Menang Membeli Kek Choc Cheese Lava


Aku tak tau pulak kalau kek Choco Cheese Lava ni popular. Tau pun masa tengah google resipi. Kengkonon bersemangat jitu nak membuatnya.

Bila check senarai bahan-bahan. Mak aih. Terbantut semangat mak.

Bukannya nak buat banyak. Sikit je. Lagipun, pertama kali nak mencuba. Takut pula kalau tak menjadi.

Tak nak lah membazir. Kalau bahan nak buatnya tu murah, boleh juga aku pejam mata. Buat tak kisah. Ala, murah je punnnn. Ni tak. Satu bahan je, dah nak RM10. Kalau 5 bahan?

Yang tu aku kena fikir.

Lagipun, chef yang merangkap mak aku tak ada dekat sini. Kalau beliau ada, beranilah juga aku nak ajak buat. At least, kalau ada salah apa ke. Beliau tau macamana nak handle.

Lain kali aku cuba buat. Tapi bukan sekarang.

Jadinya, rajinlah aku buka instagram. Syukur rezeki. Ada extra kek choco cheese lava kena jual dengan harga RM15 untuk 1pax.

Gigih mak booking tau.

Bawalah balik. Sampai je rumah, terus melantak. Mak oii. Kenapa sedap sangat kek akak ni. Memang sedap. Kena dengan tekak aku.

Kek sangat moist. Lelehan cheese dan coklat memang kebaboom! Tak sampai 15 minit, dah lebih separuh licin.

Baki kek, aku masuk peti. Esok boleh sarapan dengan kek tu.

Bagi aku, tak salah nak membeli. Mungkin ada yang cakap, "ala. Buat sendiri je lah. Bukannya susah pun. Belum cuba belum tahu."

Cakap tu senang. Yang membeli bahan-bahannya bukan kau. Aku. Bukannya pakai duit kau, duit aku.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Gee Lion
admin
October 11, 2016 at 5:40 AM ×

Waktu pregnant dulu, aku memang giler makan kek.
Tak ke pelik dari yg benci kek tetibe jadi ngidam pulak.
Bawaan budak ni macam-macam kan.. =)
Sedapnya..

Congrats bro Gee Lion you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar