Terimalah Pasangan Kamu Seadanya


Assalamualaikum ..


Takde manusia dalam dunia ni yang tak melakukan kesilapan. Semua orang pernah buat silap. Terpulang pada diri masing-masing samada mahu meneruskan kesilapan tu atau berubah dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.


Bakal suamiku ,

Ketahuilah .. Saya adalah antara mereka-mereka yang pernah melakukan kesilapan dalam hidup saya. Hanyut dalam tipu helah keseronokkan dunia membuatkan saya alpa dengan dunia akhirat , dunia yang kekal abadi.


Tapi mujurlah Allah telah memberi peluang kepada saya untuk kembali ke jalanNYA , membuka pintu hati saya untuk berubah.


Awak , terimalah siapa saya yang sekarang. Bukan siapa saya yang sebelumnya. Cintailah saya kerana Allah. Sebab cinta itulah yang saya perlukan. Bukan cinta atas dasar nafsu semata. Pimpinlah saya ke jalan Allah.


Kalau awak cari wanita yang cantik , bukanlah saya orangnya

Kalau awak cari wanita yang kaya , bukanlah saya orangnya

Kalau awak cari wanita yang bijak , bukanlah saya orangnya

Kalau awak cari wanita yang pandai bergaya , bukanlah saya orangnya

Tapi , kalau awak cari wanita yang untuk dipimpin. Carilah saya. Saya akan ada untuk awak pimpin ke jalan Allah. InsyaAllah bakal suamiku ..

Previous
Next Post »

7 Comments

Click here for Comments
Sarah Mnasir
admin
May 2, 2012 at 10:05 PM ×

mana ada org yg sempurna kan.. kita memerlukan satu sama lain untuk saling melengkapi kekurangan masing2 :)

Reply
avatar
ADA
admin
May 2, 2012 at 10:22 PM ×

Semoga cepat kahwin yee, Amiiin....

Reply
avatar
May 2, 2012 at 10:28 PM ×

tiada orang baik yang tiada masa lampau.
tiada orang jahat yang tiada masa Depan....:))

Reply
avatar
fiqas
admin
May 2, 2012 at 10:31 PM ×

usah pandang pada rupa dan harta, itu semua hiasan dunia...

cari suami yg beriman, boleh pimpin menuju jalan ke syurga.. insya allah..

Reply
avatar
Ujie Othman
admin
May 2, 2012 at 11:03 PM ×

Terima tanpa syarat..hubungan akan jd lebih mudah dan berkekalan. insya allah.

Reply
avatar
May 3, 2012 at 3:16 PM ×

nti sis bgtau nakal suami mu ya Tia :P

Reply
avatar
Unknown
admin
May 3, 2012 at 10:55 PM ×

kita mencari seseorang yang mampu bersuara bila kita tersilap.

Reply
avatar