan penyebab kita ndak boleh bijak dalam hal lain.
salute to Amin. semoga sentiasa sukses.

Reply
avatar
E'in
admin
July 13, 2017 at 11:50 AM ×

kite jangan pandang dengan orang yang akademik tak bape nak okay nie kan.. kekadang dorang nie ade bakat lain yang lebih bagus..

Reply
avatar
CahayaHannan
admin
July 13, 2017 at 2:50 PM ×

cita cita ada, usaha itu perlu. Moga berjaya hingga ke akhirnya =)

Reply
avatar
Etuza Etuza
admin
July 18, 2017 at 4:05 PM ×

rajinnya mewmasak..terbaik

Reply
avatar