Gaji di kedai spek mata


Sekarang ni, susah betul nak dapat kerja. Tak kiralah berpelajaran ke, tak habis sekolah ke. Bukan senang nak dapat kerja.

Tapi rezeki aku.

Masa cuti belajar dulu, aku ada mohon kerja secara online. Kalau tak silap, dekat Jobstreet.

Tak sampai sebulan, aku terima panggilan dari seorang lelaki Cina.

Dia tanya aku, nak kerja tak? Mestilah nak.

Lepas tu dia ceritalah dia nak buka kiosk cermin mata dekat mall. Tengah cari pekerja. Kalau berminat, boleh datang interview.

TAK ADA PENGALAMAN

Aku cakaplah yang aku tak ada pengalaman bekerja.

Bos kata tak apa. Boleh belajar. Yang penting, ada semangat nak belajar benda baru.

Aku punyalah seronok. Sebab itulah pekerjaan pertama aku. Nak belajar benda baru, memang tak ada masalah bagi aku.

Lagipun, aku jenis yang cepat belajar.


GAJI BOS BAGI

Macam biasalah. Aku mesti nak tau berapa gaji boleh dapat kan. Kot dia bagi rendah nak meninggal. Memang taklah aku nak terima.

Bincang punya bincang.

Dia bagi gaji basic RM900. Itu belum termasuk komisyen jualan, OT (kerja lebih masa) dan elaun.

Selama aku kerja sana, paling tinggi gaji aku pernah dapat hampir cecah RM2000. Tu semua termasuk basic dan lain-lainlah.

Bagi aku yang baru mula-mula kerja ni, angka tu agak tinggi.


KEDAI SPEK BOLEH LAKU KE?

Masa mula-mula kerja dekat kedai spek dulu, aku cakap dalam hati. Laku ke spek-spek ni?

Lepas dah kerja sana, baru tau cermin mata ni dah hampir jadi keperluan manusia.

Yang rabun, perlukan cermin mata. Yang dah berusia, perlukan cermin mata. Nampak tak bila cermin mata dah jadi keperluan?

Lagipun, bos aku ada taktik dia sendiri macamana nak buat pelanggan datang ke tempat kami.

Benda ni aku tak tipu.

Pelanggan sampai datang berkali-kali semata-mata nak buat cermin mata je. Buat untuk mak dialah. Untuk ayahlah. Untuk neneklah.


PENGALAMAN KERJA

Dekat sini, aku memang belajar banyak benda baru. Dari seorang yang tak tau apa-apa. Dah ada sikit-sikit pengetahuan tentang cermin mata ni.

Memandangkan aku sendiri pakai cermin mata, aku tau cermin jenis apa yang aku sesuai pakai.

Memang seronok kerja dekat kedai spek aku ni.

Kalau dulu aku tertanya. Macamanalah orang potong cermin. Tapi bila kerja sana, aku diberi peluang untuk belajar cara potong cermin sampai pandai.

Pengalaman berharga tu.

Walaupun aku tak dapat bertahan lama, tapi aku bersyukur sebab berpeluang kerja sana.

Bagi aku, tak kisahlah kerja apa sekalipun. Asalkan halal lah. Tapi kalau kerja yang biasa-biasa pun, apa salahnya mencuba.

Yang penting pengalaman.
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

5 Comments

Click here for Comments
Ucing
admin
October 4, 2016 at 3:45 PM ×

hi ucing singgah sini (>.<) dari segmen mialiana.

Reply
avatar
MisDiarios
admin
October 4, 2016 at 6:29 PM ×

wahhh alhamdulillah dpt pengalaman adalah sesuatu yg sgt berharga :D

Reply
avatar
Gee Lion
admin
October 5, 2016 at 1:32 AM ×

Zaman sekarang ni tak boleh memilih sangat, nanti sampai ke sudah tak kerja.
Seriyesli aku dah bosan dengan ayat kat ni. Aku rasa dari aku kecil aku dengar benda yang sama. Maknanya sepanjang zamanlah macam tu, kan? Hehehe.

Pada akulah, bukan tak boleh memilih sebab takut tak dapat kerja tapi tak boleh memilih sebab nak timba pengalaman kerja. Jadi, sebab tu tak boleh pilih kerja kan?

Macam lari tajuk pulak kan. Hihi.
Kira okaylah, gaji starting kau RM900.
Kerja pertama aku, gaji RM15 je sehari.. =D

Reply
avatar
Mar Mansor
admin
October 5, 2016 at 5:49 PM ×

mesti layanan tiptop ni sebab tu orang suka datang..saya ni rabun nak buat cermin mata baru tapi $$$ rasa hambar

Reply
avatar
Mas
admin
October 7, 2016 at 12:29 PM ×

bestnya...penglmn tu penting..kje first 7e..seksa nak oii.haha

Good luck bw dri segmen sis Mia

Reply
avatar