Senyuman Terakhir Rasulullah SAW


Bismillahirrahmanirrahim .. Saya tengah tengok video dekat youtube. Sambil tu , saya klik lah video-video suggestion yang ada di sebelah kanan tu. Dan sampailah saya boleh terjumpa dengan video ustaz Don yang bertajuk SENYUMAN TERAKHIR RASULULLAH SAW.


Masya-Allah. Indahnya kalau dapat hidup bersama Rasulullah S.A.W. Mengalir airmata ni mendengar ustaz Don bercerita. Rasa sebak dalam hati. Tak terkata rasanya. Biarlah saya menulis di sini apa yang ustaz Don ceritakan dalam video.


Mungkin ada pembaca yang tak dapat melihat video yang saya akan berikan nanti. Atau jugak , ada pembaca yang mahu membaca dahulu dan mungkin nanti baru terdetik di hatinya untuk melihat video tu.


*******************************************************


..Bila nabi nak wafat , nabi dah tak boleh senyum dah. Sebab apa , sebab sakit. Bila nabi dah tak boleh senyum dah , para sahabat semua teringin dan rindu nak tengok nabi senyum.


Kemudian bila suatu hari , hari isnin pagi. Cukup umur nabi 63 tahun. Pagi tu nabi dah tak boleh sembahyang dah. Sebelum ni nabi nak pergi sembahyang , saidina Ali dengan seorang lagi sepupu kepada nabi akan papah nabi masuk dalam masjid , nabi akan sembahyang.


Ketika itu nabi isyaratkan kepada Abu Bakar untuk menjadi imam. Abu Bakar pengsan. Sebab apa , dia kata "macamana aku nak jadi imam dekat depan nabi duk ada belakang aku?" Nabi dah tak larat dah. Jadi Abu Bakar jadi imam , nabi duduk.


Sampai pagi isnin nabi umur 63 tahun tu , nabi dah tak boleh gerak dah. Kemudian para sahabat , imamnya tetap saidina Abu Bakar , maka semua sembahyang. Bila semua sembahyang , bilik nabi dengan tempat sembahyang yang dipisahkan dengan kain (sebab dulu mana ada pintu. Jadi nak tutup tu , tutup dengan tirai.) Maka nabi buka tirai tu nak tengok para sahabat sembahyang.


Bila nabi buka tirai tu , nabi tengok semua para sahabat sembahyang. Nabi buat apa? Nabi bagi hadiah kepada para sahabat satu senyuman yang dalam hadis disebut senyuman ini sebagai senyuman perpisahan.


Nabi senyum dekat para sahabat sebab nabi tengok semua sahabat sembahyang. Kemudian ada dikalangan para sahabat yang kata "kami yang sembahyang ni sampai tahap kami rasa nak berhenti sembahyang. Sebab kami dah lama rindu nak tengok nabi senyum."


Lepas nabi senyum nabi tutup balik tirai dan masuk balik bilik nabi , sahabat sembahyang. Bila selesai saja sahabat sembahyang , dimaklumkan kepada para sahabat nabi dah wafat.


Ingat tak ketika masa seminggu sebelum nabi wafat , nabi kata "hari ni aku nak tanya. Siapa dikalangan sahabat yang dulu aku pernah tersebat badan dia? Badan aku sekarang aku bagi untuk disebat kalau ada."


Para sahabat kata tak ada. Nabi mana pernah sebat. Tiba-tiba satu orang angkat tangan.


"Saya Ya Rasulullah. Nabi biasa sebat saya."


Sahabat lain yang tengok kata "apa lah kamu ni. Nabi sebat dulu pun , maaf sudahlah."


Dia tetap berdiri tak nak duduk. Sahabat yang lain jadi geram. Tapi nabi kata tak apa , tak apa. Nah bagi dekat dia cemeti mari sebat aku.


Kawan tu pegang cemeti tu dia kata "ya Rasulullah , dulu masa kau sebat aku , aku tak pakai baju masa tu. Tolong buka baju."


Sahabat lain lagilah marah. Nabi kata tak apa , tak apa. Nabi buka baju nabi , masa tu lah orang baru nampak macamana badan nabi. Para sahabat kata badan nabi dadanya bidang. Kulit nabi putih bersih.


Sebaik sahaja Rasulullah buka pakaiannya , sahabatnya yang berkenaan meluru segera memeluk dan mencium baginda seraya berkata "Mana mungkin sesiapa pun tergamak menyebat baginda Rasulullah."


Tujuan sahabat tersebut ialah supaya dia dapat menyentuh tubuh badan Rasulullah SAW yang mulia , dengan tubuhnya agar Allah turut memeliharanya dari neraka. 


Allahu Akbar ... Wallahualam ...



Previous
Next Post »

11 Comments

Click here for Comments
May 11, 2012 at 7:17 AM ×

keperibadian rasullulah yang amat terpuji kan...

Reply
avatar
Ujie Othman
admin
May 11, 2012 at 7:54 AM ×

akak ada tonton kat 30minit ustz don, sebak je masa ustaz don cerita.

Membuat kita yg tengok ni terkesan sama..sebak krn rindu Rasulullah, bkn sedih.

Reply
avatar
kim
admin
May 11, 2012 at 9:04 AM ×

Tq tia sebab share...sebak rasanya

Reply
avatar
May 11, 2012 at 9:48 AM ×

Itulah nabi junjungan kita :D

Reply
avatar
cik pha
admin
May 11, 2012 at 1:25 PM ×

teringat kata kata rasulullah SAW sebelum bagainda wafat :(

Reply
avatar
-eim-
admin
May 11, 2012 at 1:53 PM ×

rasulullah tlalu syg kn umatnya..tp,kita....

Reply
avatar
maszull
admin
May 11, 2012 at 2:49 PM ×

assalamualaikum Tia...suka baca n3 ni...:)

Reply
avatar
The Fakhirin
admin
May 11, 2012 at 3:26 PM ×

semoga kita semua dpt bertemu rasullullah s.a.w di hari penentuan nanti..amin.

Reply
avatar
May 11, 2012 at 3:56 PM ×

Sedih baca n3 ni..
macam ni sekali Nabi S.A.W ngn Sahabat2..

Semoga Allah bagi kita taufik utk amalkan Agama mengikut Cara Rasulullah S.A.W.

AMIN.

Reply
avatar
@apikoss
admin
May 11, 2012 at 5:59 PM ×

terkedu sebak terkenangkan Rasulullah:')

Reply
avatar