Kita Manusia Mudah Tergelincir



Subuh tu saya tak tidur.
Lagipun dah nak dekat waktu solat subuh pun.
Lepas tu saya berfikir.
Solat itu tiang agama.


Masa saya ambil keputusan untuk berubah , saya tau.
Salah satu yang saya kena ubah ialah solat saya.
Sebelum ni , saya buat tak tau je dengan solat saya.


Saya kena didik diri saya untuk solat 5 waktu.
Solat adalah perkara yang mudah untuk dilakukan.
Tapi solat jugak adalah perkara yang mudah untuk ditinggalkan.


Kalau seminggu tu kita boleh solat 5 waktu tanpa tertinggal.
Boleh jadi selepas seminggu tu kita akan tinggalkannya.


Salah satu faktornya ialah MALAS.
Terutama bila dah fokus buat sesuatu perkara.
Bila masuk je waktu solat , kalau tak dilambat-lambatkan.
Ditinggal terus.


Subuh tu , saya SMS kawan saya.
"Assalamualaikum. Anie , macamana nak solat 5 waktu tanpa tertinggal ni?"
Sebab waktu tu saya memang nak sangat solat 5 waktu!
Tapi saya tau , bila-bila masa saya akan tergelincir lagi.
So , saya nak tau apa yang boleh membuatkan saya untuk tak tinggal solat.


Then kawan saya bagitau.
Solat tu tiang agama.
Kalau kita tinggalkan 1 waktu pun , kita dah berdosa besar.
Nak tak nak kita kena buat jugak.
Lepas saya baca tu , saya tau ianya tak terkesan langsung dalam hati saya.


Start hari tu , saya rajinkan diri untuk cari cara supaya boleh bagi semangat dekat diri saya sendiri untuk tak tinggal solat.
Kalau bukan diri saya , siapa lagi nak tolong diri saya ni?


Saya rajinkan diri baca bahan agama pasal solat.
Hari-hari.
Saya tengok video pasal solat.
Saya dekat diri dengan solat.
Dan alhamdulillah , untuk masa ni hati saya lembut menerimanya.


Saya kena tegaskan diri saya.
Jangan tinggal solat.
Sekarang , Allah dah lembutkan hati saya untuk berubah.
Kalau suatu hari Allah tarik balik perasaan ni , alangkah ruginya saya.



1."Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? ". Anak-anak muridnya menjawab : " Ibu Bapa, Guru, Kawan dan Sahabat ". Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu adalah benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ''Mati ". Sebab itu Allah S.W.T menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al-Imran 185)


2. Imam Al-Ghazali bertanya lagi kepada anak-anak muridnya soalan kedua : "Apakah yang paling jauh dengan kita ? ". Lalu anak-anak muridnya menjawab : " Negara China, Bulan, Matahari dan Bintang-bintang " . Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang mereka berikan tersebut adalah benar. Tetapi yang paling jauh dengan kita adalah " Masa Lalu ". Walau dengan apa cara sekalipun kita lakukan, kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini dan hari-hari mendatang dengan perbuatan yang bermanafaat dan sesuai dengan ajaran agama Islam.


3. Imam Al-Ghazali meneruskan teka-tekinya dengan menanyakan soalan yang ketiga : " Apakah yang paling besar di dunia ini ?". Anak-anak muridnya menjawab : " Gunung, Bumi dan Matahari ". Semua jawapan itu adalah benar kata Imam Al-Ghazali, akan tetapi yang paling besar di dunia adalah " Nafsu " (Al-'Araf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita. Jangankan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


4. Pertanyaan keempat adalah : "Apakah yang paling berat di dunia ini ?". Ada anak-anak murid Imam Al-Ghazali menjawab : " Besi dan Gajah ". Betul jawapan tersebut kata Imam Al-Ghazali. Akan tetapi yang paling berat adalah " Memegang Amanah " (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, Binatang, Gunung-ganang, Bukit-bukau dan Malaikat, semuanya tidak mampu dan menolak ketika mana Allah S.W.T meminta mereka untuk menjadi khalifah (Pemimpin) di dunia ini. Akan tetapi, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehinggakan kebanyakan manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memikul amanahnya.


5. Imam Al-Ghazali menanyakan soalan yang kelima : " Apakah yang paling ringan di dunia ini ?". Lalu ada yang menjawab :" Angin, Kapas, Debu dan daun-Daunan". Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali. Tetapi yang peling ringan di dunia adalah " Meninggalkan Solat ". Gara-gara kerja seharian kita meninggalkan solat dan juga gara-gara berorganisasi, kita meninggalkan solat.


6. Dan soalan terakhir yang dikemukan oleh Imam Al-Ghazali: " Apakah yang paling tajam di dunia ini ?". Anak-anak muridnya serentak menjawab : " Pedang ". Benar kata Imam Al-Ghazali. Tetapi yang paling tajam adalah " Lidah Manusia ". Disebabkan lidahlah manusia selalunya menyakiti dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



Previous
Next Post »

7 Comments

Click here for Comments
aizamia3
admin
May 20, 2012 at 8:13 PM ×

tiada perkataan MALAS dalam mengerjakan solat kerana solat itu tiang agama dan kita sudah semestinya tidak meninggalkannya..

Reply
avatar
Pha Is
admin
May 20, 2012 at 8:36 PM ×

alhamdulillah... semoga kita semua istiqamah dalam menjaga solat...

Reply
avatar
May 20, 2012 at 8:40 PM ×

Alhamdulillah..Iman kita ni sentiasa di atas dan dibawah.. so, manusia ni byk kekurangan.. oleh itu, teruskan memperbaiki diri kita yg serba kekurangan tu... ena pun kdg2 baik, dan kdg2 jhat tu dtg..harhar

Reply
avatar
May 20, 2012 at 10:41 PM ×

saya suka entry ni :') terharu ^^

Reply
avatar
May 21, 2012 at 2:12 PM ×

semoga kita sama2 dpt istiqomah jaga solat kita ya dek..sama2 kita berhijrah ke arah kebaikan :)

Reply
avatar
Hafizzi
admin
October 25, 2017 at 8:51 PM ×

Alhamdulillah.... Mohon pemilik blog membenarkan saya memuat turun video diatas terima kasih....

Reply
avatar
Hafizzi
admin
October 25, 2017 at 8:53 PM ×

Alhamdulillah....mohon pemilik blog ini memebenarkan untuk memuat turun video ini terima kasih.segala kebaikan pemilik blog ini hanya Allah sahaja mampu membalasnya

Reply
avatar