Jadilah Baik Untuk Dapatkan Yang Terbaik


Wanita ..
Ketahuilah , akan tiba suatu masa lelaki itu pasti mahukan yang terbaik untuk menjadi isterinya.
Bersabar dalam meniti hari-hari bersama.
Mengharapkan seorang isteri yang ada disampingnya tak kira apa jua keadaannya.
Mengharapkan seorang isteri yang setia padanya dan taat pada perintah Allah.
Seorang isteri yang sedia menerima segala kekurangannya.
Seorang isteri yang menghormati orang tuanya.
Bukan cuma seorang isteri.
Tapi juga seorang ibu buat anak-anaknya.
Melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.
Agar kelak akan mendoakan syurga buat ibu dan ayah mereka.
Seorang lelaki yang mengharapkan syurga dalam rumahtangganya.


Lelaki ...
Ketahuilah , akan tiba jua suatu masa wanita itu pasti mahukan yang terbaik untuk menjadi suaminya.
Sabar walau dalam apa jua keadaan.
Tegasnya bukan kerana panas baran.
Tapi tegas dalam membimbing dia untuk menjadi isteri yang solehah.
Setia dan jujur dengan dia.
Menghormati orang tuanya.
Menerima dia apa adanya.
Bukan cuma seorang suami.
Tapi juga seorang ayah buat anak-anaknya.
Untuk membimbing anak-anaknya menjadi seorang yang soleh dan solehah.
Tahu menghormati ibu dan ayah mereka.
Seorang isteri yang mengharapkan syurga dari suaminya.


Mereka itulah suami isteri yang saling memahami.
Mengambil peranan sebagai suami isteri.
Saling menegur jika salah satunya membuat kesilapan.
Saling menerima teguran jika salah satunya memberi teguran.
Bersama-sama berusaha membaiki diri sendiri.
Bersama-sama mendidik anak agar menjadi putera yang soleh dan puteri yang solehah.
Bersama-sama mengharapkan syurga dari Allah.


Untuk mendapatkan yang terbaik , berusahalah menjadi baik. InsyaAllah , akan ada yang terbaik Allah sediakan untukmu kelak.


Jagalah dirimu. Dunia ini penuh tipu daya. Nampak indah , namun hakikatnya tersembunyi sesuatu yang akan menjerumuskan dirimu ke lembah dosa.


Bersyukurlah jika kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas hari ini. Siapa tahu , hari ini adalah hari terakhir kita bernafas. Rebutlah peluang yang masih ada ini untuk mengejar cinta Allah.

Previous
Next Post »

14 Comments

Click here for Comments
YumeeDream
admin
May 28, 2012 at 5:47 AM ×

"Dunia ini penuh tipu daya. Nampak indah , namun hakikatnya tersembunyi sesuatu yang akan menjerumuskan dirimu ke lembah dosa."

sy suka la ayat ni :^^ ayat akak ke ni ? nak copy , boleh ? >_<

Reply
avatar
Unknown
admin
May 28, 2012 at 6:12 AM ×

@hawa silakan hawa .. akak izinkan kamu :)

Reply
avatar
Ujie Othman
admin
May 28, 2012 at 9:24 AM ×

selalu kita mohon agar Allah kurniakan pasangan yg baik, tapi kita selalu lupa untuk berusaha ke arah menjadi pasangan yg baik.

Reply
avatar
Unknown
admin
May 28, 2012 at 9:32 AM ×

InsyaAllah tengah berusaha ni utk jadi lebih baik. btw suka ayat ni "Dunia ini penuh tipu daya. Nampak indah , namun hakikatnya tersembunyi sesuatu yang akan menjerumuskan dirimu ke lembah dosa"

:D

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
May 28, 2012 at 9:48 AM ×

Puyoooh,best entry ni :)

Reply
avatar
May 28, 2012 at 11:59 AM ×

nice entry sis... Marilah kita merebut kebaikkan yg diredhai oleh Allah selagi nywa dikandung badan... semoga kita menjadi manusia yg berjaya di dunia dan diakhirat

Reply
avatar
Jahirah
admin
May 28, 2012 at 2:47 PM ×

insyaallah...perbaiki diri dulu jadi yg terbaik...

Reply
avatar
aizamia3
admin
May 28, 2012 at 10:51 PM ×

"Untuk mendapatkan yang terbaik , berusahalah menjadi baik. InsyaAllah , akan ada yang terbaik Allah sediakan untukmu kelak"

pasangan yang baik adalah untuk mereka yang baik dan begitu jugak sebaliknya.. dan dah tentu kita nakkan yang terbaik kan... ;)

Reply
avatar
Awan Nina
admin
May 29, 2012 at 3:37 AM ×

perkongsian yang menarik. nina suka ;)

Reply
avatar
biela bell
admin
May 29, 2012 at 7:33 AM ×

yup. sangat setuju..
sentiasa berusaha menjadi yg terbaik utk dptkan yg terbaik dan sentiasa memperbaiki diri dan perbetulkan niat :)

Reply
avatar
May 30, 2012 at 3:50 PM ×

kalau kita tak baik tapi dapat yang baik, berusahalah jadi lebih baik....

Reply
avatar
June 7, 2012 at 4:12 PM ×

berdoa selalu pada allah, mintalah yg terbaik dari allah

Reply
avatar
adibah kamal
admin
June 16, 2012 at 3:26 PM ×

kita merancang , tuhan menentukan. ;)

Reply
avatar