Cara Hilangkan Mengantuk

Mengantuk dalam kelas. Saya mengaku , kadang-kadang masa kuliah nak-nak kalau lecturer yang speaking english tanpa henti memang akan buat saya rasa mengantuk sebab saya ni tak lah berkawan karib dengan bahasa inggeris.


So , apa yang saya buat. Sebelum masuk kelas , saya akan jajan macam-macam jenis gula-gula. Konon nak hilangkan mengantuk. Tapi apa yang saya perasan , gula-gula tu berfungsi bila ada dalam mulut je. Lepas gula-gula tu dah habis , mengantuk balik. Makan lagi , habis , mengantuk lagi. Proses itu akan berulang sampai stok gula-gula saya habis.


Then lama-lama saya sedar , makan gula-gula bukanlah jalan penyelesaiannya. Buat bazir duit aje nak neli gula-gula tiap hari. Isk , isk , iskk! Lepas tu saya tak ingat dari mana saya baca atau siapa yang ada cakap dekat saya. Nak hilangkan mengantuk dalam kelas , minum air kosong.


Yep! Cara tu berkesan dekat saya. Agak-agak saya dah mula rasa mengantuk , cepat-cepat saya minum air kosong. Lepas tu fresh. Tiap kali rasa nak mengantuk , minum. Saya memang guna cara ni. Lepas minum air tu , ambik masa yang lama baru nak rasa mengantuk balik.


Saya tak tau kalau cara orang lain. Lain orang , lain caranya kan.

Previous
Next Post »

9 Comments

Click here for Comments
Tinta Lana
admin
May 6, 2012 at 11:51 AM ×

Salam tia :)

Masa lana belajar dulu, lana tarik nafas dalam2..makan gula2, minum air cam tia sebut pun, suma pernh cuba.

Satu lgi tips lana, lana akan paksa diri ni menulis..tak kisahla apapun lecturer tu ajar,bebel dan sebutkan, lana akan tulis ebenthough apa yg diciternya dah out of topic..bila menulis, kita sbnrnya melatih diri tuk mendengar, memproses pa yg kita dgr, dan scra tak lngsg uat kita segar..tpi..penat la juga..last2 menconteng tah apa2,hahaha

Reply
avatar
[ wanni ]
admin
May 6, 2012 at 12:40 PM ×

mengantuk memang tak dapat dipisahkan dengan kita kan, even lecturer best pun kalau diri kita penat pun boleh mengantuk jugak..

Kalau cara wani, wani akan salin nota-nota yang dipaparkan tu, sure jadik x mengantuk dan sebagai preparation utk exam, hik hik

Reply
avatar
May 6, 2012 at 1:21 PM ×

tips yang bagus ni..
minum air..
makan gula2 buat sakit gigi aje..
:-)

Reply
avatar
ary_lee
admin
May 6, 2012 at 2:29 PM ×

Tak berkesan lah, Tia..
Ary minum bergelen-gelen air pun, mengantuk..
Nak pi toilet salu, ada arrr..
HohohoXD

Reply
avatar
May 6, 2012 at 3:35 PM ×

Ahaaha. Sama lahh. Bila ngantuk je dalam kelas, terus capai botol air, minum. Sebab tu air syaa dah habis dulu sebelum waktu rehat XD

Reply
avatar
Aqila Arshad
admin
May 6, 2012 at 8:18 PM ×

ade lagi satu cara..mintak kawan sebelah urut kat bahagian tengkuk..cara nie memang berkesan!sebab ia akan bagi keselesaan kat otot2 kita yang dah penat tu..cuba la ^^

Reply
avatar
siti kektus
admin
May 8, 2012 at 10:14 AM ×

Ada gula2 yg tak akan habis dikunyah. Gula2 getah aka chewing gum. Hehehe

Reply
avatar
Moon
admin
May 8, 2012 at 3:08 PM ×

Memang moon tengah ngantuk sekarang ni.ada pulak bekal air mineral kat tepi ni tapi dari tadi lagi tak nak minum.jual mahal nak minum ais aje.hm betul jugak tu sebab bila kita ngantuk kita kekurangan oksigen pada otak.jadi bila minum air bertambah la tu.hehe jom topup oksigen

Reply
avatar
Anonymous
admin
May 16, 2012 at 11:19 AM ×

surh org sebelah tampar @ cubit.. tp klu dia cubit kuat kdg2 rs nk marah gak.. tp mmg kurg mengantuk ckit.. hehe.. xleh nk tulis klu ngntok.. habis conteng buku

Reply
avatar