Bayi Sekecil Itu Tak Tau Apa-apa

Ya Allah ... Bayi sekecik tu sanggup di seksanya. Sebenarnya macam ni. Saya duduk dalam bilik lepas tu tiba-tiba terdengar puan ibu menjerit-jerit dari ruang tamu diselang seli dengan suara bayi tengah menangis.


Saya pun cepat-cepat keluar nak tengok apa yang jadi. Rupanya puan ibu tengah tengok video seorang bayi yang saya agak umurnya masih dalam lingkungan bulan lagi tengah didera oleh seorang perempuan.


Saya tak sanggup nak tengok. Yang saya dengar tangisan bayi tu je. Menangis-nangis kesakitan. Apa taknya , bayi tu di cubit , dan entah apa lagi dibuatnya saya pun tak tau. Sungguh , saya tak sanggup nak tengok.


Dengar suara bayi tu je pun saya sendiri dah rasa sebak.


Saya akui , nak jaga seorang bayi memang kena ada kesabaran yang tinggi dan tersangat-sangat tinggi. (Uih , tinggi bebeno). Tapi saya serius. Memang kena banyak bersabar.


Saya pun pernah ada pengalaman menjaga seorang bayi. Adik saya sendiri. Dan saya dah pernah rasa macamana perasaannya menjaga seorang bayi kecil.


Entahlah. Bukan saya tak nak anda yang ibu bapa di luar sana untuk tak percaya orang lain menjaga bayi anda. Tapi , fikir-fikirkanlah. Sesuai ke tak orang yang akan menjaga bayi anda tu?


UPDATE @ 4:13 PM


Saya baru buka facebook dan penuh dekat home cerita pasal bayi tu. Rupanya video tu dah tersebar. Saya baru tau. Sebab baru tadi jugak online =="

Previous
Next Post »

15 comments

Click here for comments
amna
admin
May 9, 2012 at 4:11 PM ×

nauzubillah..
minta dijauhi daripada perkara2 yang tidak diingini :(

Reply
avatar
Ujie
admin
May 9, 2012 at 4:17 PM ×

Akak tak sanggup nengok..baca je dah rasa semacam. kita yg besar ni pun sakit kalau dipukul..

Bila luar manusia, dlm syaitan..itulah jadinya.

Reply
avatar
May 9, 2012 at 4:19 PM ×

wan ada tertengok video tuh.
tapi tak tengok habis.

sedih ;(

Reply
avatar
Masz Sidek
admin
May 9, 2012 at 4:25 PM ×

petang ni memang heboh dgn cerita video baby kena pukul...
sy pun ada tengok video tu tp tak habis tengok...
tak samapi hati nak tengok dan dengar budak tu menangis2...
sedih tengok dia diperlakukan sebegitu... ;'(

Reply
avatar
hidayah
admin
May 9, 2012 at 4:32 PM ×

akak langsung tak sanggup nak tengok. dgr cerita pun dah nak nangis

Reply
avatar
Seri Ayu
admin
May 9, 2012 at 4:37 PM ×

dah tengok jugak. bila diselidik. perempuan tu ada masalah mental, dan dah pun ditahan polis. wallahualam..
hnya berkongsi dr rakan2.

minta2 dijauhkan..

Reply
avatar
May 9, 2012 at 5:11 PM ×

siap dia sepak2 lagi baby tu.. yang peliknya, ada rakaman lagi. mybe nak buat jadi bukti kes dera la kot. haihhh! geramm..

Reply
avatar
siti kektus
admin
May 9, 2012 at 6:21 PM ×

baru nak tengok video tu tia, tapi macam dah kena remove je. sebab tak dapat tengok.

Reply
avatar
azam
admin
May 9, 2012 at 6:21 PM ×

kesian baby tu kan....

tapi dah 300 laporan polis dibuat

Reply
avatar
ary_lee
admin
May 9, 2012 at 8:43 PM ×

Dengar cerita, perempuan tu 'sakit'..
Wallahualam..
Kasihan pada bayi tu.. Dihempuk kepala dan badannya dengan bantal..
Si bayi cuba mendapatkan belas kasihan si ibu dengan mendekatinya namun ditolak si ibu menjauh..
Ibu tersebut telah menjatuhkan martabat ibu-ibu lain..

Reply
avatar
babycomel
admin
May 9, 2012 at 11:02 PM ×

tak patut buat baby tu macam tu.. bila tengok tadi, tak sanggup rasanya. ada jugak manusia yang macamtu eh?

Reply
avatar
May 9, 2012 at 11:23 PM ×

balik online arini n tgk ada video psl bayi tu..mmg kesian kt beby tu...pompuan tu cam gila jer..

Reply
avatar
May 10, 2012 at 9:18 AM ×

ibu kepada babyi tu dah terima hukuman..apa pon jadi, kita doakan baby tu selamat dunia akhirat dan ibu tadi cepat sembuh dari penyakit mentalnya..

Reply
avatar