Mudahkan Orang Lain, Allah Akan Mudahkan Kita


Ada sesuatu yang berlaku dekat klinik masa aku pergi appointment kelmarin.

Aku dengan suami tengah tunggu giliran aku untuk jumpa doktor. Nak main handphone, battery dah low. Jadinya, aku tengok jelah orang keluar masuk bilik nurse.

Tiba-tiba ada sorang akak ni berjalan ke bilik nurse sambil gendong baby kecik dia.

Aku perhatikan je. Dan dan tu jugalah aku nampak stokin baby dia tercicir masa sibuk-sibuk nak masuk bilik nurse.

Insiden tu berlaku di khalayak ramai. Kiri kanan ada orang. Aku dapat tengok mata masing-masing tangkap kejadian tu. Tapi takde sorang pun yang nak bangun untuk tolong.

Satu benda aku ingat. "Kita mudahkan urusan orang lain, Allah mudahkan urusan kita."

Maka, aku pun bangunlah pergi kutip stokin baby tu dan duduk balik. Suami nampak, dia tanya. Stokin sape? Aku katalah stokin akak yang dah masuk jumpa nurse. Tercicir.

Mulanya, aku ingat nak tunggu akak tu keluar baru bagi. Tapi nombor giliran aku untuk jumpa doktor dah dekat. Suami kata jangan suruh dia sebab dia tak ingat akak yang mana satu.

Aku pun masuklah bilik nurse tu. Agak ramai orang juga. Sebab tu tadi aku tak nak masuk. Sebab memang tahu ramai dalam tu. Kalau aku pun masuk, tambah crowded gila bilik tu.

Tapi takpe. Aku nak masuk kejap je pun.

Akak tadi tu tengah duduk dengan baby dia. Nurse depan dia pun aku tengok tengah calling. Aku ambil kesempatanlah dan tegur akak tu.

Aku cuit bahu dia sebab tengah membelakangkan aku.

"Kak, stokin baby akak tadi tercicir depan pintu."

Akak tu pun toleh kejap tengok aku dan stokin yang aku tengah hulur dekat dia.

"Eh, ye ke? Terima kasih banyak-banyak ye."

Aku pun keluar dari bilik tu dengan rasa senang hati.

"Bantu orang lain pun dapat menggembirakan kita."

Walaupun itu cuma stokin. Sebab, aku bayangkan kalau aku di tempat akak tu. Takde orang yang sudi tolong. Mesti aku sedih gila.

Kalau lah akak tu keluar dari bilik nurse dan nampak stokin baby dia atas lantai. Mesti dia nak kutip balik kan? Macamana dia nak kutip kalau tangan dia dah gendong baby.

Hal-hal kecil macam tu, jangan nak pandang remeh sangat.

Lepas insiden tu. Aku sedar beberapa perkara.

"Kita mudahkan urusan orang lain, Allah mudahkan urusan kita."

Perjalanan aku masa appointment tu, berjalan dengan lancar. Sangat lancar. Scan baby pun tak ada masalah. Alhamdulillah. Baby aku pun okey dalam perut mak dia. Check urin pun okey. Tau-tau dah siap. Tak payah nak tunggu lama.

Allah mudahkan urusan aku d klinik.

Lepas tu, singgah pula nak beli nasi kerabu. Ini pun ada cerita. Dah beli nasi kerabu, tekak teringin nak minum ice blended. Dah terbayang-bayang.

Duit kertas kat tangan tak cukup. Jadi ingat nak ambik duit dekat ATM berdekatan. Aku punyalah confident. Order dulu ice blended tu, nanti baru datang balik bayar. Nak pergi ATM cucuk duit dulu.

Allah nak uji akuuuuu.

ATM tu rosak kau tahu??? Ice blended dah order. Confirm dah siap. Duit kat tangan aku pula tak cukup. Suami pun tak cukup sebab duit dalam bank lagi sebab tu nak cucuk tadi.

Aku tarik nafas perlahan-lahan.

Pergi balik kereta dan bagitau suami. Masa ni ada gaduh sikit. Hahaaa. Tak payah ulas lah. Salah aku juga. Yang confirm sangat pergi order dulu tu kenapa?

Habis duit syiling aku korek dalam beg, dalam laci kereta, poket seluar. Dengan syiling 5sen pun aku kumpul nak bagi cukup amaun. Bila agak-agak dah cukup. Aku pun pergi dekat kedai jual ice blended tadi.

Tanya berapa. Syukur duit dekat tangan cukup. Tapi aku sungguh-sungguh minta maaflah sebab terpaksa pakai duit syiling. Nak buat macamana.

Tempat tu agak jauh. Aku kesiankan suami kena patah-patah balik.

Alhamdulillah selesai. Aku jadikan ini pengajaran di masa depan. Jangan nak confident sangat. Hiii.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Gee Lion
admin
October 9, 2016 at 12:24 AM ×

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan Allah.
Mesti rasa teruja kan masa scan kan?
Aku ingat lagi masa mula-mula aku scan, rasa macam nak menangis pun ada tengok heart beat baby kat monitor..
Emosi tak aku..? Hihi ^_^

Congrats bro Gee Lion you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar