Semenjak Jarum Kali Pertama


Mana yang dah jadi mak-mak tu tau lah. Jarum dan dia ibarat tak boleh dipisahkan. Nak-nak lagi mak yang kena anemia. Kurang darah merah. Memang tiap 2 minggu ada date je lah jumpa jarum.

Macam aku.

Selain ubat, jarum menjarum dan cucuk menyucuk ni juga antara benda yang aku hmmm. I is cannot!

Pertama kali kena jarum masa dah tau aku mengandung, memang sampai bila-bila aku akan ingat.

Kenapa?

Nurse jarum lengan sebelah kiri sampai 2 kali. Aku ingat selesai lah. Bila dia kata sebelah kiri tu sensitif. Aku terus rasa hmm. Baiklah. Maknanya, nak kena jarum lagilah lengan sebelah kanan ni.

Syukur yang sebelah kanan ni senang je nurse buat. Kalau tak, aku dah lari pusing sekeliling klinik tu.

Mula dari situ, nurse pesan. Lepas ni kalau nak ambil darah lagi. Hulur lengan kanan. Senang nak jumpa urat. Okey, aku akur.

Tapi masa aku ke klinik swasta nak ambil darah untuk check Talasemia. Ada juga aku bagitau doktor tu yang sebelah kiri sensitif kalau nak jarum. Doktor tu tengoklah. Dengan yakin dia cakap,

"Mana ada susah. Senang saja. Kalau saya buat, sekejap saja sudah siap."

Aku iyekan je. Tapi tetap bagi lengan kanan juga masa dia nak ambil darah. Tak sia-sia aku bagi lengan kanan tu. Dari skill doktor tu, aku nampak macam payah dia nak jarum. Nurse sebelum ni rilek je. Dalam hati aku, syukur tak bagi lengan kiri ni. Kalau tak, makan jarum je lah aku.

Bila dah biasa kena jarum ni, aku boleh rilek sikit. Taklah nervous sangat macam mula-mula dulu.

Cuma tu lah. Tiap kali nurse jarum, aku takkan tengok. Samada pejam mata atau alihkan pandangan ke tempat lain. Tak kuasa aku nak tengok.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Gee Lion
admin
October 11, 2016 at 1:56 PM ×

Memang tak boleh tengok Tia. Mengadap pon tak boleh, kena bertepi.
Kalau tak, ada potensi kau akan jadi pening-pening lalat. Rasa nak pitam.
Nurse kat KIA lah yang bagitahu aku.

Congrats bro Gee Lion you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar