Cara Makan Kek Choc Cheese Berhantu


Aku ingat lagi masa mula-mula laki bawa kek choc cheese ni balik rumah. Dia kata kek ni berhantu. Aku pun dah pelik. Apa yang berhantu?

Ke memang nama kek tu kek berhantu?

Maka sibuklah aku membelek bekas kek tu nak menyiasat part mana yang dikatakan hantu sangat tu.

Tak jumpa juga. Ah malaslah aku nak ambik tahu.

Endingnya, kek tu dihabiskan tanpa aku tahu kenapa laki cakap kek choc cheese lava tu berhantu.

Beberapa hari lepas tu aku craving balik nak makan kek tu. Nak order dengan orang yang sama. Tapi belum buka order pula.

Lalu gigihlah aku buka instagram dan jumpa kek hantu tu. Punyalah aku seronok.

Kali kedua aku beli lagi sedap. Kalau yang pertama kali aku beli tu coklat dan cheese leleh cuma ada di permukaan atas saja. Tapi kali kedua aku beli, pergh!

Atas ada coklat dan cheese, tengah-tengah pun ada. Memang meriah kek akak ni. Puas hati betul. Yang ni barulah boleh panggil kek choco cheese berhantu. Coklat dan cheese menghantui kek yang moist gila.

Ada baki kek tu, aku simpan dalam peti ais. Ingat nak makan sejuk-sejuklah. Selalu macam tu kan. Simpan kek dalam peti ais, makan sejuk-sejuk baru sedap.

Tapi kek ni lain sikit.

Bagi aku, bila coklat dan cheese dia dah mengeras. Rasa 'ummppphhhh' nya kurang. Tak ada lelehan coklat dan cheese dalam mulut.

So, lepas tu bila aku simpan dalam peti sejuk. Masa nak makan keluarkan dan biarkan kejap. Bila coklat dan cheese agak mencair, baru makan.

Sure rasa 'umppphhh' tu datang balik.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
Gee Lion
admin
October 11, 2016 at 11:50 PM ×

Btw, aku tag kau utk join GA tau ^_^

Reply
avatar
October 12, 2016 at 8:48 AM ×

yup, mmg kena kuar awal dri peti.. biar jap..pastu bru mkn..bru umphhh!

Reply
avatar
Mas
admin
October 12, 2016 at 12:40 PM ×

Allah..sy pose nie..tak baik tau..haha..

Reply
avatar