Bekas kekasih ingin kembali


"Akak, Ain ada benda nak cakap dekat akak."

Aku tidak menolak. Malah terbit rasa ingin tahu apa yang bakal dikongsikan.

"Apa dia?"

Ain bergerak mendekatkan dirinya.

"Akak masih ingat Amir?"

Amir? Aku cuba mengingati seseorang dengan nama itu. Dan sekejap sahaja, imbas lalu itu tamat. Ya! Aku kenal Amir.

"Ingat. Kenapa dengan Amir?" Soalku lagi ingin tahu.

"Amir nak datang merisik,"

Aku tidak pasti apa aku harus tumpang gembira atau membantah.

"Habis tu Ain macamana?" Aku ingin menduga hatinya.

"Ain tak bolehlah kak. Lagipun, akak tau cerita Amir kan?"

Aku mengangguk.

"Mana mungkin Ain boleh terima dia lepas apa yang dia dah buat dekat Ain dulu,"

Siapa tidak kenal Amir. Lelaki yang terkenal dengan sikap mempermainkan hati perempuan. Ain juga salah seorang dari mangsanya.

Dan sekarang, selepas bertahun lamanya. Amir kembali mencari Ain. Niatnya baik. Aku faham. Dia ingin membina masjid. Tapi mana mungkin ini berlaku.

"Akak tak kata suka dan akak tak kata tak suka. Tapi bagi akak, lebih baik Ain doa banyak-banyak dan minta pada Allah tunjukkan yang mana terbaik untuk Ain. Ain masih sayangkan dia?"

Ain tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan aku.

"Perasaan tu dah lama terkubur kak. Lagipun, hal tu dah lama berlaku. Dah bertahun pun. Cuma, Ain dah tak boleh percayakan dia."

Kepercayaan! Ya. Dalam mana-mana hubungan. Percaya itu harus ada. Tapi bila kepercayaan sudah hilang, bagaimana untuk meneruskan hubungan?

Hilangnya percaya hanya akan membawa kepada perasaan ragu-ragu dan was-was. Sedikit sebanyak, pasti akan mempengaruhi sesuatu hubungan.

Kerana itu, percaya harus ada. Jangan pernah hilangkan rasa percaya orang pada kita.

"Akak tak paksa Ain untuk buat keputusan. Tapi sebaiknya, carilah orang lain. Mulakan hidup baru. Kisah silam akan kekal jadi sejarah. Tapi sejarah boleh berulang kembali. Ain kena ingat tu,"

Ain mengangguk. Aku yakin, Ain lebih matang selepas apa yang terjadi pada dirinya. Dia tahu apa yang dia harus lakukan.
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

4 Comments

Click here for Comments
Gee Lion
admin
October 1, 2016 at 12:58 PM ×

Ain deserved someone better. Dont settle down with someone yg pernah lukakan hati. Menyesal nanti.

Reply
avatar
Jamil Hashim
admin
October 2, 2016 at 12:15 PM ×

http://belogs.blogspot.com/ singgah dari Segmen Nak URL Blog #26 Mia Liana

Reply
avatar
Mia Liana
admin
October 2, 2016 at 5:20 PM ×

memang bila kepercayaan telah dinodai sampai bila2 pun kita dah takkan percaya orang tu lagi walau orang tu dah berubah baik sekalipun...

pssttt.. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #26

Senarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/10/senarai-url-blog-26.html

- Mia Liana -

Reply
avatar
October 3, 2016 at 3:23 AM ×

Bnda dh lps usah dikenang 😉

Reply
avatar