Blog, Entri, Follower, SEO, Trafik | Tips Blogging


Walaupun pengalaman dan ilmu saya dalam dunia blog ni taklah banyak mana , tapi saya suka sangat kalau dapat berkongsi walaupun sikit.


Dulu masa saya mula-mula berblog , saya ingat cuma nak suka-suka aje. Buat diari online kenkonon kan. Curhat bagai. Lepas geram , lepas marah , bagitau satu dunia saya happy , bahagia.


Tapi lama-lama entah kenapa terdetik lak dalam hati nak serius berblog sampailah saya sanggup melabur duit untuk membeli domain. Dulu http://inikisahtia.blogspot.com/. Sekarang dah beli domain. Jadi http://www.inikisahtia.com/ lah.


Lepas beli domain , mulalah terasa nak ada ramai follower. Join segmen itu , segmen ini. Buat segmen itu , buat segmen ini. Syukur alhamdulillah lepas setahun lebih ni , dapatlah saya follower sebanyak sekarang.


Trafik dulu pun ciput aje. Tapi lepas hari ke hari , minggu ke minggu , bulan ke bulan , sampailah bertahun ni. Baru nampak kemajuan trafik meningkat. Tak banyak , tapi cukup menggembirakan.


Pesan saya cuma 1. Kalau nak nampak hasil , usaha.


Nak follower ramai? Blogwalking , join segmen. Follower takkan merangkak kalau kita tak cari. Promosikan blog kita dengan blogger lain.


Kalau saya ingat balik pengalaman saya masa berblog sebelum ni , rasa nak menangis gembira pun ada. Akhirnya usaha saya membuahkan hasil. Bukan senang nak berjaya. Kalau betul nak jadi blogger yang berjaya , USAHA.


Tips ringkas yang saya boleh bagi :
  • Cari follower ramai-ramai
  • Dah dapat follower ramai , mantapkan entri
  • Entri dah mantap , blogwalking dan bersahabat dengan blogger lain
  • Main SEO kalau boleh
  • Maintain kan trafik
  • Sentiasalah update blog kalau ada masa lapang. Sehari sekali takpe

Tu aje lah takat ni perkongsian saya. InsyaAllah lain entri saya cuba berkongsi yang lain pulak ye. Happy blogging. Jangan tension bila berblog ye ..

Previous
Next Post »

14 Comments

Click here for Comments
May 24, 2012 at 10:42 PM ×

sekarang ni sy payah sikit nak update dan bw.. busy manjang..

Reply
avatar
Cik Mizah
admin
May 24, 2012 at 11:22 PM ×

Thanksss akak ..hehheh~!

Reply
avatar
May 24, 2012 at 11:29 PM ×

perkongsian yang sgt bagus . thanks .

Reply
avatar
May 25, 2012 at 12:20 AM ×

betul betul betul Sifu TIA. yg penting kna rajin membaca tips. blogger kna banyak membaca...baru entri sonok..hahaha

Reply
avatar
May 25, 2012 at 12:39 AM ×

wahhh boleh gune tips ni...hehehe... nak beli domain tu, huuuu agak tak reti...tapi insyaAllah suatu hari nanti i will

Reply
avatar
-SUPERGIRL-
admin
May 25, 2012 at 1:07 AM ×

mee dah lame nak tahu . SEO tuh ap ? nanti buat entri boleh ?

Reply
avatar
CikMai
admin
May 25, 2012 at 1:24 AM ×

suka ngan tips tia :)

Reply
avatar
May 25, 2012 at 1:47 AM ×

waduh2.. kena usaha lebih2 lah yea.. =)

Reply
avatar
May 25, 2012 at 9:08 AM ×

Info yg menarik TIa....akak sokong dengan tia tulis..

Reply
avatar
May 25, 2012 at 12:09 PM ×

usaha tia memang berbaloi...balik modal...

Reply
avatar
ary_lee
admin
May 28, 2012 at 12:35 AM ×

setuju dengan tia..
Ary pula sekarang ada target..
Setiap bulan, ary target untuk tarik 100 follower baru^^
pada bulan mei, ary sepatutnya dapatkan hingga follower ke-200..
Tapi alhamdulillah ary dapat cari follower ke-200 itu pada 3Mei lalu..
Kemudian, kelajuan orang follow menjadi flow..
Disebabkan ary tak ada masa nak blogwalking dan join segmen,..
Cuma mampu update blog..
Itupun tak tentu^^
Tak sabar nak tunggu cuti..

Reply
avatar
fi.man
admin
October 21, 2014 at 9:46 PM ×

join segmen itu mcm mne...? kalau join blog walking..ap yg perlu dilakukan?

Reply
avatar