Selain dari Ais Krim Pasu

Baru lepas baca entri pasal aiskrim pasu. Setakat ni, belum merasa lagi makan aiskrim pasu tu. Nak cakap teringin pun, tak juga. Sebab, bila sebut aiskrim. Satu jenis aiskrim yang akan PAPP! muncul dalam imaginasi aku.

KARAMELL ALMONDO ( Home Made Soft Ice Cream)

Okey aku tau. Nama macam belit sikit. Panjang pula tu. Nak kata femes, memang no komen. Tapi bagi aku, ni aiskrim yang buat aku rasa macam nak makan berkali-kali. Gile sedap ah.


Aiskrim dekat kedai ni serious banyak sangat pilihan. Tapi yang dalam banyak-banyak tu juga, aku suka yang normal je. Entah apa benda nama aku tak ingat. Sebab masa nak beli tu, just pergi kaunter dan tunjuk je gambar kalau lidah agak terbelit nak nyebutnya.

Kalau dekat Semenanjung, aku tak sure sangat dekat mana kedai ni ada. Tapi kalau dekat Sabah, especially Kota Kinabalu. Aku tau. Ada dua cawangan. Satu dekat Centre Point, tingkat paling atas dekat tempat nak beli tiket pawagam tu. Aku suggest naik je tangga atau elevator. Kalau naik lif takut sesat macam aku. Heh!

Satu cawangan lagi dekat 1 Borneo. Kalau tau kedai buku Haris, haa memang dekat sangatlah tu. Aku selalu pergi dekat 1 Borneo je sebab dekat berbanding Centre Point. Kena naik bas jauh-jauh. Malas aku. Hahaa.

Ni dekat 1 Borneo. Ada tempat duduk lagi.
Kenapa aku suka aiskrim dari Karamell Almondo ni? Okey first, rasa dia tak manis sangat. Soft jeeeee. Then, banyak pula tu. Makan satu trip pun dah kenyang. Kata kawan aku lah. Tapi kalau aku yang hantu aiskrim ni, satu trip tak cukup, Ini serius okey. Aku selalu ambik yang ada cone. Macam dalam gambar aku bagi tu. Cone dia memang best. Crunchy gituu. Tak macam cone biasa. Memang sedap!

Sebab tu lah bila sebut aiskrim pasu, hati aku tak melonjak nak mencuba. Mungkin sebab aiskrim dari Karamell Almondo masih berada di carta hati. Ahaa!

Harga? Bagi aku, agak mahal juga lah. Tapi berbaloi dengan rasa. Sekali-sekala mencuba apa salahnya kan. Paling murah boleh dapat pun, RM2.60. Tu harga untuk aiskrim yang aku dok hadap sangat tu. Yang dalam gambar aku bagi atas tu.

Kalau rasa nak mencuba, boleh jaaa. Ehee :D

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Adriannasyaz
admin
February 22, 2015 at 3:38 PM ×

Huhu..sedapnya aiskrim :)

Congrats bro Adriannasyaz you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar